Mari sama2 kita berfikir sekejap....nak fikir pasal apa? Mari kita fikir, kalau kita nak pergi ke rumah kawan2 kita atau saudara mara kita, apa yang akan kita buat sebelum keluar rumah?
- Adakah kita akan keluar dengan tidak bermandi dan gosok gigi?
- Adakah kita akan pakai pakaian selebet dan compang-camping?
- Adakah kita tidak akan sikat rambut kita dahulu?
- Kita akan keluar ke dengan berkaki ayam?
Pasti tidak!
Sudah pasti kita akan mandi, sabun badan, shampu, gosok gigi...gosok tempat mana2 yang patut sampai bersih. Lepas tu nak kena shave sampai licin, gunting misai dan janggut bagi kemas, pakai baju dan seluar yang kemas, pakai minyak rambut, sikat se hensem yang boleh pastu sembur minyak wangi...wahhh!
Kalau yang perempuan lagi banyak step2 yg nak kena lengkapkan sebelum boleh keluar rumah, yer tak? Baju kain nak kena masuk dengan tudung, tudung kena pusing2 bagi nampak ada fesyen sikit, lepas tu nak pakai macam2 benda kat muka bagi nampak fresh, anggun dan bergaya hehe - gincu, toner, foundation, bedak, pastu apa2 lagi yang kena sapu kat pipi, mata dan lain2 tempat yg saya kurang arif hmm....
Saya kurang arif sebab isteri saya amat bersederhana pasal solek menyolek ni, alhamdulilLah. Cukup dengan berbedak nipis dan memakai pemerah bibir yang sama warna dengan warna asal bibir.
"Jangan TABARRUJ!" Pesan saya... (boleh cari maksud nya yerr....)
Tidak salah kalau hendak bergaya asal menutup aurat dengan sempurna, bertudung hingga menutupi paras dada, berstokin, berpakaian tidak ketat dan nipis.
Macamana pula kalau kita hendak mengadap sultan di Istana baginda??
Sudah pasti setiap perkara yang saya nyatakan di atas atas disusuli dengan pelbagai persiapan lagi.
SubhanaAllah! Saya pula akan ke rumah Pencipta kita....
(Ini antara gambar2 yang saya ambil semasa mengerjakan umrah tahun lepas - 2011) :-
Kaabah |
Masjidil Haram di Mekah |
Masjid Nabawi di Madinah |
Bersama Ayahanda tercinta... |
Saya baru sahaja mendapat tahu yang saya akan menjadi tetamu kepada yang Maha Agung semalam! Agong kepada semua Agong, Sultan kepada semua Sultan, Raja kepada semua Raja!
Saya akan menunaikan fardhu haji tahun ni InsyaAllah, AlhamdulilLah. Seronoknya! Terujanya! Terima kasih Ya ALlah! Aku amat mensyukuri nikmat Mu ini.
Murahnya rezeki yg Allah kurniakan kepada ku. Saya telah ke Tanah Suci Mekah dan Madinah tahun lepas bersama ibu tercinta. Tahun ni insyaAllah saya akan ke sana lagi. Ke rumah Allah, BaitulLah! 2 kali!
10 hari lagi aku akan berangkat menunaikan Umrah bersama2 isteri, adik ipar dan biras melalui As-Solihin Holidays Sdn Bhd. Kami akan berlepas pada 8 Mac dan kembali ke Tanahair pada 20 Mac 2012. Semoga Allah memudahkan perjalanan kami dan memberkati dan menerima ibadah kami, ameen.
Bagaimana pula dengan persiapan untuk ke rumah Pencipta??
Bagaimana pula dengan persiapan haji?
Persiapan fizikal mudah disediakan. Namun, lebih daripada itu, persiapan ilmu, persiapan mental dan fikiran, serta pembersihan jiwa adalah lebih mencabar. Semoga Allah membatu saya mengharungi saat getir ini, ameen.
Alhamdulillah. Murahnya rezki Doktor,
ReplyDeletemuda² lg sudah berkesempatan menunaikan
fardu haji. Semoga Allah permudahkan urusan
Doktor. Doakan sy juga dapat mengerjakan haji
di Tanah Suci. Amin.
Alhamdulillah, rezeki a.Din & k.Shahnaz mencurah2 thn ni, lepas bertahun2 berdepan dgn cabaran & kesibukan. Mcm pepatah arab, man jadda wajada, wa man zara'a hasada "siapa berusaha dia berjaya, siapa yg bercucuk tanam,akan menuai hasilnya"..:)
ReplyDeleteSlmt menunaikan umrah utk a.din n k.shahnaz :) doakan Aki n Yah for final exam nanti.hehe..
Alhmdulillah... Seronok sgt dpt berita abg Din n kaklong dpt pi haji thn ni. Melimpah dan berlipat kali ganda rezeki abg Din n kaklong thn ni. Moga kita dpt tunaikn umrah bersama2 dgn baik sekali dan didoakn semoga Intan n Mokh pun dpt tunaikn haji dlm usia yg masih muda n kuat, amiin..
ReplyDelete