Friday, March 23, 2012

Nikmat Kejayaan!

Assalamualaikum,

Hari ni, balik dari kerja aku mendapat satu berita yang amat menggembirakan kami sekeluarga. Kak Long Maisarah berjaya dapat tempat pertama dalam ujian semester 1 sekolah beliau. Yang buat kami lebih gembira lagi ialah dia mendapat tempat pertama bukan sahaja di dalam kelas beliau, tetapi juga tempat pertama keseluruhan pelajar tahun 3 Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh (SKBT). 'A' untuk kesemua subjek (6 subjek) dengan purata markah 92.6%  Tahniah Kak Long!

Dia mengulangi pencapaian semasa Peperiksaan Akhir 2011 semasa beliau di tahun 2. Masa tu beliau skor purata markah 97.6% dengan 10 straight A's! AlhamdulilLah.

Sekarang Maisarah sedang dalam proses menghafal juzuk 30 (Juz Amma), dah 1 pertiga dah berjaya dihafal. Lagi banyak dihafal, lagi terang hatinya untuk belajar. AlhamdulilLah... sejuk rahim Mama...Papa pun tumpang gembira sama!


Petang tadi terus ke Pizza Hut, special request sebagai hadiah kejayaan dan tanda kesyukuran. Nabila dan Hasif order KFC pulak...kena la Papa pergi melencong beli take-away ayam KFC 2 ketul, bawak makan di Pizza Hut Temerloh. Sama2 kami membaca doa kesyukuran...


Nabila happy sgt2 dgn kejayaan Kak Long!

Kak Long melantak sakan! Lepas gian nampak!

kuyu la pulak mata si Hasif ni...

Semua nak jadi nombor 1!!!

1 happy family!   


Maisarah mmg anak yang cemerlang sejak dari kecil lagi. Never fails to impress us. Kami hanya berusaha dan merancang, Allah yang menentukan. Peranan ibubapa di rumah dan guru2 di sekolah sama penting. Waktu cuti sekolah kami hantar Maisarah ke Smart Study Seminar di De Rhu Beach Resort, Kuantan. Penuh dengan pengisian rohani dan meningkatkan kekuatan fizikal dan mental. Tahniah Excel Q Minds!!


Kursus Excel Q Minds Smart Study yang Maisarah pergi di Kuantan


Semoga Allah memberi hidayah kepada kami untuk terus mendidik anak2 kami kearah kecemerlangan. Semoga anak2 kita semua cemerlang dunia dan akhirat. Doa kami di Raudhah, di Hijr Ismail, Di Multazam dan Maqam Ibrahim, semasa tawaf dan Saie, semoga anak2 kami menjadi professional yg menghafal Al-Quran! Ameen!!!!

8 comments:

  1. wahhh alhamdulillah..tahniah a.din..smoga maisarah terus cemerlang dunia akhirat..ameen.

    ReplyDelete
  2. Hebakkkk betul kak long ni. Alhamdulillah. Harap2 anak2 ayoh Jib pun leh contohi kejayaan kak long.

    ReplyDelete
  3. hebatnya k.long...alhamdulillah...tahniah utk klong n a.din sefemly....

    ReplyDelete
  4. Semoga anak cik wa dlm perut ni pun bijok pandai mcm maisarah..amin..tahniah kak long! Always number 1!

    ReplyDelete
  5. Tahniah Abg Mahyuddin dan saya tumpang gembira atas kejayaan Maisarah ... :)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih semua, sama2 kita mendidik anak masing2. Anak2 adalah amanah Allah swt kpd kita. Mereka juga tiket utk kita dapat pahala berterusan semasa kita di alam barzakh nanti :)

    ReplyDelete
  7. Tahniah... they never fail to surprise us kan...?

    ReplyDelete
  8. Tahniah kaklong Sarah, ikut jejak lgkh mamanya ye. Didoakn smoga Ajim n adik2nya juga dpt ikut jejak lgkh Sarah nti.

    ReplyDelete