Saya nak berkongsi pengalaman saya semalam.
Saya berkesempatan melawat sebuah pusat tahfiz persendirian di Binjai, Kuala Lipis. Pusat tahfiz ini didirikan di atas sebuah tanah wakaf. Saya ke sana bersama2 dua lagi sahabat saya, Dr. Jamal dan Dr. Atiki.
Ketika kami tiba, suasana amat hening. Jam menunjukkan jam 1:50 petang. Kami sangkakan bangunan serba daif itu tidak berpenghuni pada mulanya. Apabila kami mendekati anjung luar bangunan tersebut, kelihatan kelibat 8 orang anak muda yang sedang duduk dalam 3 kumpulan kecil. Mereka semua berpakaian lusuh bewarna putih dan berkopiah.
Rupa-rupanya mereka sedang makan tengahari. Mereka makan di dalam dulang. Daripada cara mereka duduk aku tahu mereka mengikuti sunnah RasululLah SAW. Sebelah kaki di bawah punggung, manakala sebelah lagi dibengkokkan rapat ke dada. Mereka amat tertib ketika makan. Tiada gelak ketawa. Sesekali kedengaran mereka bersuara kepada sahabat di sebelah. Hati kecil ku tersentuh, amat berbeza dengan kebanyakan anak2 seusia mereka. Adab, tertib mereka begitu dijaga.
"Ustaz ada?" Dr. Jamal memulakan bicara.
"Ustaz takde, dia pergi Koyan", jawab seorang pelajar. Dia kelihatan paling tua di situ. Rupa2nya Ustaz Islahuddin yang mengajar mereka tiada. "Kami nanti mula kelas balik pukul 2:30 petang", tambah beliau.
"Adik umur berapa?" Aku bertanya sambil tersenyum.
"18". Ringkas aje jawapanya.
"Adik dah habis hafal Quran?" Aku ingin sekali mengetahui.
"Saya dah hafal 13 Juzuk, alhamdulilLah. Dah setahun setengah kat sini". Aku melemparkan senyuman kepada beliau. Rasa amat kagum dan bersyukur dengan keupayaan beliau, rasa cemburu pun ada. Seronoknya kalau dapat menghafal Quran seperti adik ni.
Kami cuba melihat ke dalam dulang mereka dari jauh. Ada nasi putih di tengah2 dulang mereka dan 3 ekor ikan goreng yang mereka makan bertiga sedulang. Ikan ini mereka kutil sedikit demi sedikit, lalu disuapkan ke mulut. Tiada kuah, tiada sayur. Tiada ayam atau daging. Tiada ulam, sambal belacan atau budu. Hati ku tiba2 terasa sebak. Terasa sedih mengenangkan juadah penghafaz2 cilik ini.
"Siapa yang paling muda?" Aku memandang ke arah seorang budak yang kelihatan lebih kecil.
Adik bersaiz kecil, berpakaian kain lusuh bewarna putih mengangkat kepada. "Saya pakcik. Saya baru 12 tahun", katanya sambil tersengeh.
"Adik dah hafal berapa juzuk?" Dr. Atiki mencelah.
"3", jawabnya ringkas.
Suasana hening seketika.
Kami lihat keadaan sekeliling. Bangunan batu setingkat itu dibina dengan amat ringkas. Sekadar cukup sebagai tempat berteduh. Terdapat sebuah pondok yang dijadikan dapur.
Papan tanda yang telah patah dan tercabut disandarkan ke dinding dapur. |
Mengikut Dr. Jamal yang pernah bersemuka dengan Ustaz Islahuddin, mereka hanya bergantung kepada derma orang ramai. Tiada sumbangan tetap yang membiayai mereka. Mari kita lihat kelebihan membaca dan menghafal Al-Quran:
Abdullah bin Mas’ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
“Sesiapa yang membaca
satu huruf daripada kitab ALLAH TAALA maka untuknya diberi satu
‘hasanah’ (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah
adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (’Alif, lam, mim)
sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu
huruf dan (mim) adalah satu huruf.”
Para Hafiz iaitu orang yang menghafal al-quran dan yang beramal dengan ilmunya boleh memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya. Disebut dalam hadith daripada Anas r.a. :
“Sesiapa yang membaca al-Quran dan menghafalnya, dia menghalalkan apa yang dihalalkan di dalam al-Quran dan mengharamkan apa yang diharamkan di dalam al-Quran, Allah akan memasukkan ke dalam syurga dan dia akan dapat memberi syafaat 10 orang ahli keluarganya yang semuanya adalah ahli neraka".
Saya merasakan orang ramai tidak tahu mengenai kewujudan Pusat Tahfiz ini. Ia perlu dibela dan dibantu. Kita mungkin tidak mampu nak mengajar mengaji dengan sempurna, atau melahirkan penghafal Al-Quran dengan diri kita sendiri, namun apa yang kita mampu lakukan ialah dengan memberi sumbangan kepada pusat2 tahfiz seperti ini.
Sumbangan secara konsisten setiap bulan, agar anak2 ini dapat makan makanan yang berzat, dapat tinggal berteduh di tempat yang selesa, dan dapat membesarkan lagi pusat tahfiz ini. Ia adalah umpama kita yang melahirkan penghafal-penghafal Al-Quran. Setiap alunan Al-Quran yang keluar dari mulut mereka merupakan sumber pahala kita, cahaya di kubur kita kelak.
Kita berebut-rebut mencari harta dunia namun amat kedekut dalam mencari bekalan bagi hari akhirat yang kekal abadi. Saya merayu dan menggesa sahabat2 menderma sebahagian pendapatan kita ke Akaun Tabung Haji Pusat Tahfiz Binjai ini. InsyaAllah kita akan diberi ganjaran berlipatkali ganda oleh Allah swt.
Tabung Haji: 110601000065941
Ustaz Islahuddin Ahmad
Sekiranya perlu maklumat lanjut boleh hantar message ke FB page Tinta Mahyuddin atau Komen di entry ini. InsyaAllah kita cuba aturkan. (Pusat Tahfiz ini tiada nombor telefon).
Wassalam.
PS Saudara-saudari boleh kongsi kan maklumat di entry saya ini. Saya izinkan. Please share!
Kalau pihak pengurusan tahfiz ini buka akaun maybank ataupun bank islam, rasanya lebih mudah untuk orang ramai menderma.
ReplyDeleteSusah saya nak cakap sebenarnya. Masa sy pergi tu Ustaz tu takde. Nak kena buat another visit utk jumpa Ustaz Islahuddin ni. Nak kena bincang cara terbaik utk buka akaun atas nama Psuat Tahfiz ni. No akaun TH ni atas nama peribadi Istz ni mungkin akan buat org ragu2 utk menyumbang kerana akan timbul syak takut2 ustz menyalahguna wang tersebut.
Deletesalam dr,
Deleteramai yang nak derma sebenarnya
tapi saluran untuk menderma kena berjaya untuk convince people yang it is not fraud.
saya sangat2 berbesar hati untuk bantu, tapi mohon few details ttg tempat ni
alamat, n paling penting mmg kena ada yang jaga amanah duit derma ni
Boleh tak derma pakaian seperti seluar,baju dan kain.bahaimana dan alamatnya.
ReplyDeleteSy takde alamat lengkap Pusat ni. Kawan yg bawa sy pun takde alamatnya. Mungkin nanti sy akan ke sana lagi utk dapatkan alamat dan tanya lebih lanjut.
DeleteInsyaAllah, inilah antara insan2 yg dapat melindungi kita dari kemurkaan Allah. Mari sama2 menyumbang walau sedikit...
ReplyDelete