AlhamdulilLah, khamis lepas kami telah berjaya mengadakan sesi pertama "cara2 berwuduk, tayamum dan solat bagi pesakit". Buat permulaan ni, kami mulakan di Peringkat Jabatan Ortopedik dulu, bagi staf2 jabatan, doktor2 dan jururawat. Ramai juga yang hadir, termasuk staff nurse dan sister dari jabatan lain. Satu petanda yang amat baik!
Ustaz Shukri, ustaz yang kami jemput memang kelakar dan bersahaja. Takde yang tertidur rasanya. Tak kering gusi kami dibuatnya. Dalam mengajar kami, beliau masih sempat berseloroh. Selesai ceramah pendek mengenai tayamum, beliau buat demo. Diikuti dengan sesi praktikal peserta. Selesai tayamum, beliau teruskan dengan cara2 berwuduk dan solat bagi pesakit.
Beliau mengingatkan doktor dan jururawat mengenai tanggungjawab mengingatkan pesakit mengenai solat. Dan beliau juga menegur mengenai betapa ramainya pesakit yang tidak solat, atas alasan 'sakit', sedangkan ibadah solat perlu dilakukan dalam setiap keadaan, hatta ketika sakit sekali pun.
Encik Azhar memperkenalkan Ustaz Shukri |
Ustaz Shukri tekun menjelaskan cara2 tayamum dan berwuduk bagi pesakit |
Doktor2, Sister dan Jururawat yg hadir...ramai juga, alhamdulilLah |
Sesi praktikal solat..Terima kasih Dr. Hazwan sbb volunteer yer |
MA Jilani volunteer untuk praktikal "solat secara duduk" |
Sesi berlangsung selama sejam setengah. Antara 'Take Home Message' ustaz ialah, kita perlu melihat dan menggambarkan betapa mudahnya untuk melakukan wuduk, tayamum dan solat bagi pesakit. Lebih penting lagi, kita perlu berilmu.
InsyaAllah, lepas ni boleh buat lagi sesi seterusnya bagi doktor2 dan jururawat yang tidak sempat hadir tempohari.
Ke arah "Hospital Mesra Ibadah"
syukur Alhamdulillah & tahniah kerana ia sudah bermula. bagus sgt program yg seperti ini. bukan setakat utk pesakit kat hosp je. yg di rumah ni pun kalau sakit boleh praktik. bilalah hospital2 & klinik2 di seluruh negara akan buat program kesedaran ibadat macam ni ya? at least panduan bergambar dlm pamplet atau carta tampal di notice board. kalau boleh pasang CD berkaitan menggantikan siaran televisyen pun bermanfaat juga :-)
ReplyDeletelike this very much. a very beautiful way to gain great rewards from Allah :)
ReplyDelete@Sitimariam - Sebenarnya kat Malaysia ni, dah ada beberapa hospital yang lebih advance berkenaan perkara2 berkaitan ibadah ni. COntohnya Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), KTrg dan Hosp Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
ReplyDeleteHSNZ sudah pun dikenali sebagai hospital mesra ibadah disebabkan aktiviti serta kemudahan yg ia sediakan. HTAA pula ada unit khusus yg bertanggungjawab berkenaan ibadah pesakit2 nya.
Harapnya HOSHAS dapat mencontohi, ameen, insyaAllah.
as salam dr..sy berminat untuk menulis berkaitan perlaksanaan hospital mesra ibadah dan cabarannya ...would u like to gaive any comment or raise any ideas regarding this,,tq
ReplyDelete