Assalamualaikum,
Kadang2 aku heran dengan perangai rakyat Malaysia ni...suka betul buat kerja last minute. Naik menyampah pun ada.
Hari ni last date utk submit borang cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Hari ni la ramai2 yg berpusu2 ke pejabat LHDN nak isi borang dan bayar. Memang sesak la kaunter LHDN, pastu siap komplen pulak ramai orang la, lambat la, kena buka kaunter lebih la....yang pergi bayar last minute tu apa hal??
Masa yang diberi utk isi borang dan bayar tu bukannya 1 minggu, atau 2 minggu, atau pun 4 minggu...masa yg diberi lebih 2 bulan (dari Februari lagi). Kalau aku kata bengap kan marah pulak... aku dah bayar 2 minggu yang lepas, pakai E-Filing, mudah dan cepat. Tak payah nak ke pejabat LHDN, buat kat rumah aje.
Dulu masa pihak polis bagi tempoh akhir jelaskan saman dan kompoun pun sama. Sampai last minute tu, baru lah rakyat Malaysia yg perasan bagus ni pergi bayar, sampai siap jammed sistem komputer polis, sampai kerajaan kena lanjutkan 10 hari extra utk bagi peluang kat puak2 last minute ni bayar...dah habis 10 hari extra tu ada lagi yg mintak extend!!...*bengang*
Lagi mentaliti mcm ni tak berubah, mcmana la nak capai status negara maju. Mentaliti dan perangai lain tak cerita lagi...lain kali la...dah jadi negative dah otak memikirkan pasal ni malam ni...baik gi makan satay kat Satay Station, lagi bagus...bye.
Saturday, April 30, 2011
Friday, April 29, 2011
Amalan untuk menambah rezeki!
Assalamualaikum,
Saya nak share post yang dibuat oleh rakan saya, Dr.Izwan Hussin di dalam facebook beliau. Saya rasa ini amat bermanafaat untuk kita semua (walaupun post ni sedikit panjang...). Yang penting kita amalkan, dan ianya adalah untuk sepanjang hayat kita....
20 AMALAN MUDAH REZEKI"
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum warahmatullah,
Semua orang impikan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur, termasuklah saya. He.. he... Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Terdapat amalan-amalan yang boleh menjadi sebab Allah melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.
Di antaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW : “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah SWT
Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “...(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. Menjalin silaturrahim
Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.
15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Surah Ibrahim, ayat 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Surah ali-Imran, ayat 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (Surah at-Thalaq, ayat 3)
Nabi SAW bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Surah at-Talaq, ayat 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Renung-renungkan dan marilah kita sama-sama beramal. Mudah-mudahan Allah SWT melimpah-ruahkan rezeki-Nya kepada kita. Amiin. - Bawang Goreng
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Thursday, April 28, 2011
Camry rosak....
Assalamualaikum,
Tadi aku pergi hantar baju untuk dry-cleaning ke sebuah kedai dobi kat Bandar Permaisuri. 2 pasang baju Melayu dan sepasang baju kurung yang dipakai masa majlis perkahwinan adik aku, Naqiuddin dan pasangannya, Rafahiah kat KK, Sabah baru2 ni.
Lepas hantar baju, dah masuk dalam kereta, tak boleh start lah pulak Camry aku nih...adoi la...Al maklum lah, kereta lama, tahun 1994. Nasib baik la aku parking depan kedai workshop servis kereta hehe...
Aku panggil tokey cina kedai tu....
"Tokey, tolong boleh saya? Kereta saya tak boleh start la. Bateri saya baru tukar aje 6 bulan lepas". Tokey kedai tu masuk kejap ambik tool utk check bateri dia...
"Bateri okey". Dia garu kepala dia yang berpeluh.....
"Aahhhaaa...kejap aaa...."
Dia masuk lagi dalam kedai dia. Selang 5 minit dia keluar balik dengan tukul besi.
*ketong, ketong*
Dia ketuk satu besi kat tepi enjin Camry aku..."tokey, apa tokey buat?"
"cuba start"
Sekali pusing kunci aje, terus boleh start!
Wah, terer nya tokey ni...macam David Blaine la pulak...magik!
Aku tanya dia, apa benda yang dia ketuk. Tokey tu kata...."starter kereta".
"OOoooo, starter..." Macam la aku tau apa benda starter ni...*LOL*
"Takpe, awak pakai dulu kereta ni, ini barang mau order dulu. Kalu buat, mau 2-3 jam baru siap, RM280 siap pasang"
"Tokey, kalau nanti kereta ni tak boleh start amacam?" Aku tanya tokey tu...
"Takpe, awak kasi ketuk sama tukul, lepas tu mesti boleh start punya, bawak sini kasi repair" Tokey tu cuba yakinkan aku.
Biar betul tokey ni...kalau dibuat nya tak boleh start, sakit jiwa jugak...
"okey la tokey. Berapa tokey charge ni?" Saje aku tanya, sebab ia spent dalam 20 minit jugak selesai masalah aku ni....dah la panas matahari petang tadi, berpeluh tokey tu...
"Takpe, perkara kecik saja...tak payah bayar la" *aku terdiam* *kagum*
Bagusnya cina tokey ni....lepas ni sure aku datang lagi kedai dia kalau ada problem apa2. Ini la benda yang kita kena belajar dari tokey2 cina ni...amalan perniagaan yang bagus dan dapat menarik pelanggan.
Okey la....saja nak share.

Monday, April 25, 2011
Selamat Pengantin Baru Naqi!
Assalamualaikum,
Lama tak update blog. Too busy with exam. AlhamdulilLah, dah lulus written paper last week. So, sekarang all focus is on the clinical part that will be held on 15th till 19th of May in HUSM, Kubang Kerian, Kelantan.
Aku baru saje balik dari Kota Kinabalu, Sabah. Tahniah kepada adik aku yang ke-7, Naqi dan Rafahiah yang dah sah menjadi pasangan suami isteri. Adik-ipar aku yang ke-5 (kalau ikut turutan giliran perkahwinan sebelah aku). Bulan 6 ni, tambah lagi 2 orang, insyaAllah.
Rombongan pihak lelaki seramai lebih kurang 100 orang. Kitaorg berangkat beramai-ramai naik MAS, Firefly dan Airasia pada hari Khamis (21 April). Sampai ke Kota Kinabalu, semua menginap di Marina Court Hotel, berhadapan Laut China Selatan...cantik betul pemandangan! Letih, tapi seronok!
Bertolak ke Tuaran lepas solat jumaat - 1 bas, 1 Alphard dan 2 van 11-seater. Tuaran dalam 45 minit perjalanan dari K.Kinabalu. Majlis akad nikah pada hari jumaat lepas (22 April) berjalan lancar, AlhamdulilLah. Dengan sekali akad saje, maklum la, malam sebelum tu praktis berkali2, siap buat skrip lagi hehe. Aku sebagai saksi pihak lelaki pulak yg berdebar-debar, takut adik aku tak boleh akad hehehe (1st time jadi saksi nikah ni...). Majlis resepsi di Dewan SESB, Karamunsing pada hari Sabtu pun berjalan lancar, alhamdulilLah. Selamat menempuh alam perkahwinan Naqi dan Yah!
Pagi Sabtu, sempat jumpa Razi yg sekarang bekerja sebagai Pakar Anaesthesia di Queens Hospital. Breakfast sama2, siap promote kitaorang datang kerja kat Sabah lagi. Petang tu, minum dengan Sakinah (bersama hubby dia, Azuan dan anak, Najla), member lama matriks SESMA. Sekarang dah jadi Pakar Perubatan Keluarga kat Klinik Kesihatan Menggatal, Sabah. Canggih kawan2 aku ni....
Okay, kita tengok gambar la...

Nak ke Tuaran, rumah pengantin perempuan. Naqi relax saje... |
Pembawa hantaran kahwin |
Selamat Pengantin Baru! - Naqiuddin dan Rafahiah |
Potong kek tu...jangan tak potong! |
Haaa...suap Yah! Biar penuh mulut Naqi tu... |
I am so happy for both of you! Congrats! |
Banyak bagi FP consultation to both pengantin...Terima kasih sayang! |
Monday, April 11, 2011
Sakit mata...
Assalamualaikum,
Bukan aku yang sakit mata,
Anak2 kucing aku yang sakit mata,
kesian sangat2 huhuhu...
Mak kucing namanya Bebe,
baru bersalin sebulan yang lepas,
2 dari 3 ekor anaknya sakit mata,
kesiannya aku tengok, langsung tak keluar bakul diaorang....tak sihat lah katakan,
Semalam aku telefon Pakar Kucing,
namanya Hajaratul Najwa, berpengalaman luas dalam menjaga ibu kucing, anak2 kucing yang kematian ibu, kucing2 bujang *LOL*
sekarang Dr Najwa (saje bagi anugerah pangkat Doktor...) tengah buat PhD....
dia kata, ubat mata kucing sama dengan ubat sakit mata manusia...
hahaha! Boleh percaya ke ni?
Kat Bandar Tun Razak ni takde klinik haiwan ke?
Adoi...nak kena bawak pergi check anak2 kucing ni.
Dr. Najwa kata biasanya anak2 kucing ni kena check, takut2 ada cacing...hahh! Cacing! ~ ~ ~
Mana cacing2 ni datang?
PS Cik Wa jangan marah haa.....

Saturday, April 9, 2011
Yes Mr. Presiden! - Mr. Jason Kok
Assalamualaikum,
AlhamdulilLah, hari ni aku telah berjaya hadiri kursus Start-It-Right (SIR) di HQ Kenshido International di Sunway Damansara.Kursus mula jam 9 pagi dan selesai jam 6 petang. Mula2 dah tak rasa nak pergi sebab dah dekat sangat dengan exam, tapi difikirkan balik ilmu yang akan dapat, dikongsi dan pentingnya untuk rakaniaga, aku gagahkan jugak diri untuk pergi. Lagi pun dah register lebih 2 bulan yang lalu.
Total participants are approximately 150 person. Aku bertemu rakaniaga seperjuangan dari rangkaian aku - Dr. Fairuz (dari kumpulan Muar) dan Ustaz Bakhtiar (kumpulan Penang) serta Cikgu Rahimah beserta 3 lagi rakaniaga dari Kumpulan Kuala Pilah. Aku tak tahu pun yang diaorang ada datang kursus SIR ni. Aku duduk seat depan sekali, betul2 depan Mr. Presiden, Mr. Jason Kok. Hebat!
Banyak ilmu baru yang kami belajar hari ni. Dari sejarah syarikat Kenshido, produk baru Score A - Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Pendidikan Pra-sekolah yang akan dilancarkan hujung tahun ni (2011) serta 'The Common Pitfalls in Business' dan 'The Art of Sponsoring'. Presiden Kenshido International, Mr. Jasok Kok memang kelakor dan mencuit hati. Talk dia yang panjang pun terasa sekejap aja, ada saja celoteh dan cerita pendek (cerpen katanya...). Dah la cakap mix - English campur Bahasa Melayu loghat Mandarin hehehe. Memang beliau hebat!
Lepas ni, bisnes kena put aside for a while. Kena betul2 concentrate on the study....focus on the final exam...another 8 days left.
Study Smart, Pray Hard!

Thursday, April 7, 2011
Counting down...
*MADAH BERHELAH*
(ala-ala Ziana Zain la jugak)
Assalamualaikum,
The clock is ticking,
The time is running out,
I am counting down,
The time will come,
For the day of trial...
4 warriors, 4 laptops, dozens of books and papers...*chewah*
10 days to go...
Study smart, (plus non stop eating and chatting *LOL*)
Pray hard,
May success be with all of us, insyaAllah ameen.
Please pray for us we need it

Saturday, April 2, 2011
22 Bahaya Maksiat
Assalamualaikum wbt,
Saya ingin berkongsi berkenaan artikel yg saya baca dari website di bawah:
Belajar Adab Adab Sunnah Rasulullah saw
Saya merasakan artikel ini amat penting dalam kita menjalani kehidupan seharian kita sebagai seorang muslim/muslimah. Saya dah edit kandungan bagi meringkaskannya sedikit.
Tahukah Anda sekalian apa akibat yang menimpa diri kita jika kita melakukan maksiat?
4. Akibat maksiat yang keempat adalah kita akan punya jarak dengan orang-orang baik.
Ali r.a. berkata, “Tidaklah turun bencana melainkan karena dosa. Dan tidaklah bencana lenyap melainkan karena tobat.” Karena itu, bukankah sekarang waktunya bagi kita untuk segera bertobat dan berhenti dari segala maksiat yang kita lakukan?
Saya ingin berkongsi berkenaan artikel yg saya baca dari website di bawah:
Belajar Adab Adab Sunnah Rasulullah saw
Saya merasakan artikel ini amat penting dalam kita menjalani kehidupan seharian kita sebagai seorang muslim/muslimah. Saya dah edit kandungan bagi meringkaskannya sedikit.
“Seorang mukmin jika berbuat satu dosa, maka ternodalah hatinya dengan senoktah warna hitam. Jika dia bertobat dan beristighfar, hatinya akan kembali putih bersih. Jika ditambah dengan dosa lain, noktah itu pun bertambah hingga menutupi hatinya. Itulah karat yang disebut-sebut Allah dalam ayat, “Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka.” (HR Tarmidzi)
Tahukah Anda sekalian apa akibat yang menimpa diri kita jika kita melakukan maksiat?
1. Akibat yang pertama adalah maksiat akan menghalangi diri kita untuk mendapatkan ilmu pengetahuan (حُرْماََنُ الْعٍلْمِ)
2. Akibat yang kedua adalah maksiat akan menghalangi Rezeki حُرْمَانُ الرِزْقِ
Rasulullah saw. pernah bersabda, “Seorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya.” (HR. Ahmad).3. Akibat ketiga, maksiat membuat kita berjarak dengan Allah.
4. Akibat maksiat yang keempat adalah kita akan punya jarak dengan orang-orang baik.
5. Akibat kelima, maksiat membuat sulit semua urusan kita ((تَعْسِيْرُ أُمُوْرِهِ
6. Akibat keenam, maksiat melemahkan hati dan badan ((أَنَ المَعاَ صِي تُوْهِن القَلْب َ و الْبَدَنَ
7. Akibat maksiat yang ketujuh adalah kita terhalang untuk taat(حُرْماَن الطاَعَةِ)
8. Maksiat memperpendek umur dan menghapus keberkahanأنَ المَعاَ صِي تَقْصرُ العُمْرَ وبرَكَتَُهُ
9. Akibat kesembilan, maksiat menumbuhkan maksiat lainان المَعاصِي تَزْرَع أَمْثالها) )
10. Maksiat mematikan bisikan hati nurani (ضْعِفُ القَلْبَ)
11. Jika sudah seperti itu, hati kita akan melihat maksiat begitu indah. Tidak ada keburukan sama sekali ((أَنْ يَنْسَلِخَ مِنَ القَلْبِ إسْتٌقْبَاحُها
12. Para pelaku maksiat yang seperti itu akan menjadi para pewaris umat yang pernah diazab Allah swt.
13. Akibat berbuat maksiat yang ketiga belas adalah maksiat menimbulkan kehinaan dan mewariskan kehinadinaan ((أن َ الْمَعْصِيةَ سَبَبٌ لِهَوانِ العَبْد وَسُقُوطُه مِن ْ عَيْنِهِ
14. Akibat keempat belas, maksiat merusak akal kita اِنَ اْلمَعَاصِي تُفْسِدُ الْعَقْلَ))
15. Akibat kelima belas, maksiat menutup hati.
Allah berfirman, “Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka.” (Al-Muthaffifiin:14).16. Akibat keenam belas, pelaku maksiat mendapat laknat Rasulullah saw.
17. Akibat ketujuh belas, maksiat menghalangi syafaat Rasulullah dan Malaikat.
Kecuali, bagi mereka yang bertobat dan kembali kepada jalan yang lurus. Allah swt. berfirman, “(Malaikat-malaikat) yang memikul ‘Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman seraya mengucapkan: ‘Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertobat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang menyla-nyala. Ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka ke dalam surga ‘Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang shalih d iantara bapak-bapak mereka, istri-istri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan.” (Al-Mukmin: 7-9)18. Akibat kedelapan belas, maksiat melenyapkan rasa malu.
Rasulullah bersabda, “Malu itu merupakan kebaikan seluruhnya. Jika kamu tidak merasa malu, berbuatlah sesukamu.” (HR. Bukhari)19. Akibat kesembilan belas, maksiat yang kita lakukan adalah bentuk meremehkan Allah.
20. Maksiat memalingkan perhatian Allah atas diri kita. Ini akibat yang kedua puluh.
Allah akan membiarkan orang yang terus-menerus berbuat maksiat berteman dengan setan. Allah berfirman, “Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Al-Hasyir: 19)21. Maksiat melenyapkan nikmat dan mendatangkan azab. Ini akibat yang kedua puluh satu.
Allah berfirman, “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (Asy-Syura: 30)Ali r.a. berkata, “Tidaklah turun bencana melainkan karena dosa. Dan tidaklah bencana lenyap melainkan karena tobat.” Karena itu, bukankah sekarang waktunya bagi kita untuk segera bertobat dan berhenti dari segala maksiat yang kita lakukan?
22. Dan akibat yang terakhir, yang kedua puluh dua, maksiat memalingkan diri kita dari sikap istiqamah.
Renungkan! Renungkan…! Semoga Allah menjaga kita semua dari perbuatan maksiat. Amin.
*Boleh visit website http://www.facebook.com/SunnahRasulullah.Saw untuk artikel penuh. Sama2 kita mempersiapkan diri untuk akhirat rakan2. Kehidupan yang kekal selama-lamanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)