Saturday, April 30, 2011

Last minute lagi...

Assalamualaikum,

Kadang2 aku heran dengan perangai rakyat Malaysia ni...suka betul buat kerja last minute. Naik menyampah pun ada.

Hari ni last date utk submit borang cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Hari ni la ramai2 yg berpusu2 ke pejabat LHDN nak isi borang dan bayar. Memang sesak la kaunter LHDN, pastu siap komplen pulak ramai orang la, lambat la, kena buka kaunter lebih la....yang pergi bayar last minute tu apa hal??

Masa yang diberi utk isi borang dan bayar tu bukannya 1 minggu, atau 2 minggu, atau pun 4 minggu...masa yg diberi lebih 2 bulan (dari Februari lagi).  Kalau aku kata bengap kan marah pulak... aku dah bayar 2 minggu yang lepas, pakai E-Filing, mudah dan cepat. Tak payah nak ke pejabat LHDN, buat kat rumah aje.

Dulu masa pihak polis bagi tempoh akhir jelaskan saman dan kompoun pun sama. Sampai last minute tu, baru lah rakyat Malaysia yg perasan bagus ni pergi bayar, sampai siap jammed sistem komputer polis, sampai kerajaan kena lanjutkan 10 hari extra utk bagi peluang kat puak2 last minute ni bayar...dah habis 10 hari extra tu ada lagi yg mintak extend!!...*bengang*

Lagi mentaliti mcm ni tak berubah, mcmana la nak capai status negara maju. Mentaliti dan perangai lain tak cerita lagi...lain kali la...dah jadi negative dah otak memikirkan pasal ni malam ni...baik gi makan satay kat Satay Station, lagi bagus...bye.

No comments:

Post a Comment