Anda tahu apa gunanya lorong kecemasan? Pastinya anda tahu. Ia hanya dikhaskan utk kegunaan Ambulan, Polis, BOMBA dan jabatan kecemasan yg lain, pada waktu kecemasan SAHAJA.
Ramai benar yg memandu ikut lorong kecemasan. Seolah-olah tak peraturan jalanraya. Semua org nak cepat, takde org yg nak lambat sampai ke kampung halaman masing2.
Hampir sebulan kita berpuasa. Ramadan Kali ni nampak nya gagal mengajar anda erti Kesabaran. Anda adalah seorang yang TIDAK SABAR. PUASA ANDA JUGA TIDAK BERKUALITI.
Tidak kira anda seorang doktor, Jurutera, arkitek, ahli politik, guru, Jutawan, atau kontraktor kelas A sekali pun, kalau mentaliti mcm ni, anda adalah seorang yg GAGAL.
Anda terasa? Bagus. Mmg patut pun.
Sebagai seorang doktor, saya tahu kepentingan setiap saat dlm memberi rawatan kecemasan kepada pesakit. Satu saat membezakan hidup atau matinya seseorang pesakit.
ALLAH MAHA ADIL.
Satu hari nanti, Ambulan yg tersangkut di jalanraya itu ialah Ambulan yg sedang membawa isteri, ibubapa atau anak anda ke hospital. Atau pesakit itu mungkin diri anda sendiri.
Apabila org yg anda kasihi meninggal apabila tiba di hospital, saya hanya akan berkata:
"Maaf tuan, kami telah cuba sedaya upaya kami, namun kelewatan tiba di hospital menyebabkan rawatan yg kami beri gagal menyelamatkan beliau. Allah lebih menyayangi beliau".
Dan kelewatan ini disebabkan oleh manusia2 seperti ANDA, yang memandu di lorong kecemasan.
TOLONG KOSONGKAN LORONG KECEMASAN!
1 Syawal 1325H
28/07/2014, 12:15 pagi
No comments:
Post a Comment