Saturday, March 24, 2012

Kejayaan Hakiki

Salam,

Ramai yang mengucapkan tahniah dan berkongsi kegembiraan mereka dengan kami atas kejayaan cemerlang Maisarah, terima kasih.

AlhamdulilLah. Kejayaan akademik sememangnya amat didambakan oleh setiap ibubapa. Ada yang hantar anak masing2 ke pusat2 tuisyen sejak dari kecil lagi, kadang2 sejak dari tahun 1 lagi. Kadang2 saya rasa kesian kat budak2 tu. Pagi pergi sekolah, petang aktiviti ko-kurikulum, malam buat kerja sekolah dan pergi tuisyen. Ya betul, memang kanak2 mampu buat semua tu, kemampuan dan tenaga mereka tidak terbatas. Itu keistimewaan yg Allah berikan kepada mereka.

Tapi macamana pula dengan mengisian rohani mereka - solat, mengaji dan pembentukan sahsiah diri serta hubungan dengan ibubapa dan adik-beradik yang lain?? Lebih2 lagi kedua-dua ibubapa zaman skrg yg amat sibuk dan kedua-duanya bekerja.

Pembentukan sahsiah serta penekanan solat serta mengaji Al-Quran perlu dibuat seawal umur 2 tahun, Saya tertarik dengan pasangan adik-beradik Darwisy dan Darwisya yang menghafal Al-Quran seawal umur mereka 3 tahun. Hebat! Saya nak berkongsi cerita mereka. Sama2 kita mendidik anak2 kita dengan Al-Quran dan Sunnah rasululLah swt.

Bukan kah kejayaan akhirat itu kejayaan yang hakiki??

 Baca http://darwishndarwisya.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment