Saturday, May 12, 2012

Selamat Hari Jururawat!

Assalamualaikum,

Selamat Hari Jururawat!

Entry kali ni saya khususkan untuk nurse2 yg banyak bagi tunjuk ajar kepada saya sepanjang kerjaya saya sebagai seorang doktor. Macam pelik kan? Nurse ajar doktor??

Saya mula bertugas sebagai houseman (doktor latihan siswazah) pada April 2002. Masa tu memang macam2 perasaan ada. Seronok sbb nak start keje, kecut perut sbb mcm tak tahu apa2 nak expect, bangga sbb dah jadi doktor dan mcm2 lagi. Saya graduate dari New Zealand, jadi sistem di sana amat berbeza, cara ambil darah berbeza, pesakit yang berbeza dan penyakit pun berbeza. Jadi bila nak start keje kat Malaysia ni memang menggerunkan terutamanya byk cerita2 mengenai doktor2 dan specialist2 yg garang2!


Saya mula bekerja di rotation Ortopedik. Masa di NZ cuma belajar 6 minggu aje Ortopedik ni. So, banyaaakk sangat tak tahu. Mcm2 tak tahu. Nasib baik la ramai nurse2 yang tolong ajar, mereka langsung tak kedekut ilmu especially bab2 labelling, discharge summary, nak call sape (protokol) etc. Kawan2 pun semua very helpful. Kalau kat bilik bedah, lagi la nurse2 byk bagi tunjukajar - cara2 nak scrub, gowning, dancing, nama2 instrument dan macam2 lagi. Kena tegur (dan kena marah pun ada...) memang selalu la...tapi tu asam garam kehidupan houseman la...takde houseman yang komplen2 mcm zaman sekarang ni...


Masa berlalu pantas.


Saya terus melalui kerjaya sebagai doktor. Dari seorang houseman (HO) di HTAA Kuantan kepada seorang pegawai perubatan (MO) di Mentakab, Temerloh, Selayang, Kuala Lumpur, PPUKM, Sungai Buloh dan sekarang sebagai seorang pakar Ortopedik di HoSHAS, Temerloh, Pahang, alhamdulilllah. Ramai nurse2 yg saya kenal masa HO dan MO dulu skrg dah jadi ketua jururawat (sister) dan pun. Jasa mereka tetap saya ingat hingga sekarang.


Saya kagum dengan dedikasi sebahagian besar daripada jururawat2 ni. Daripada pagi datang kerja, kemas katil patient, mandikan patient, serve ubat, buat dressing, hantar pesakit ke bilik bedah, xray, physioterapi dan lain2. Memang ada juga yang problematic, curi tulang, masalah attitude dan sebagainya, tapi majoritinya nurse2 yang saya kenal mmg bagus2. Dalam letih2 pun masih boleh memberikan senyuman kepada pesakit.


Ada nurse2 yang lebih tau mengenai pesakit berbanding HO. Ini tak dpat dinafikan. Nurse2 mmg banyak menegur HO terutamanya yang baru2, ramai HO yang ok, boleh menerima teguran, tapi tidak kurang juga yang susah nak terima hakikat ni. Saya mmg selalu ingatkan mereka supaya respect each other, terima teguran dengan hati terbuka dsb. Masing2 pasti ada melakukan kesalahan, yang penting we work as a team.


Kepada nurse2, bertugaslah dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas. Kita semua akan disoal mengenai  tugas yang kita lakukan skrg. Jangan berkira dan curi tulang ketika bertugas. Ikut arahan yang doktor beri semasa rawatan pesakit tapi kalau ada kemusykilan, tegur lah. Doktor pun manusia biasa yg boleh melakukan kesilapan.


Finally, saya nak ucapkan Selamat Hari Jururawat kepada semua nurse2 yang bertugas. Terutamanya nurse2 yg pernah bagi tunjukajar kepada saya. Lets work together. You are the best!

No comments:

Post a Comment