Friday, September 28, 2012

Meeting Prof Muhaya Again for LASIK Follow-up

Assalamualaikum,

Hari Jumaat memang satu hari yang istimewa,

Hari ni, Jumaat, 28/09/2012 saya ke Prince Court Medical Centre (PCMC) bertemu Prof Dr. Muhaya.

Pada hari Jumaat 6 minggu yang lalu (20/07/2012), saya telah menjalani prosedur LASIK yang dilakukan sendiri oleh Prof Dr Muhaya.

Tahu tak apa yang lebih istimewa?

Hari Jumaat minggu depan (5/10/2012), InsyaAllah saya dan isteri telah pun berada di Kota Suci Mekkah untuk menunaikan Fardu Haji!

Istimewa betul!!

Memang letih sebenarnya, travel 320km perjalanan pergi-balik. Saya bertolak jam 11:30 pagi tadi selepas selesai satu operation di Hospital Kuala Lipis, terus drive 160km ke Kuala Lumpur. Sampai PCMC dah pukul 2:50 ptg, terlewat daripada masa temujanji 2:30 ptg kerana jalan sesak di Bentong dan ada tunjuk perasaan kat depan Kedutaan Amerika (Jalan Tun Razak). Kat situ aje dah hangus 1 jam, adoiyai.


Ramai yang bertanya, kena bayar ke kalau pergi follow-up lepas LASIK? Saya pun tak pasti sebelum ni. Jawapannya, kalau semasa temujanji tu tiada prosedur tambahan, tiada bayaran dikenakan pun. Tadi semasa di PCMC, mata saya diperiksa bagi memastikan visual acuity (nampak atau rabun, berapa 'power' mata sekarang) dan kemudiannya bertemu secara berdepan dengan Prof Muhaya.


Lepas daftar jam 3 petang, buat eye check-up jam 3:15 ptg, dapat jumpa Prof jam 4:15 petang. Boleh tahan jugak la menunggu, tapi sabar la. Sambil2 menunggu tu, boleh baca pelbagai keratan akhbar mengenai Prof Muhaya yang di'frame' di dinding. Dah habis baca keratan tu, boleh baca majalah dan suratkhabar. Saya baca buku soal-jawab haji tadi.


Prof Muhaya periksa sendiri kedua2 mata saya menggunakan 'slit-lamp'. "Perfect" katanya. Syukur sangat2 alhamdulilLah. Lepas ni dah tak payah datang PCMC lagi dah. Balik berlenggang aje tadi, FREE. Takde apa2 charge dikenakan pun  : )


Sebenarnya memang kedua-dua mata saya pulih tanpa sebarang masalah. Silau (Astigmatism) pun langsung dah tak ada, kalau kena drive malam2 pun dah tak kisah. Dah tu, kenapa pergi temujanji jugak walaupun mata dah ok? Ada pulak yg bertanya.


Kalau nak tau perkara sebenarnya, saya cuma rasa teringin nak jumpa Prof Muhaya sekali lagi. Yer la, bukan senang nak jumpa Prof. Ramai manusia yg nak jumpa Prof Muhaya ni, beribu-ribu, tapi tak dapat peluang pun untuk berjumpa. Kalau kita dapat peluang berjumpa berdepan, exclusive, boleh tanya macam2 soalan dengan seorang tokoh yang sehebat ini, kenapa perlu kita lepaskan??


Kalau jumpa Prof Muhaya, kita bukan setakat jumpa seorang Pakar Mata, tetapi ibarat bertemu seorang motivator, pembimbing dan ibu yang penuh dengan pengalaman dan kata2 hikmah. Kan best tu!!


Prof Muhaya ucap terima kasih kepada saya tadi kerana berkongsi pengalaman dalam blog saya yg simple ni. "You've described it well" katanya. Berbunga-bunga hati ni!!


Yang paling utama ialah saya nak menzahirkan sendiri ucapan "terima kasih" yang tidak terhingga, dari lubuk hati saya kepada Prof Dr. Muhaya yang telah berjaya melakukan prosedur LASIK ke atas diri saya dengan begitu sempurna sekali. AlhamdulilLah! "Terima kasih Prof!!!"


Tadi kami sempat juga berbual mengenai beberapa perkara yang tak dapat saya kongsikan di sini. Dalam diam, saya menaruh harapan untuk menjadi seperti beliau satu hari nanti, aamiin.


Pertemuan kami cuma 15 minit. Masa beliau begitu berharga, lebih berharga daripada emas. Prof Dr. Muhaya menghadiahkan saya buku kecil kompilasi beliau bertajuk 'Refleksi Diri' yang dikeluarkan oleh As-Sohwah Enterprise. Buku kecil ni amat bagus, ada pelbagai mutiara kata di dalamnya. nanti boleh cari di kedai2 yer!

Terima kasih Prof!


Jam 4:30 ptg saya segera bertolak balik, sebolehnya nak elakkan warga kota yang akan pulang. Lunch pun dalam kereta aje... Jam 5 petang saya lunch tadi *hehehe*. "Kriuk" "Kriuk" perut minta diisi. Solat pun buat Jama' taakhir tadi di RnR Petronas Lebuhraya Karak-KL.



Spagetti bolognase kat atas riba...sambil drive balik, sambil makan


Saya berhenti solat Maghrib di Masjid Abu Bakar, Raub jam 7:15 ptg dan sampai balik di Kuala Lipis jam 8:30 malam. What a memorable trip!!

1 comment:

  1. Alhamdulillah,

    Selamat perjalanan pergi dan balik. Selamat berangkat Dr, mudah mudahan segalanya dipermudahkan nanti. InsyaAllah dikurniakan haji mabrur.

    Sentiasa bersangka baik dengan Allah...Jagalah 3 perkara yang dipesan melalui firmanNya iaitu,

    Dalam surah Al-Baqarah ayat 197 Allah berfirman (maksudnya): "Barang siapa yang menetapkan niatnya dalam bulan-bulan tersebut untuk mengerjakan haji, maka janganlah ia bercakap lucah (rafath), melakukan kerja fasik (fusuk), dan berbantah-bantah dalam masa mengerjakan haji".

    Pengalaman saya, 3 perkara inilah cabaran besar bagi kebanyakan jemaah. Namun ada yang tidak menyedari ujian ini.

    Mudah-mudahan segalanya dipermudah Allah.

    ReplyDelete