Saturday, September 10, 2011

Colouring competition!

Assalamualaikum,

Setibanya aku di Temerloh daripada Hospital Sungai Buloh pagi tadi lebih kurang jam 11 pagi, aku terus bergegas ke Hospital Temerloh, atau lebih dikenali sebagai Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS). Aku oncall semalam, so, terpaksa bertolak balik after 8am, selepas habis tempoh oncall tu...


Kak Long Maisarah rupa2 nyer masuk pertandingan mewarna sempena bulan kemerdekaan negara anjuran Bank Rakyat. Baru tau pagi tadi rupanya...terus my wife fetch her from home and enter the competition. Masa aku sampai tu, pertandingan dah pun selesai. 1130 pagi nak announce result....


AlhamdulilLah...Maisarah dapat second place! Hadiah nyer ialah RM100, tapi nak kena bukak akaun Bank Rakyat dulu, baru boleh dapat duit tu...strategi jugak la ni...

Cantiknyer gambar yg Kak Long warna...

Sijil Kak Long

Tahniah Kak Long!!


Aku bersyukur sangat2 atas kemenangan ini. Ni kali kedua Maisarah memenangi pertandingan mewarna...2 bulan lepas Maisarah menang tempat pertama di sempena Pameran Kolej Komuniti di Taman Rekreasi Kubang Gajah.


Harap2 lepas dimurahkan lagi rezeki kami sekeluarga!! Ameen.

2 comments:

  1. fuiyo kellas gitu kak long. creative kot bile besar ni hehehe. gudluck kak long!

    ReplyDelete
  2. mama is very proud of u, kaklong! let the history repeats itself, hehehe..ehem..ehem..

    ReplyDelete