Pernahkah jari anda tiba-tiba menjadi
‘jammed’ atau tidak boleh diluruskan semula setelah anda membuat genggaman?
Anda mungkin mempunyai kondisi yang
dikenali sebagai ‘Trigger Finger’. Ia seoalah-olah jari anda sedang bersedia
memetik picu senapang atau pistol bukan? Biasanya pesakit boleh membengkokkan
jari mereka ketika menggenggam tangan, namun apabila mereka membuka genggaman,
jari yang bermasalah ini ‘jammed’ dan gagal diluruskan.
Sebab masalah ini terjadi masih belum
diketahui sepenuhnya. Namun, kajian menunjukkan proses pembengkakan
(inflammation) pada lapisan luar urat jari atau tendon (flexor tendon pulley)
yang menyebabkan ia menebal dan seterusnya menyempitkan laluan tendon tersebut
ketika pergerakkannya.
Masalah ini lebih kerap berlaku
kepada pesakit wanita yang berusia antara 40 hingga 60 tahun. Pesakit kencing
manis mempunyai risiko yang lebih tinggi bagi mendapat masalah ini. Saya juga
melihat ia berlaku pada pesakit-pesakit yang pekerjaan mereka melibatkan penggunaan
tangan yang kerap seperti menjahit dan menaip. Ia biasanya berlaku kepada
tangan dominan mereka.
Pesakit biasanya datang dengan rasa sakit pada bahagian hujung tapak
tangan (lihat gambar). Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, masalah ini akan
berlarutan sehingga menyebabkan jari menjadi ‘lekat’ atau ‘jammed’. Pada
peringkat awal, pesakit mungkin masih boleh meluruskan jari tersebut dengan
menggunakan tangan beliau yang sebelah lagi, namun pada peringkat yang teruk,
jari ini tidak akan dapat diluruskan langsung.
Rawatan bagi Trigger Finger bergantung kepada keadaan pesakit ketika
mendapatkan rawatan. Sekiranya pesakit datang awal, ia boleh dirawat secara
conservative, iaitu tanpa pembedahan, dengan fisioterapi dan ubat anti-radang.
Suntikan steroid kadang-kala berguna bagi merawat pesakit yang gagal dirawat
dengan fisioterapi.
Sekiranya jari pesakit telah pun ‘jammed’ dan tidak dapat diluruskan,
maka pembedahan perlu dilakukan. Setelah ubat bius setempat diberikan, satu
turusan kecil sepanjang 1sm akan dibuat pada tapak tangan pesakit bagi memotong
Al pulley yang sempit. Dengan cara ini, tendon akan kembali bebas berfungsi.
Sekiranya anda mempunyai masalah ini, Sila dapatkan rawatan segera di
hospital berhampiran.
Artikel ini telah di publish di website Malaysian Medical Gazette (http://www.mmgazette.com/jari-saya-jammed-doktor-dr-ahmad-mahyuddin/) pada 30 Oktober 2013
Rujukan:
1.
Postgraduate Orthopaedics, Pau A. Banaszkiewicz.
Cambridge University Press 2009, P335-6
3.
Treatment of trigger finger: randomized
clinical trial comparing the methods of corticosteroid injection, percutaneous
release and open surgery. Edson
S. Sato1, João
B. Gomes dos Santos1, João
C. Belloti1, Walter
M. Albertoni1and Flavio
Faloppa1. Oxford
Journals of Rheumatology,
Volume
51, Issue 1, Pp. 93-99. http://rheumatology.oxfordjournals.org/content/51/1/93
Doktor, boleh terangkan tentang penyakit neuorofibromatosis...kalau boleh doktor terangkan di twitter...tq
ReplyDeletecanlı sex hattı
ReplyDeleteheets
salt likit
salt likit
puff bar
A41