Saturday, June 1, 2013

Kisah Besi dan Airport Metal Detector

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Anda nak tau tak satu perkara?

Sekiranya badan terdapat besi atau implan, siren mesin penggera (metal detector) di lapangan terbang berkemungkinan akan berbunyi!

Sesetengah implan boleh dibuang sekiranya kepatahan telah sembuh namun sebahagian implan yg lain yang melibatkan penggantian sendi seperti Total Hip Replacement (THR) atau Total Knee Replacement (TKR), ia adalah sesuatu yang tidak mungkin dilakukan.

Majoriti implan diperbuat drpd besi tahan karat 316L Stainless Steel, Cobalt Chromium atau Titanium Aloi. Implan ini mempunyai sifat2 yang berbeza antara satu sama lain dari segi kekuatan, kelenturan, tahan karat dan pelbagai lagi.

Mesin2 'metal detector' moden di lapangan terbang memang mempunyai kapasiti bagi mengesan implan2 ini.

Apa yang biasa kami buat ialah memberi satu memo atau surat kepada pesakit yang ingin menaiki kapal terbang bagi memaklumkan pihak keselamatan mengenai sejarah kesihatan pesakit, kepatahan serta jenis pembedahan serta besi yang dimasukkan.

Anda pula perlu memakai pakaian yang longgar ketika ke lapangan terbang. Ini akan memudahkan anda menunjukkan parut pembedahan sekiranya diminta berbuat demikian oleh pihak keselamatan.

Selamat mencuba!

1 comment:

  1. Assalamualaikum..

    boleh saya tahu, bagaimana untuk saya memohon surat atau memo tersebut? adakah boleh memohon secara terus kepada Dr. yang merawat saya?

    Sekian. Terima kasih.

    ReplyDelete