Friday, June 21, 2013

Bumi Kenyalang yang Mengagumkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sahabat2 pernah ke Bumi Kenyalang? Baru2 ni kami sekeluarga menjejakkan kaki buat kali pertama ke sana. Bukan suka2 pergi, kebetulan saya ada kursus tahunan Ortopedik, Malaysia Orthopaedic Association (MOA) yang diadakan di sana tahun ni.

Kali ni saya nak berkongsi pengalaman saya dan keluarga berkelana ke sana...

Kami ke sana selama 4 hari 3 malam, dari hari Khamis, 6 Jun hingga Ahad, 9 Jun 2013. Beberapa hari sebelum saya berlepas, saya bertanya di laman tweeter saya mengenai, "apa yang menarik dan patut saya cari di Sarawak?". Beberapa rakat tweeter saya mencadangkan perkara2 ni:-

  • Mee Kolok
  • Ikan Terubuk Masin
  • Kek Lapis
  • Taman Budaya Sarawak

Sebelum ni saya cuma tau pasal Kek Lapis aje yang sinonim dengan Sarawak, di samping karpet atau tikar Sarawak. Mee Kolok? Apa tu?

Sampai aje ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, saya segera ke Kaunter Informasi. Wah, banyaknya pamphlet! Pegawai penerangan sangat2 ramah dan baik hati. Sempat saya minta beberapa cadangan tempat menarik yang saya boleh pergi sepanjang tempoh saya di Kuching. Beliau mengeluarkan sekeping kertas yang tertulis ringkasan tempat2 menarik di Kuching dan kawasan sekitarnya, jarak perjalanan ke tempat itu, masa buka dan tutup, transport dan juga bayaran yang dikenakan sekiranya ke sana. Fantastic!!!

Tiba2 aku mendengar suara berbisik "Dr. Mahyudddin...awak pergi kursus yer kat Kuching ni, bukannya nak gi jalan2...ingat tu!" Tapi ada juga suara yang berkata "Apa salahnya Mahyuddin, dah sampai Kuching ni, bila lagi nak jalan2...bak kata pepatah, sambil menyelam minum air!"


Sampai aje kat airport, budak2 3 orang ni dapat pulak bergambar dengan gadis Kadazan-Dusun ni...bertuah betul la... rupa-rupanya ada promosi sambutan Hari Gawai untuk pelancong asing yang tiba di airport sekarang ni...


Kami menginap di Riverside Hotel. Rezeki kami, setibanya di hotel, semasa check-in, saya diberitahu bilik kami di upgrade ke Executive Deluxe Room, tingkat 16. AlhamdulilLah!

Kursus saya diadakan di 2 hotel yang berbeza, Riverside Hotel dan Grand Margerita Hotel. Hotel ini terletak bertentangan antara satu sama lain. Just across the road. Grand Margerita Hotel terletak di pesisir sungai Sarawak, di sisi Kuching Waterfront yang terkenal.

Kalau anda meminati 'River Cruise', terdapat 2 sesi menyusuri Sungai Sarawak iaitu pagi dan petang (sunset). Kapal yang digunakan agak besar dan ada jaket keselamatan.


Kek Lapis
Kalau nak beli Kek Lapis, boleh menyeberang Sungai Sarawak daripada Kuching Waterfront ni dengan menaiki bot. Cuma perlu bayar 50 sen aje untuk ke seberang. Cuma yang kurang best, takde jaket keselamatan disediakan. 

Di seberang sungai, ada banyak kedai2 Kek Lapis, pelbagai warna dan rasa. Kreatif sungguh pengusaha kek lapis ni!

Tugu Kuching berhadapan dengan Riverside Hotel dan Grand Margerita Hotel. Ramai pelancong2 yang 'snap' gambar kenangan kat sini.

Kolam renang di Riverside Hotel agak luas dan selesa. Ada 2 bahagian berbeza bagi kanak2 dan orang dewasa. Bagi kolam dewasa, airnya pada paras dada saya. Tiada lifeguard yang bertugas disediakan. Semuanya atas tanggungjawab sendiri. Tuala dan pelampung percuma disediakan.

Masjid Kuching
Pada hari kedua kami ke sana, kami sempat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Bandar Kuching. Masjid ini mempunyai kubah bewarna keemasan dan terletak berhadapan dengan Sungai Sarawak.

Hotel Riverside menyediakan perkhidmatan shuttle bagi penginap hotel yang beragama Islam untuk ke masjid.

Ni kawan baik saya, Dr. Rusdi yang sekarang agak glamer kerana membuat permbedahan ke atas Pelakon Farid Kamil baru2 ni. Beliau juga sama2 datang ke Sarawak bagi menghadiri kursus tahunan kami.


Zoo Kuching 
Zoo Kuching terletak di dalam bangunan pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Ia terletak lebih kurang 20 minit perjalanan dari Bandaraya Kuching. Ia dikatakan sebagai 'the best museum in southeast Asia'.

Tiada kucing hidup di muzium ni sebenarnya. Yang ada cuma patung2 kucing, gambar, setem, cenderahati, sejarah kehidupan kucing di Malaysia (di Sarawak khasnya), Mesir dan Jepun. Garfield pun ada jugak... masuk percuma. tak perlu bayar apa2 melainkan sekiranya kita nak bawa masuk video camera, kamera atau telefon bimbit berkamera. Kena bayar RM3-5 untuk setiap satu. Kalau tak nak bawak masuk, boleh tinggal di kaunter masuk, ada pegawai yang jaga telefon dan kamera kita.

Ia dibuka dari 9 pagi ke 5 petang.

 
Pintu masuk ke Muzium Kuching. Muzium ini terletak di dalam bangunan pejabat DBKU.


Kompleks Kubah Ria 
Kami ke sini kerana nak cari tempat berehat dan menjamu selera. Ia kompleks yang agak baru. Ada banyak kedai makan, kedai cenderahati, kedai Kek Lapis, kedai Terubok Masin, kedai buku dan sebagainya.

Komplek Kubah Ria

Wah! Rezeki saya rupanya nak rasa Mee Kolok. Yang jadi nak rasa tu sebab nama dia pelik. Kat negeri saya Terengganu biasa makan sayur Kolok, Mee Kolok memang dok pernah jumpa lagi.


Inilah rupanya Mee Kolok. rasanya hanya ada di Sarawak. Kalau ikut pengamatan saya, ianya seakan-akan mee sup, tetapi menggunakan Yee Mee yang menjadikannya lebih kental. Dicampur sekali dengan hirisan daging. Sup ditambah dengan banyak tauge ('ccammboh' kalu ikut loghat org Terengganu). Sedap!!!

Taman Budaya Sarawak (Sarawak Cultural Village)

Taman Budaya Sarawak atau 'Sarawak Cultural Village' adalah antara tempat yang WAJIB dikunjungi kalau kita ke Sarawak. Rugi kalau tak pergi. Ia terletak dalam 45 minit perjalanan dari Bandaraya Kuching.

Bayaran masuk agak mahal sedikit. RM60 seorang bagi dewasa dan RM30 bagi kanak2 (7 tahun keatas). Bagi rakyat negeri Sarawak, dapat special price, RM25 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak2.

Apa yang paling menarik kalau ke sini ialah Persembahan Kebudayaan kaum2 di Sarawak. Ada 2 kali sehari iaitu pada jam 11 pagi dan 4 petang. Kena 'punctual' sebab persembahan mula tepat pada waktunya.




Tarian kebudayaan Sarawak yang memukau

Beberapa lagi tarian dipersembahkan kepada penonton yang memenuhi panggung

Persembahan yang paling gamat ialah aksi seorang pahlawan 'Orang Ulu' yang memaparkan kemahiran beliau menyumpit belon. Beliau akan memilih seorang penonton untuk sama2 ke atas pentas bagi menyumpit belon.


Persembahan diakhiri dengan tarian joget oleh penari2 yang akan 'mencari' pasangan masing2 daripada para penonton di dalam dewan. Biasanya pelancong asing dan kanak2 yang akan naik ke pentas. Anda tak perlu risau sekiranya tidak mahu naik ke atas pentas...


Lepas tengok persembahan tu, kita boleh mengelilingi Taman Budaya ni, dimana kita dapat lihat contoh binaan rumah2 kaum Bidayuh, Murut, Iban, Melayu, Melanau, Orang Ulu dan Cina. Boleh masuk ke dalam rumah2 ini dan dapat belajar mengenai sejarah dan kebudayaan setiap kaum tersebut.


Bergambar bersama seorang pakcik dari Kaum Bidayuh

Rumah mesyuarat Kaum Bidayuh

Ada juga tempat pemprosesan sagu dan masakan kuih tradisional. Baru kami dapat lihat pokok rumbia secara 'Live'. Sagu diperbuat dengan memproses batang pokok rumbia rupanya. "Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya!"

Pondok memproses sagu

Pokok Rumbia yang terdapat di depan tempat pemprosesan sagu.

Mengisar gandum di dalam rumah Kaum Cina Sarawak

Memang letih betul berjalan kat dalam Taman Budaya Sarawak. Berbaloi la saya bayar RM180. Dapat pengalaman dan ilmu baru. Anak2 pun belajar macam2 perkara baru.

Malamnya kami ke tempat makan yang agak terkenal di Kuching iaitu 'Top Spot'. Kebanyakan makan di sini ialah makanan seafood.

Top Spot Kuching. Hanya 5 minit berjalan kaki dari Hotel Riverside.

Kalau anda ke Kuching, anda perlu cuba sayur Midin masak belacan ni. First time saya rasa sayur Midin ni dalam hidup saya. Rupanya tak jauh bezanya dengan pucuk paku. Ada rakyat Sarawak yang makan nasi putih dengan sayur Midin masak belacan aje tau...


Sayur Midin masak belacan


Pusat Hidupan Liar Semenggoh

Kami memang berhajat nak ke sini. Nak bagi pengalaman kat anak2. Dapat tengok Orang Utan dari dekat, dalam habitat asal mereka. Kalau nak tengok kat zoo memang la boleh...

Ia terletak 22km dari Bandaraya Kuching. Nak masuk pun murah aje. RM5 bagi dewasa dan RM2 bagi kanak2. Kalau anak2 bawah 6 tahun percuma aje. So saya bayar RM14 untuk tiket masuk kami 5 sekeluarga.

Kebetulan masa kami ke sana, hujan pulak turun renyai2...adehhh.. tapi Pusat Semenggoh ni macam tau2 pulak. Rupanya diaorang ada jual baju hujan...



Ni baju hujan yang Pusat Hidupan Liar Semenggoh jual. RM3 ringgit aje satu. Jadi, Papa belikan satu sorang, satu utk Papa, satu utk Mama dan 3 untuk anak2 Papa... kena RM15 la untuk baju hujan.



Seronok pulak budak2 ni pakai baju hujan....takde beza dgn pakai plastik bag rupanya. Kalau untuk anak2, baju hujan ni nak kena trim sendiri, takde size untuk budak2. Nasib baik la Papa ada bawak gunting hehe

Sampai pun. Sebelum sampai ke tempat Orang Utan ni, nak kena parking jauh sikit, dalam 5 minit berjalan kaki. OrangUtan ni sensitif sikit kalau dengar bunyi bising...kalau bising nanti dia tak keluar.

Rehat jap sementara tunggu Orang Utan keluar untuk feeding time. Masa bagi makan Orang Utan ialah pada jam 9 pagi dan 3 petang. Jadi kalau nak datang, boleh datang dalam pukul 8 pagi atau 2 petang. Tak perlu tunggu lama2 sebelum dapat tengok Orang Utan.

Dah keluar dah...Seronoknya Mat Salleh ni nampak OrangUtan!

Pandai betul bergayut... eksyen...

Tepat jam 4:15 petang kami beransur pulang. Nak kena cepat2 ke Lapangan Terbang Kuching untuk check-in dan pulang ke Kuala Lumpur. Flight kami jam 7 malam, jadi pukul 5 dah nak kena ada kat airport.

Minum Nescafe Mocca kejap sementara tunggu boarding.

Pengalaman yang kami dapat memang amat berharga. Seronok bawak anak2 jalan. Dapat tengok keindahan alam, kehijauan pokok, serta betapa kayanya budaya etnik di Negeri Sarawak.

Kalau ada peluang, pasti kami akan datang lagi nanti...

Wednesday, June 5, 2013

Sakit Tumit atau Plantar Fasciitis


Assalamualaikum,

Pernah tak anda mengalami sakit pada bahagian tumit kaki?

Antara penyebab utama sakit dibahagian tumit ialah keadaan yang dikenali sebagai 'Plantar Fasciitis'.

Ia disebabkan radang pada bahagian lekatan asal tisu (tissue origin) 'Plantar fascii' yg terletak pada tumit kaki.

Ia paling teruk pada waktu awal pagi ketika mula2 hendak bangun berjalan. Sakit akan berkurangan pada tengahari dan petang.

Lokasi sakit ini boleh di 'pin-point' dengan khusus. Apabila ditekan ia menimbulkan rasa sakit yang amat sangat. Kadang-kala anda boleh merasa satu benjolan (nodule) sebesar duit 5 sen pada bahagian yang paling sakit tersebut apabila anda menekan bahagian itu.

Antara penyebab Plantar fasciitis ini ialah:

1. Berat badan berlebihan (overweight) atau obese
2. Memakai kasut yang tidak sesuai (keras, tidak selesa)
3. Banyak berjalan atau berdiri lama

Ia boleh dirawat dengan cara berikut:-

1. Memilih kasut atau selipar yang mempunyai lapisan dalam (insole) yang lembut dan selesa
2. Mengurangkan berat badan
3. Ubat tahan sakit (semasa peringkat awal diagnosis) biasanya ubat anti-radang seperti Ponstan/ Voltaren / Celebrex
4. Fisioterapi - ultrasound / heat / cold

Sekiranya tidak berkesan atau sakit terlalu kuat, suntikan campuran ubat anti-radang (Steroid) dan ubat bius setempat (Lignocaine) boleh diberi pada tumit anda (plantar fascii origin). Ini akan memberi kelegaan segera. Namun, suntikan ini hanya boleh diberi maksima, 3 kali setahun.

Sekiranya anda bertanya kepada saya, saya akan cadangkan pemilihan kasut / selipar yang sesuai sebagai pilihan utama. Ia mungkin akan melibatkan kos yang sedikit mahal bagi membeli kasut ini, namun kesannya amat memuaskan.

Kita tidak sepatutnya merasa berat hati bagi mengeluarkan belanja lebih bagi mendapatkan barang yang terbaik bagi diri kita. Betul kan?

Feel free to 'SHARE" and 'LIKE' sekiranya ia bermanfaat buat anda dan kenalan anda


Gambar: Kasut Scholl adalah antara contoh kasut yang amat sesuai bagi anda sekiranya anda mengalami "Plantar fasciitis' kerana lapisan dalamnya yang lembut, selesa dan disertai dengan bentuk dalaman kasut yang mengikut struktur kaki anda.


 
 
Disclaimer: Saya tidak dapat apa2 bayaran oleh syarikat ini yer. Sekadar memberi contoh sahaja

Saturday, June 1, 2013

Kisah Besi dan Airport Metal Detector

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Anda nak tau tak satu perkara?

Sekiranya badan terdapat besi atau implan, siren mesin penggera (metal detector) di lapangan terbang berkemungkinan akan berbunyi!

Sesetengah implan boleh dibuang sekiranya kepatahan telah sembuh namun sebahagian implan yg lain yang melibatkan penggantian sendi seperti Total Hip Replacement (THR) atau Total Knee Replacement (TKR), ia adalah sesuatu yang tidak mungkin dilakukan.

Majoriti implan diperbuat drpd besi tahan karat 316L Stainless Steel, Cobalt Chromium atau Titanium Aloi. Implan ini mempunyai sifat2 yang berbeza antara satu sama lain dari segi kekuatan, kelenturan, tahan karat dan pelbagai lagi.

Mesin2 'metal detector' moden di lapangan terbang memang mempunyai kapasiti bagi mengesan implan2 ini.

Apa yang biasa kami buat ialah memberi satu memo atau surat kepada pesakit yang ingin menaiki kapal terbang bagi memaklumkan pihak keselamatan mengenai sejarah kesihatan pesakit, kepatahan serta jenis pembedahan serta besi yang dimasukkan.

Anda pula perlu memakai pakaian yang longgar ketika ke lapangan terbang. Ini akan memudahkan anda menunjukkan parut pembedahan sekiranya diminta berbuat demikian oleh pihak keselamatan.

Selamat mencuba!