Pernah tak anda dianianya? Mesti pernah bukan. Kali ni saya nak berkongsi post adik ipar saya yang sedang belajar di tahun akhir fakulti perubatan di Universitas Padjajaran (UNPAD), Indonesia. Tak puas hati betul saya apabila mengetahui betapa tidak professionalnya admin and pensyarah2 perubatan di sana. Ini berlaku dah lama, sejak seorang lagi adik ipar saya (yang sekarang sudah bergelar doktor di Hospital Seremban) belajar di sana pada beberapa tahun lalu (dan skrg dah pass).
Mcmana fakulti boleh suka2 tukar tarikh exam last minute? Suka2 tukar syarat2 lulus final exam?? Mengubah keputusan peperiksaan??
Saya rasa ini perkara ini disengajakan disebabkan DUIT!!!!
Saya harap kerajaan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dapat siasat perkara ni dengan lebih lanjut sebelum ia menjadi lebih parah lagi. Kalau perlu terminate aggreement, terminate aje. Sebelum ni mmg ada isu kualiti siswazah dari Uni Indonesia apabila mereka bekerja sebagai doktor pelatih pun, cuma sekarang sudah kurang disuarakan, mungkin kerana ramai doktor2 latihan siswazah yg baru dari Russia/Ukraine yg kualitinya lebih rendah dari graduate Indon (sebahagian dari mereka, bukan semua).
Nanti baca post dari blog adik ipar saya dibawah ni yer. Sedikit panjang, tetapi baca lah, dan re-post. Untuk kepentingan anak bangsa kita, rakyat Malaysia di Indonesia!
They taught us "how to be a GOOD manager" .
Salam. Give me 30 minutes to make a quick post.Ticket kami hari ni burned, macam tu je..sebab tak boleh tukar less than 48 hours before departure time. Saya tak stress sebab kena exam, tapi stress sebab benda ni :( Dan saya dah menyusahkan orang lain :(
Lepas tu semalam dengar banyak sangat cerita tentang our "beloved" faculty. Sebab semalam ramai kawan-kawan pergi jumpa faculty admin untuk masalah-masalah mereka.
Dan beberapa berita yang baru dapat semalam, we have to pass BOTH osce & mcq to continue our MAGANG (program yang 6 bulan kat daerah2 tu, which is supposed to start on April 16th) tapi kalau tak pass salah satu, kena ikut MAGANG gelombang seterusnya, which is on July.
Actually, I'm quite sure I can pass both (bukan over confident..but seriously I think I and my friends can do it..only rezeki belum menyebelahi kitorang), tapi sangat takut kalau faculty buat macam kelmarin lagi kat kami. Mudah-mudahan tidak.
Actually waktu result keluar hari tu, dean datang marah-marah kitorang 260 orang, sebab kata kitorang ada masalah attitude. Sebab dia cakap kitorang ada masalah attitude adalah sebab sebelum dia start ucapan dia, dia tanya kami 1 soalan :
"Siapa yang sudah merasa yakin bisa dilepaskan untuk dihantar ke rumah sakit daerah untuk bertanggungjawab menghadapi patient?"
Satu auditorium besar tu senyap sunyi. Takde sorang pun yang angkat tangan. Tanya orang Malaysia dan Indonesia (yang naturally semua nya akan bersikap rendah diri), mestilah takkan ada orang angkat tangan. Even our batch ada budak pointer 3.99 pun tak angkat tangan.
Lepas tu dia cakap, "Ya, tidak ada seorang pun yang yakin bahawa dirinya sudah bisa dilepaskan. Kalau kalian sendiri merasa tidak yakin, bagaimana kami bisa merasa yakin yang kalian bisa dilepaskan? Hal ini terbukti dengan nilai ujian akhir kalian yang tidak seorang pun mendapai nilai A di dalam ujian objektif. Dan daripada 260 mahasiswa, cuma 109 orang yang tidak perlu mengulang"
"Inilah yang saya bilang, kalian ini mempunyai masalah ATTITUDE / SIKAP." Bla..bla..bla..elaboration about our masalah SIKAP.
Ok, dan dalam pertemuan itu, waktu result diumumkan oleh doctor lain, dorang cakap passing mark dinaikkan dari 59% menjadi 68%. Kalau tahun lepas, senior 59% dah lepas.
Untuk OSCE pulak, tanpa semena-mena dorang tukar dari minimum kena pass 9 stations, jadi minimum kena pass 10 stations, LAST minute. Sedangkan senior last year (angkatan 2005) lulus 9 stations dah tak perlu mengulang.
Ini adalah gambar yang saya ambil dari slidesshow our faculty waktu briefing sebelum OSCE.
Kami nak defend diri sendiri pun tak boleh. Apa boleh buat, dari dulu kena jadi orang bodoh ikut je apa kehendak dorang.
One more, semalam saya dapat tahu satu berita lagi, salah sorang kawan saya tak puas hati kenapa dia boleh failed CPR station sebab dia nampak examiner bagi dia markah lulus. Saya dan kawan-kawan yang OSCE pada waktu & tempat sama, 90% failed kat CPR tu. Sedangkan kitorang bincang-bincang apa yang kitorang buat, kitorang tak dapat cari salah kitorang, sebab CPR memang betul-betul ada guideline from American Heart Association 2010. Sampaikan kami buat kesimpulan "ooo..mungkin kita assist ventilation tapi dada patung tu tak naik"..or, "oo..maybe kita compress tangan tak berapa nak lurus kot"..dan banyak lagi assumption lain.
So kawan saya tu pun pergi jumpa dengan examiner tu privately. And examiner tu cakap dia tak fail kan seorang pun kat CPR tu. Dia cuma bagi rendah kat sorang student, itupun masih lulus.
Lepas tu my friend tu pun pergi tanya kat admin, and admin dengan sukacitanya menjawab "Ini sudah finalized, kalian tumpukan saja pada ujian kalian". Boleh tak dia cakap macam tu, tanpa nak check langsung kalau pihak dia ada buat salah.
Saya tak kisah kalau dia nak cakap kami masih belum competent. Everybody pun still tak competent. Even orang yang dah lulus semua pun belum competent. Sampai dia tak berani nak lepaskan kami. The thing is, senior-senior sebelum kami, contohnya angkatan 2004, dorang final exam takde OSCE pun. OSCE ni baru start last year, batch before kitorang. Itupun dengan kriteria kelulusan macam gambar kat atas.
Lepas tu senior waktu koas tak packed gila-gila macam kitorang. Dorang ada banyak cuti, termasuk cuti straight 5 minggu between koas sebab dorang tak ada Family Medicine department. S0 5 minggu dorang boleh balik Malaysia waktu koas. Tapi start angkatan kami, sepanjang 1.5 tahun koas, kami cuma dapat cuti 2 minggu. Nak cuti kahwin pun dapat sekejap sangat. Ikut quota cuti dalam department masing-masing.
How come our faculty boleh lepaskan senior, yang tak ikut Family Medicine dept, and yang dulu-dulu tak ada OSCE macam kami, tapi dia tak boleh nak lepaskan kami? In the end, semua orang akan kembali kepada ZERO waktu nak jadi doctor nanti. We'll start our housemanship program yang saya rasa lebih bermanfaat daripada duduk lama-lama kat sini belajar benda yang obviously different from our own country, especially dari segi medication and other management yang lebih advanced. The only thing I get is "to learn about LIFE". I know benda ni sebenarnya bermanfaat untuk hidup kami di akhirat. Alhamdulillah. But please don't treat us like we are pendatang tanpa izin. Kami bayar mahal untuk belajar kat sini tapi janganlan buat kami macam ni. Bila ada sesetengah orang Malaysia buat hal dengan "maid" kat Malaysia, berapi-api keluar kat berita kat TV. Tapi, bila benda2 pasal keburukan dorang, semua nak sembunyikan.
Penat dah 6 tahun duduk kat universiti dengan pengurusan macam ni. Dari dulu tak pernah berubah. (Puas dah dengar semua orang cakap macam ni), tapi tak tau kenapa saya masih mahu tulis macam ni.
Anyway, I hope I will pass this exam with flying colors. Orang aniaya kita, doa termakbul insyaAllah. Orang buat jahat dengan kita, kita jangan buat jahat dengan orang, tapi kita buktikan yang kita lebih mampu daripada apa yang dorang sangka. Semangat!!
http://rafahiahharon.blogspot.com/