Wednesday, February 23, 2011

Olympic Qualifying Round: Malaysia versus Pakistan

Salam.

Malam ni, pasukan bolasepak Malaysia (U23) akan bertemu Pakistan pada pusingan pertama kelayakan Olimpik di Stadium Shah Alam pada jam 8:45 malam. Tak sabar rasanya. Kena make sure anak2 buat homework dan tidur awal, supaya dapat concentrate pada game hehehe.

Sejak pasukan Harimau Malaya menang Piala Suzuki AFF di Indonesia tempoh hari, semakin bersemangat pulak mengikuti perkembangan bolasepak Malaysia ni. Lebih2 lagi, peningkatan setakat ini agak konsisten. baru2 ni pasukan senior Malaysia mengalahkan Taiwan 2-0. Harapnya malam ni pasukan Malaysia menang lagi!

Gambar dari: http://forum.lowyat.net/topic/1762985

 



Jurulatih Malaysia, Ong Kim Swee yakin Malaysia akan mencatatkan kemenangan malam ni. beliau mahu jaringan yang besar sehingga berkata sanggup menurunkan 7 penyerang untuk mencapai objektif tersebut hehehe, Hebat. Rata2 semua pemain Malaysia adalah dari pasukan Harimau Muda A, dan hanya 4 orang dari pasukan Kedah, Kelantan dan Negeri Sembilan. Berikut adalah senarai pemain Malaysia:



Goalkeepers
Khairul Fahmi Che Mat - 22 - Kelantan
Izham Tarmizi Roslan - 19 - Harimau Muda A

Defenders
Muslim Ahmad © - 21 - Harimau Muda A
Affise Faisal Mamat - 21 - Harimau Muda A
Faizal Muhammad - 21 - Harimau Muda A
Mahali Jasuli - 21 - Harimau Muda A
Fadhli Shas - 20 - Harimau Muda A
Fandi Othman - 18 - Harimau Muda A

Midfielders
K. Gurusamy - 22 - Harimau Muda A
Wan Zaharulnizam - 19 - Harimau Muda A
Gary Steven Robbat - 18 - Harimau Muda A
Irfan Fazail - 19 - Harimau Muda A
S. Sivanesan - 21 - Harimau Muda A
Wan Zack Haikal - 19 - Harimau Muda A
Faizal Abu Bakar - 20 - Kedah

Forwards
Ferris Danial Mat Nasir - 18 - Harimau Muda A
Fakri Saarani - 21 - Negeri Sembilan
Shakir Ali - 22 - Kedah


Menurut International The News, Jurulatih pasukan Pakistan, Tariq Lutfi berkata pasukannya bersedia menghadapi Malaysia. Pasukan Pakistan sudah membuat persiapan teliti. Baru2 ini pasukan Pakistan ke Thailand selama 2 minggu dan menjalani 4 perlawanan persahabatan di sana. Pasukan Pakistan bermain mengikut formasi 4-2-3-1 dan mempunyai 2 pemain yang bermain di Eropah termasuk Yousuf Butt yg bermain di Denmark. 


Menurut Ranking FIFA yg dikeluarkan pada 2 februari 2011, Malaysia berada di tangga ke140 dan Pakistan di tangga yang ke173. 


Namun ranking ni mungkin tidak boleh dipakai untuk pasukan bawah 23 tahun (U23) yang akan bermain malam ni. Lagi pun, bola kan bulat, so apa2 pun boleh berlaku. Kita sama2 berharap dan berdoa pasukan Malaysia dapat bermain dengan baik, menjaringkan gol dengan banyaknya dan pada masa yang sama, Khairul Fahmi Che Mat dapat menjaga gawang Malaysia daripada ditembusi. 

My Prediction: Malaysia 3, Pakistan 0. 

1 comment:

  1. Final score 2-0. By right Malaysia boleh menang 5-0, byk peluang tapi tiada tindakan penyudah yg berkesan. Defense pun banyak buat careless mistake, nasib baik lawan Pakistan. kalau tidak dah bocor dah gawang Malaysia tadi. 2nd leg di Lahore, Pakistan pada 9 Mac 2011.

    ReplyDelete