Monday, April 25, 2011

Selamat Pengantin Baru Naqi!

Assalamualaikum,

Lama tak update blog. Too busy with exam. AlhamdulilLah, dah lulus written paper last week. So, sekarang all focus is on the clinical part that will be held on 15th till 19th of May in HUSM, Kubang Kerian, Kelantan.

Aku baru saje balik dari Kota Kinabalu, Sabah. Tahniah kepada adik aku yang ke-7, Naqi dan Rafahiah yang dah sah menjadi pasangan suami isteri. Adik-ipar aku yang ke-5 (kalau ikut turutan giliran perkahwinan sebelah aku). Bulan 6 ni, tambah lagi 2 orang, insyaAllah.


Rombongan pihak lelaki seramai lebih kurang 100 orang. Kitaorg berangkat beramai-ramai naik MAS, Firefly dan Airasia pada hari Khamis (21 April). Sampai ke Kota Kinabalu, semua menginap di Marina Court Hotel, berhadapan Laut China Selatan...cantik betul pemandangan! Letih, tapi seronok!


Bertolak ke Tuaran lepas solat jumaat - 1 bas, 1 Alphard dan 2 van 11-seater. Tuaran dalam 45 minit perjalanan dari K.Kinabalu. Majlis akad nikah pada hari jumaat lepas (22 April) berjalan lancar, AlhamdulilLah.  Dengan sekali akad saje, maklum la, malam sebelum tu praktis berkali2, siap buat skrip lagi hehe. Aku sebagai saksi pihak lelaki pulak yg berdebar-debar, takut adik aku tak boleh akad hehehe (1st time jadi saksi nikah ni...). Majlis resepsi di Dewan SESB, Karamunsing pada hari Sabtu pun berjalan lancar, alhamdulilLah. Selamat menempuh alam perkahwinan Naqi dan Yah!

Pagi Sabtu, sempat jumpa Razi yg sekarang bekerja sebagai Pakar Anaesthesia di Queens Hospital. Breakfast sama2, siap promote kitaorang datang kerja kat Sabah lagi. Petang tu, minum dengan Sakinah (bersama hubby dia, Azuan dan anak, Najla), member lama matriks SESMA. Sekarang dah jadi Pakar Perubatan Keluarga kat Klinik Kesihatan Menggatal, Sabah. Canggih kawan2 aku ni....

Okay, kita tengok gambar la...

Nak ke Tuaran, rumah pengantin perempuan. Naqi relax saje...

Pembawa hantaran kahwin

Selamat Pengantin Baru! - Naqiuddin dan Rafahiah

Potong kek tu...jangan tak potong!

Haaa...suap Yah! Biar penuh mulut Naqi tu...

I am so happy for both of you! Congrats!

Banyak bagi FP consultation to both pengantin...Terima kasih sayang!

4 comments:

  1. hehe. lps ni buat entry utk ya dgn wa jgk!!

    ReplyDelete
  2. @Adik: Terima kasih...ni pun curi2 update blog ni. In between study period

    @Ya: Mesti, insyaAllah. Cuma nak kena ambik gambo sket pakai BB, baru boleh cepat2 masuk dlm blog ni...Lama Ya dok update blog Ya

    ReplyDelete
  3. Thanks abg Din, rajin a.din update blog, Yah pun tak update2 lagi. Gambar pun tak smpat nak mintak, tgk gmbr org lain je.hehe, nway, thanks very much for everything, terutama FP consultation from kak Shahnaz, kak Shahnaz sgt lembut, yah suka (^_^),insyaAllah Yah ikut apa yg k.shahnaz nasihatkan regarding FP tu :)

    N good luck exam utk A.Din & K.Shahnaz, semoga tahun ni rezeki abg Din & K.Shahnaz jadi specialist, Amin :)

    ReplyDelete