Monday, February 14, 2011

Hospital Kijal

Assalamualaikum,


Semalam Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Liow Tiong Lai mengumumkan pembinaan hospital baru di Kijal, Kemaman, Terengganu. Tanah seluas 20 hektar telah pun dikenal pasti. Lepas hospital tu siap nanti, Hospital Kemaman di Chukai akan ditukar status menjadi klinik kesihatan. Kalau ikut perkiraan saya, lokasi Hospital Kijal (nak kena cari nama yang best sikit ni...nama Hospital Kijal ni kurang best la....) ni cuma dalam 10-20km aje dari lokasi hospital kemaman yang ada sekarang. Perkara yang sama pernah berlaku pada 2005 di mana Hospital Mentakab ditukar menjadi Klinik Kesihatan Mentakab sebaik sahaja Hospital Temerloh berfungsi sepenuhnya dan mengambilalih fungsinya. Saya merupakan salah seorang pegawai perubatan yang terlibat dalam proses perpindahan tersebut.

 
Saya menyokong penuh pembinaan hospital baru ni. Saya dibesarkan di Bandar Chukai, Kemaman dan sememangnya kawasan Hospital Kemaman amat terhad sekiranya hendak dinaiktaraf lagi. Nak kena robohkan bangunan sedia-ada dulu sebelum sebarang pembinaan baru hendak dibuat. Semasa saya menjalani latihan di Hospital Kemaman pada tahun 2001 dahulu, perkhidmatan yang ada adalah terhad. Sekarang, telah ada perkhidmatan pakar di Hospital Kemaman termasuk Ortopedik, Anaesthesia (Bius) dan Obstetric and Gynaecology (Sakit Puan) tetapi pembedahan yang boleh dilakukan adalah terhad kerana kekurangan tenaga kerja dan kemudahan di dewan bedah.


Pembinaan hospital baru dapat menjamin lebih kemudahan dan keselesaan kepada rakyat di selatan Terengganu.Sekarang, kebanyakan penduduk Kemaman perlu ke Kuantan bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan, perjalanan yang mengambil masa hampir satu jam. Cuma perlu ditekankan di sini, jalinan jalanraya  dari bandar Chukai ke Kijal kena diperbaiki bagi mengelakkan kesesakan. Pesakit dan pelawat dari bandar Chukai terpaksa melalui kawasan perindustrian Telok Kalong dan Pelabuhan Kemaman sebelum tiba di Kijal.


Sudah pasti, dengan adanya hospital di Kijal, Bandar Satelit Kijal akan lebih pesat membangun dan dapat menjana peluang ekonomi kepada rakyat di kawasan tersebut selain mengurangkan kesesakan di Bandar Chukai. Satu lagi, kawasan parking yang cukup perlu disediakan... tak nak jadi macam di Pusat Perubatan UKM, Pusat Perubatan UM, HTAA, Hospital Kemaman dan lain2 hospital di Malaysia ni yang memang amat susah nak cari parking kalau waktu melawat. Kadang2 tu, doktor dan staf pun takde tempat nak  parking...memang mengarut!


Sementara menunggu Hospital Kijal siap, kerajaan dah meluluskan peruntukan RM20 juta untuk menaiktaraf hospital Kemaman bagi membeli mesin CT scan dan perkhidmatan pakar. Setakat ni CT scan cuma ada di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu dan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan. AlhamdulilLah, dengan adanya CT scan, perkhidmatan kesihatan untuk rakyat dapat dimaksimumkan. Lepas ni, kita harap, mesin MRI dapat disediakan di Hospital Kijal bila siap nanti.


Mungkin satu hari saya akan bekerja sebagai Pakar Ortopedik di Hospital Kijal...

12 comments:

  1. yes abg din, hopefully some day u will come back to kemaman. hehe

    -ya-

    ReplyDelete
  2. xsabar nk tgu hospital kijal siap...sy adalah ank jati kijal..sgt berbangga kawasan kijal akan membangun

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah, skrg ni pun dah byk pembangunan di Kijal. Cuma skrg ni nak kena tambahkan populasi penduduk kat kawasan Kijal. Satu lagi alternatif ialah dengan menambahbaik jalanraya antara Bandar Cukai-Kerteh. Jadi penduduk dari Cukai dan Kerteh boleh akses Kijal dgn mudah :)

    ReplyDelete
  4. Greate post. Keep posting such kind of info on your site.
    Im really impressed by your site.
    Hi there, You've done an excellent job. I will definitely digg it and individually recommend to my friends. I'm sure they will be
    benefited from this web site.
    My web site ; free iphone

    ReplyDelete
  5. Hello there! I simply wish to offer you a huge thumbs up for your excellent information you've got here on this post. I will be coming back to your website for more soon.
    my website - my computer is slow

    ReplyDelete
  6. Interesting blog! Is your theme custom made or did you download it from somewhere?

    A design like yours with a few simple adjustements would really make
    my blog shine. Please let me know where you got your theme.
    Thank you
    Also visit my site amphora pipe tobacco

    ReplyDelete
  7. Do you mind if I quote a few of your posts as long as I provide credit and sources back to your webpage?
    My blog is in the exact same area of interest as yours and my
    users would really benefit from a lot of the information you
    present here. Please let me know if this alright with you.
    Thanks!
    Feel free to visit my homepage :: amber leaf

    ReplyDelete
  8. Can I simply just say what a comfort to uncover an individual who genuinely
    understands what they're discussing on the internet. You actually understand how to bring an issue to light and make it important. More and more people really need to look at this and understand this side of the story. I can't believe you are not more popular since you certainly have the gift.
    Also visit my web-site ; captain black pipe tobacco

    ReplyDelete
  9. These are actually impressive ideas in regarding blogging.

    You have touched some fastidious factors here.

    Any way keep up wrinting.
    Here is my web-site borkum riff

    ReplyDelete
  10. I blog often and I seriously thank you for your content.

    Your article has really peaked my interest. I will take a note of your website and keep checking for new information about once per week.
    I opted in for your RSS feed as well.
    Feel free to visit my page :: golden virginia

    ReplyDelete
  11. Hello, I read your new stuff daily. Your story-telling style is awesome,
    keep doing what you're doing!
    my web site: mac baren

    ReplyDelete
  12. A motivating discussion is worth comment. I do believe
    that you should publish more about this subject, it
    may not be a taboo subject but generally people do not discuss
    such issues. To the next! Best wishes!!
    http://poptropicatricksy.com

    ReplyDelete