“AstaghfirulLahal ‘Azim”. Hanya itu yang terpacul keluar
dari mulutku apabila membaca status post Prof. Dr Muhaya di laman facebook
beliau sejam selepas aku selesai menjalani prosedur LASIK di Prince Court
Medical Centre (PCMC). Izinkan aku kongsikan bersama pembaca blogku yang
budiman.
“Betapa Allah menunjukkan kuasaNya apabila melakukan lasik
pada seorang doktor pakar mukmin yang amat tawaduk dan tenang. Segala amat
lancar dan tenang. Beliau juga dikurniakan isteri solehah, juga doktor pakar
mukminah. Semoga kita semua menjadi manusia berkualiti di sisi Allah. Hentikan
semua sifat negative”
Aku beristighfar memohon Allah menjauhkan sifat ujub dan
riak dari hati ini.
Aku merupakan pesakit pertama dalam senarai pesakit Prof
Dr. Muhaya yang menjalani LASIK pada pagi jumaat yang lalu (20/07/2012). Izinkan
aku berkongsi pengalaman ini. Semoga ia dapat membantu pembaca blogku ini serta
lebih ramai lagi orang yang mencari info mengenai LASIK ini. Semoga Allah sama2
memberkati dan memberi kita pahala, ameen.
|
Kami bersama Prof. Dr. Muhaya di bilik beliau di PCMC |
Secara mudahnya, LASIK ialah prosedur dimana cornea mata
kita dibentuk semula bagi menyerupai fungsi cermin mata. Ini membolehkan imej
objek yang kita lihat dipancarkan tepat ke retina dan imej jelas terbentuk.
Sebelum ini, prosedur ini melibatkan penggunaan pisau khas tetapi teknologi
terkini dengan menggunakan laser membolehkan pembetulan yang dibuat dengan amat
tepat, tanpa menggunakan pisau (bladeless).
Aku sudah memakai cermin mata sejak berusia 15 tahun kerana
rabun jauh. Semua adik-beradik ku seramai 9 orang semuanya memakai cermin mata.
Aku dah memakai pelbagai jenis cermin mata, yang nipis, yang tebal, frameless
etc. Paling tak seronok bila nak main air, atau bila hari hujan, kalau lah
cermin mata tu ada wiper kan senang… Kadang2 bangun pagi terlupa kat mana
cermin mata, terduduk atas cermin mata pun pernah hehehe
Niat utama aku buat LASIK ni sebenarnya kerana untuk
memudahkan aku mengerjakan ibadah haji tahun ni. Takde nak risau2 pasal cermin
mata dah. Satu lagi ialah kepuasan semasa sujud ketika solat. Kalau buka cermin
mata, tak nampak pulak, Bestnya kalau sujud tanpa perlu pakai spek mata, dapat
betul2 rapatkan dahi ke sejadah. Allahu akbar, bestnya…
Pengalaman ku bermula 3 minggu yg lalu apabila terbaca iklan
LASIK didalam wall facebook Prof Muhaya. Secara spontan aku menghantar sms ke
nombor yg tertera dan sehari kemudian, seorang wanita yang begitu ramah dari PCMC menelefon dan
memberi tarikh temujanji untuk bertemu Prof Muhaya.
2 hari sebelum temujanji, aku mendapat satu lagi sms dari
PCMC mengingatkan aku mengenai temujanji dgn Prof Muhaya.
Kami sekeluarga bertolak ke Kuala Lumpur dari Kuala Lipis
pada hari Rabu malam Khamis , 18/07/2012. Kami bermalam di kediaman adik kami
di Bandar Tun Razak, Cheras. Terima kasih Dr. Zahir Amin dan Dr. Nurul Sazmi
sekeluarga atas layanan yang tip-top!.
Day 1 (19/07/2012)
Temujanji yg diberi ialah pada pukul 11 pagi. Tapi aku dan
isteri tiba pada PCMC jam 9:30 pagi. Sebaik sahaja selesai pendaftaran di
tingkat 3, kami terus menuju ke LASIK Centre yg terletak di hujung blok PCMC di
tingkat yang sama. Maka bermulalah proses pemeriksaan kedua2 mataku yg amat
berharga ini.
Di LASIK Center aku menjalani 3 jenis pemeriksaan mata.
Pemeriksaan ini tidak memerlukan mata kita diberi ubat titik untuk membesarkan
anak mata (pupil dilator). Mesin2 yang digunakan memang canggih.
Selesai 3 pemeriksaan ini, kami ke klinik mata (Eye Clinic)
di aras yang sama, bersebelahan dengan ruangan kaunter pendaftaran klinik. Di
situ aku menjalani sekurang-kurangnya 7 jenis lagi pemeriksaan mata. Ini tidak
termasuk berjumpa Pakar Optometris, Mr Yap. Mr Yap memeriksa visual acuity dan
memberi penerangan yang amat jelas mengenai prosedur LASIK. Well done Mr Yap,
really appreciate your thorough explanations!
Di klinik mata ini, mata kita akan dititiskan ubat bagi
melumpuhkan otot yang mengawal ketebalan kanta mata (ciliary muscles) dan juga
ubat untuk membesarkan anak mata (pupil dilator) bagi membolehkan mata kita
diperiksa dengan lebih jelas dan terperinci. Secara ringkasnya, antara yang diperiksa
ialah ketebalan kanta, eye topography, visual acuity, astigmatism, intra-ocular
pressure dan banyak lagi yg aku tidak pasti. Secara keseluruhannya, proses
pemeriksaan ini mengambil masa lebih kurang 4 jam. Akhir sekali, barulah kita
akan berjumpa Prof. Dr Muhaya yang akan memeriksa sendiri mata kita. Pada masa kami
berjumpa Prof, jam sudah menunjukkan jam 1:30 petang.
|
Ubat titis bagi merehatkan ciliary muscles dan membesarkan anak mata dititis sebelum pemeriksaan mata |
|
Mesin canggih digunakan bagi mengkaji mata pesakit |
|
Mesin seterusnya...dah tak ingat yang ke berapa...ke-6 rasanya |
MasyaAllah, Prof Muhaya memang seorang yang hebat. Aura
beliau jelas terpancar dari wajah serta tuturkata beliau. Kami berdua
sememangnya peminat beliau serta mengikuti beliau secara dekat menerusi
facebook serta program beliau di tv9. Isteriku jelas teruja yang teramat…macam
nak meloncat-loncat aku tengok bila dia nampak Prof Muhaya *hehehe..jangan marah
sayang, usik sikit aje*
|
Prof. Dr. Muhaya memeriksa mata ku dengan teliti |
“Prof, saya minat sangat dengan prof!!! Kami memang selalu tengok program Prof kat dalam tv”
Cepat aje isteriku membuka bicara.
“Oh yer ke? What one thing you have learnt from me?” Isteriku kaget
seketika, ‘flight-of-ideas’ katanya. “About Law of Attraction (LOA )! Prof
teaches Law of Attraction!” Lancar aje isteriku berkata.
Prof senyum aje.
“We are strong believer of the LOA. We believe and we apply
LOA in our daily life” Aku menambah.
“And it works!” Sambung Prof.
Dan begitulah perbualan kami bermula. Prof begitu positive
orangnya. “Hebatnya manusia ini” Itu yang terdetik dihatiku. Tiada satupun
perkataan yg keluar dari mulutnya melainkan yang positif sahaja. Setiap satu
ayatnya mengandungi mutiara kata (bukan mutiara naga yer…*hehehe*) Sambil
memeriksa mataku, beliau memberi nasihat mengenai kehidupan, bagaimana menjadi
suami dan isteri yang terbaik, menjadi muslim dan mukmin yang terbaik, to
inspire others, to focus on the positive things and to open our minds.
“When I see the husband, I know about the wife. And when I
see the wife, I know about the husband”.
“You’re a good husband, that’s why you have a good wife”. Beliau memberi
mutiara kata kepada kami.
"Prof, sebelum saya lupa, mak saudara saya, Nor Adibah Awang Tera kirim salam". "Oh, Nor Adibah Awang Tera, she's my classmate back in Kuala Terengganu. How is she?" Kami berborak seketika mengenai keluarga ibu saudaraku itu. Sebenarnya Prof. Dr. Muhaya berasal dari Negeri Terengganu, kami sekampung.
Hampir 30 minit kami bersama beliau. “AlhamdulilLah,
semuanya bagus, InsyaAllah esok kita jumpa”. Beliau menghadiahkan kami sebuah
buku mutiara kata yg di 'compile'kan dari post wall facebook beliau.
|
Gambar kenangan selesai pemeriksaan mataku |
Day 2 (20/07/2012)
Kami tiba pada jam 8:15 pagi di PCMC. Niat dihati untuk
menjadi pesakit pertama agar dapat cepat balik dan menunaikan solat Jumaat.
Tibanya di LASIK Centre, sudah ada seorang pesakit wanita yang menunggu. Namun,
aku terdengar jururawat menerangkan kepada wanita tersebut bahawa Prof akan
melakukan LASIK ke pesakit beliau yang lelaki dahulu bagi membolehkan mereka
menunaikan solat Jumaat. Hebatnya Prof Muhaya. Seorang Pakar yang mempunya
fikrah Islamiyyah!
Aku tenang sahaja. Isteriku setia menunggu. “Abang buatlah
pernafasan 2-4-6 tu” katanya lembut. “2-4-6??” Aku tersenyum. Isteriku
mengingatkan kembali teknik pernafasan yang kami pelajari semasa mengikuti
kursus Dr. Azizan Osman 2 tahun lalu. Memang banyak ilmu, teknik dan rahsia
yang kami pelajari semasa mengikuti 3 kursus anjuran beliau. “Baik” Aku
menjawab ringkas. Teknik penafasan itu menenangkan perasaan dan menstabilkan
nadiku.
|
I am ready for LASIK! |
|
Isteriku yang setia menunggu dan memberi moral support |
Seorang jururawat tiba dan menerangkan mengenai prosedur
yang akan aku jalani dan apa yang harus aku lakukan semasa prosedur tersebut.
Penjelasan yang amat jelas. Setiap pertanyaan ku dijawab dengan yakin. “Memang
terlatih” Detik hatiku.
Sebaik Prof tiba, aku dipanggil ke bilik prosedur. Bilik
prosedur tu memang amat bersih, luas dan lapang. Ada 2 mesin besar, satu untuk
membuat ‘bladeless flap creation’ dan satu lagi untuk ‘laser corneal
correction’. Alunan zikir istighfar dan
nasyid berkumandang memenuhi ruang bilik tersebut, begitu soothing sekali.
“Ini Dr. Mahyuddin, pakar bedah tulang, dan ini isteri dia
Dr. Shahnaz, pakar bius, dua2 doktor pakar di hospital kerajaan”. Beliau
memperkenalkan kami berdua kepada staff2
beliau.
Aku menyerahkan cermin mataku kepada seorang staff. Beliau
menyuruhku membaca carta di dinding. Nak baca apa, satu huruf pun tak
nampak…”tak nampak huruf pun” kataku ringkas. Beliau tersenyum. “okay, nanti
lepas Prof selesai buat LASIK ni, kita cuba lagi sekali yer”. Katanya. Prof
sedang ‘scrubbing’ di dalam bilik scrub.
Aku baring diatas mesin pertama.Ubat titik bius dimasukkan
kedalam mataku. Kemudian, sekeliling
kulit kelopak mataku dicuci dengan cecair antiseptic povidone. Kepala ku
dipakaikan tuala bagi menutup rambut dan telinga bagi mengelakkan pencemaran
(contamination). Prof Muhaya datang dan duduk dibahagian atas hujung kepala.
“Baik, kita mula yer. Baca Alfatihah”. Beliau dan staff sama2 membaca
alfatihah. Aku ikut baca didalam hati.
***(mulut kena tutup sepanjang berada dibawah mesin kerana
wap yang keluar boleh mengganggu pancaran laser mesin tersebut. Kita tidak dibenarkan memakai perfume,
deodorant atau apa2 yg boleh mengeluarkan wap semasa menjalani prosedur
tersebut)***
Mesin pertama ialah untuk membuat corneal flap. Bahagian epithelium
kornea kita akan dihiris (slice) tanpa menggunakan pisau (bladeless). Prof akan mula dengan mata kanan. Mata kiri
ditutup dengan plaster. Mata kanan kita akan disengkangkan dengan alat bagi
mengelakkan kita dari berkelip (kalau berkelip pun mata tak boleh tertutup).
“Focus on the green light. This will only take about 15
seconds”. Beliau memberi kata2 perangsang sepanjang tempoh tersebut. “Focus on
the end result, not on the procedure. You can see clearly. Your eye sight is
great. Another 10 seconds. You’re a great mukmin doctor, banyak tolong orang,
excellent flap InsyaAllah, janji Allah itu benar!” Berulang-kali beliau
mengulangi.
|
Prof membaca doa sepanjang prosedur. Ini adalah mesin pertama bagi membuat corneal flap. |
“MasyaALlah, you’re doing great. The flap is perfect”.
Selesai sebelah kanan, beliau mengulangi prosedur yang sama untuk mata sebelah
kiri. AlhamdulilLah, kedua-duanya lancar. Selesai ‘flap creation’, aku di
‘swivel’ ke mesin kedua. Di sini, laser akan digunakan bagi membentukkan
kembali lapisan cornea.
“Now, focus on the red light, you’ll smell burning odour,
that’s normal. Keep your eye still”
Aku mengikut arahan. Tiba2 bunyi laser kedengaran, seperti
membakar sesuatu, dan aku dapat menghidu bau seperti benda terbakar. “Breath
normally, 25 seconds and it will be over”. Selesai mata kanan, beliau
meneruskan dengan mata kiriku. “You’re doing great, you’re a good mukmin, a
good doctor, banyak tolong orang, insyaAllah, Allah akan beri yang terbaik.
Janji Allah itu benar!” Ulang beliau lagi.
|
Di mesin kedua. Kelihatan flap mataku diangkat sejurus sebelum laser dipancarkan |
Secara keseluruhannya, proses prosedur bagi kedua2 mata
hanya mengambil masa kurang 20 minit sahaja. Selesai sahaja prosedur, beliau
berkata “ok, dah selesai, pandang kiri. See your lovely wife”. Aku pandang kiri
dan Nampak isteriku sedang mengambil gambar. Aku cuba senyum cuma sedikit
kerana banyak air mata yang keluar dari kedua mataku.
|
Dah selesai, Prof bagi pose istimewa kepada isteriku |
Isteriku masuk ke dalam bilik prosedur. Prof menyuruh aku
duduk dan baca carta di dinding. Aku membaca barisan kedua dari bawah. “Wow,
look at that, 6/9, alhamdulilLah”. Aku terdiam, sebak sebenarnya.
Prof mengajak kami berdua keluar. “MasyaAllah
Mahyuddin, your procedure was very smooth, perfect, langsung takde masalah.
Takde ‘bubble’ (gelembung udara) semasa buat flap. Dah lama I tak jumpa
prosedur selancar ni. Tadi I ambik video, please give me permission and allow
me to use your video for teaching and other purposes”. Aku terdiam, sebak lagi.
Rasa nak menangis. Kalau Prof Muhaya ni lelaki, tentu aku dah peluk dah ni.
“Sila Prof, semoga saya sama2 dapat pahala bila Prof guna video saya tu”
“Saya tau kerja doctor di hospital kerajaan macamana
sibuknya. Bayaran tak seberapa, kerja dan tanggungjawab banyak”. Kata Prof Muhaya. “Prof buat prosedur 20
minit, dapat sama macam gaji saya sebulan” aku melawak. Beliau hanya tersenyum.
“Banyakkan bersedekah. Setiap kali jumpa orang bagi sedekah,
tak kisahlah seringgit ke dua ringgit. Bagi kat tukang sapu, driver bas, kat
kanak2 tepi jalan, banyakkan bersedekah” Kata beliau lagi. “Prof ni sama macam
Ma saya dan Mak wife saya, diaorang memang banyak bersedekah”. Aku menyampuk.
“That’s why both of you are like this, because both of you have excellent
parents”.
“Kami baru jumpa Prof hari ni dan semalam tapi macam dah
kenal lama dengan Prof”. Aku menambah. “Kita bertiga mempunyai similar inner
values, positive attitudes, sebab tu rasa macam dah lama kenal”. Prof
melontarkan senyuman. Prof dan isteriku bersalaman dankami mengambil gambar kenangan sebelum Prof
meminta diri untuk meneruskan prosedur LASIK ke atas pesakit beliau yang
seterusnya.
|
Terima kasih Prof Dr. Muhaya. Kami hargai segala jasa baik, tazkirah, doa serta rawatan Prof kepada kami. |
Aku dimaklumkan oleh adik ipar ku, Dr Nurul Sazmi yg sedang
menjalani latihan kepakaran ophtalmologi (pakar mata) bahawa Premium Bladeless
LASIK ni masih belum ditawarkan di hospital awam Malaysia. Menurut Mr Yap,
Pakar Optometrist PCMC, setakat ini cuma ada 4 buah mesin yang seumpamanya di
Malaysia.
Ada yang bertanya kepadaku mengenai kos menjalani LASIK di
PCMC. Sebenarnya ia bergantung kepada umur dan prosedur yang kita jalani. Buat
pengetahuan pembaca sekalian, secara kasarnya, sekiranya kita berusia kurang 40
tahun, kosnya adalah RM6990 sahaja. Tetapi sekiranya kita berusia lebih 40
tahun dan menjalani ‘blended-vision LASIK’ kosnya akan menjangkau RM7990. Kos sebenar hanya akan
diketahui apabila kita selesai menjalani LASIK.
Aku bersyukur segalanya berjalan dengan lancar. Pengalaman
bertemu Prof Dr. Muhaya adalah amat menakjubkan. Ia tiada galang-ganti dan tidak
dapat dijual beli. InsyaAllah aku dan isteri berazam menjadi seperti beliau
juga, membantu masyarakat dalam bidang kemahiran kami dan pada masa yang sama
menjadi motivator dan pendakwah.
Semoga entry kali ini memanfaatkan pembaca sekalian. Doakan
keselamatan, kejayaan dan kesejahteraan kami sekeluarga yer!
|
AlhamdulilLah semuanya lancar. I'm ready to go home! |