Monday, February 20, 2012

Solat semasa sakit

Assalamualaikum,

Petang tadi aku menghadiri satu mesyuarat dengan Ketua Jabatan Ortopedik HoSHAS, Mr. Yusof Aziz, timbalan beliau, Ms Nur Rahimawati dan sister wad Kenanga 5 (Orto lelaki) dan Kenanga 6 (Orto perempuan). Perbincangan berkisar mengenai jadual tahunan kursus bagi staf jabatan ortopedik HoSHAS. Kami merangka annual planner untuk setiap staf. Matlamatnya ialah bagi memastikan setiap staf termasuk pakar, doktor2, staff nurse, medical assistants dan medical attendants berpeluang untuk pergi berkursus bagi tahun 2012-2014.

Habis berbincang mengenai kursus2 tu, kami beralih kepada perkara yg sudah lama bermain di benak ku.

Aku selalu berfikir, rasa-rasanya pesakit2 kat wad tu solat ke tidak? Kalau nak solat secara biasa memang tak boleh. Almaklum lah, ada yg tangan bersimen, ada yg kaki tergantung, kepala tergantung... macamana pulak yang kaki dipotong sebab kencing manis? Yang patah tulang belakang? Sepatutnya. lagi kita sakit, lagi lah kita kena berdoa kepada Allah swt supaya diampunkan dosa dan disembuhkan penyakit. Bukan kah sakit itu satu cubaan Allah kepada hamba2 Nya??


Post trans-metatarsal amputation. Macamana nak solat?

Di potong di bawah paras lutut sebab kencing manis...solat duduk?

Open fracture right tibia - Right leg on traction with debrided wound

Kaki dah busuk, kulit dan otot dah mati...

Potong lagi...

Saya pernah berbincang perkara ni dengan sister wad Kenanga 6 serta houseman2 dan medical officer masa round di wad mereka bulan lepas. Betapa mereka perlu mengingatkan pesakit2 di wad mereka tentang kewajipan bersolat. Maksudnya, semasa rondaan mereka (wad round) mereka bukan saje perlu memeriksa pesakit secara fizikal - lihat vital signs, dengar jantung dan paru2, periksa kaki dan tangan pesakit atau tempat2 yang bermasalah, tetapi mereka juga perlu menasihatkan pesakit supaya solat dan berdoa.

Kalau pesakit tidak solat, adakah kami akan menanggung dosa sama? Kalau pesakit tidak diingatkan, lagi2 lah berdosa... kalau sudah diingatkan tapi masih tapi pesakit masih tidak mahu bersolat, sekurang-kurangnya, tanggungjawab tu sudah terlepas.

Tapi macamana pula cara berwudu' dan bersolat kalau terlantar di katil? Kalau kaki tergantung dan sebagainya? Kalau nanah keluar dari peha tanpa henti? Kalau kaki buruk, busuk dan berulat disebabkan kencing manis?

Rupa2nya di HoSHAS ni tidak ada Biro Agama atau Task Force yang boleh menasihati berkenaan perkara2 ni. Pamphlet pasal wudu' dan solat pun takde. Susah juga kalau takde peruntukan khusus dan sokongan dari pihak atasan yer.

Dulu masa aku belajar di Otago, New Zealand, pihak chapel ada menyediakan service bagi pesakit2 yg sudah tiada harapan (terminal disease) dan menunggu masa untuk meninggal dunia. Paderi mereka membuat lawatan2 ke wad dan sebagainya. Kalau mereka boleh buat, kenapa tidak kita??

Kami sepakat untuk berusaha mewujudkan task force, atau setidak-tidaknya unit sukarelawan bagi merangka pamphlet rujukan bagi pesakit berwudu' dan solat semasa sakit, serta bagi memperjuangkan suasana hospital yang lebih mesra ibadah.

InsyaAllah nanti boleh diadakan ceramah2 pendek atau taklimat kepada pesakit apabila mereka masuk ke wad, boleh membuat lawatan berjumpa pesakit2 terminal dan mungkin juga boleh diadakan kursus menguruskan jenazah kepada staf2 hospital.

6 comments:

  1. bagusnya.....smg usaha dpt dilaksanakan secepat mungkin n berkembang ke smua hosp. seluruh negara.....

    ReplyDelete
  2. Sgt setuju dgn cadangan tu...ari tu ada g dgr ceramah ustaz dr don,dia pun mention perkara yg dama... Kenaps tmpt org tolong org...kurang mendapst keberkatan...? Antaranya sbb patient x solat...sbg Dr...dan petugas di hospital...perlu ada rasa tggjwb sperti Dr din ni...utk ingatkan pesakit pd Allah yg sebenarnya membsntu mrreka.... Dr hanyalah perantara...dan manjalankan amanah dan tggjwb..... InsyaĆ llah usaha ikhlas ini akan mendapat keredhaan dari Nya....

    ReplyDelete
  3. contact hospital klang. diorang dah ada sukarelawan dari masjid yang melawat pesakit and ajar solat masa sakit. mak mertua saya salah seorang ahlinya. dia pernah bercerita pada saya pengalaman semasa melawat wad2 and mengajar pesakit cari2 solat semasa sakit. a fulfilling experience katanya.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...ini satu peningkatan yang perlu diusahakan.

    Sebagai seorang yang pernah terlantar dalam wad CCU, ICU dan wad biasa yang pada seketikanya tak boleh buat apa apa selain terlantar diatas katil...memang kita berasa insaf dan sentiasa ingatkan Allah swt,...tapi apakah ibadah ibadah yang terbaik ketika itu...,ketika hati, badan dan perasaan terasa lemah dan longlai... selain mengingati Allah swt,bertaubat, berzikir dan menghormati waktu solat ? Kena tanya kepada ustaz...

    ReplyDelete
  5. @Anonymous - terima kasih kerana bagi maklumat. insyaAllah sy akan contact HTAR Klang

    @Abah - insyaAllah Abah

    ReplyDelete
  6. salam. sy berminat nak jadi sukarelawan. what should i do next?

    ReplyDelete