Tuesday, July 31, 2012

Cramp and Banana...Pisang oh Pisang!

Assalamualaikum,

Baru2 ni aku menerima sms dari seorang kenalan, "Sorry doktor, saya masuk Wad Mawar, kaki saya cramp pagi tadi". Beliau bertugas sebagai ketua kerani di Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim, Kuala Lipis.

Aku berkenalan dengan beliau semasa mendaftarkan anak sulung aku ke sekolah tu dulu. "Cramp lagi" getus hati ku. Ni dah kali kedua bulan ni beliau dimasukkan ke hospital kerana krem kaki. Beliau mendapat kekejangan (cramp) kerana kekurangan garam potassium (K) dalam darah beliau.So, kalau ada pembaca2 yg selalu cramp kaki, elok pergi hospital check darah yer...mana la tau kalau2 garam potassium ni rendah ke...(tapi ada banyak lagi sebab2 kaki kita ni jadi cramp...)

Pagi tadi selesai perhimpunan pagi bersama wargakerja Hospital Kuala Lipis dan melakukan rondaan pagi di wad aku singgah di Wad Mawar (wad perubatan lelaki) untuk melawat beliau.

"Cramp la kaki saya doktor". Beliau memulakan bicara.

"CC makan pisang tak?" Aku bertanya ikhlas. Aku hanya memanggil beliau dengan panggilan CC (Chief Clerk). Beliau hanya tersenyum.

"Selalu doktor". Beliau menjawab ringkas.

 "Mungkin masih tak cukup kut. Bulan puasa ni saya kurang makan sikit, biasa 3 kali, sekarang hanya 2 kali aje". Terus terang beliau menjawab. kat atas meja tepi katil beliau ada sesikat pisang.


Kali terakhir beliau dimasukkan ke wad dulu, aku menasihati beliau supaya banyakkan makan pisang.


Kalau diikutkan, sebiji pisang mengandungi 450 miligram K. Ini adalah lebih kurang 20 peratus dari keperluan harian kita. So, kita kena makan dalam 5 biji pisang sehari hehehe. Ia juga kaya dengan vitamin B6 dan fibre (serat). So, sape2 yang sembelit pun bagus kalau makan pisang. Sape sembelit angkat tangan!


Sebenarnya, kalau nak diikutkan banyak lagi buah2 yang lagi kaya dengan potassium ni. Untuk mudahkan pembaca blog saya yg sayang ni, ni saya ringkaskan neh:

  • Sebiji Pisang                       450 miligram (per serving)
  • Sebiji Betik                         780 mg
  • Sebiji Mangga                     320 mg
  • Sebiji Oren                          240 mg
  • Sebiji Pear                           200 mg
  • Sebiji buah Kiwi                   250 mg
  • Tembikai (1 cawan)              180 mg
  • Epal (setengah cawan)          160mg
  • Nanas (setengah cawan)       150 mg
  • Strawberi (setengah cawan)  140 mg









Kalau diikutkan top-ten buah-buahan yg famous kat negara barat, Pisang dah jatuh no 8. Boleh baca article ni.


Tapi kat Malaysia ni, doktor2 biasa advise pesakit supaya makan pisang aje sbb pisang mmg antara buah yang paling glemer kan? Mana tak nyer, setiap kali lepas solat jumaat mesti ada pisang yg orang sedekah kat luar masjid. Petang2 pulak kita cari pisang goreng, cekodok goreng, lepat pisang, banana split...lapar la pulak bila sebut pasal makanan2 yg mengiurkan ni hehehe

Pisang dalam fridge rumah aku yang dah nak lebu. sempat lagi ambik gambar hehehe

Okay la, dah nak masuk waktu berbuka dah ni....nanti kita share2 lagi neh...

wassalam.

PS Agaknya sebab tu la monyet2 kat hutan tu tak pernah cramp...sbb hari2 makan pisang kut :)

5 comments:

  1. Yah pun obsess dgn khasiat pisang..hehe..terutama bulan puasa ni..drpd research terhdp diri sendiri, pisang boleh mengurangkan rasa letih di siang hari waktu berpuasa..maybe sbb glycemic index dia moderate dan calorie pun agak tinggi..kalo sahur goreng pisang byk2 confirm tak rasa lapar lgsg :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siap boleh experimen diri sendiri lagi yer hehehe...bagus lah Yah ni. Abg din so far dok pernah lagi sahur makan pisang...hari2 makan nasi hehehe

      Delete
  2. dulu ade org kabo ke ya mkn pisang cepat gemuk. haha. mase ngandung ni ya jadi kurg suke pisang, sbb ade skali tu ya muntah lps mkn pisang. terus jd kurang selera lps tu. tp ya suke pisang goreng. sedapnya pisang nangka dgn pisang tanduk. yumyum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada gemok makan pisang hahaha...Pisang salai dari Indonesia pun sedap gok...lama dok makan. Boleh pesan dari Aki dan Yah...

      Delete
  3. salam doktor,nak tanye nii...saya selalu cramp kaki waktu malam...setiap malam..kenape yew?

    ReplyDelete