Assalamualaikum sahabat semua,
Lama betul update blog. Agak occupied
dengan kerja dan aktiviti-aktiviti sampingan terutamanya menghasilkan artikel
kesihatan untuk website Malaysian Medical Gazette (www.mmgazette.com). Nanti kalau sahabat sekalian ada
peluang, boleh la berkunjung ke sana yer. Banyak info-info kesihatan yang
sahih, dihasilkan oleh pegawai yang bertauliah.
Kali ni, saya nak berkongsi peluang
sebenarnya ni. Peluang di depan mata, yang hasilnya telah pasti akan kita
sama-sama lihat nanti. Peluang pelaburan, bukan untuk dunia, tapi untuk
pelaburan abadi, di akhirat sana nanti.
Baru-baru ni saya telah menghadiri
majlis pelancaran Dana Projek Pembinaan Surau Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
(HOSHAS). Projek ni telah pun mendapat kelulusan Majlis Ugama Islam dan Adat
Resam Melayu Pahang (MUIP) – No. rujukan Bil. (11) dlm. M.U.I.P.PHG: 100/101/25
JLD.10. Surau ini dibina di hadapan lobi utama hospital, dengan senibina yang
canggih, dengan segala kemudahan dan keselesaan buat pengunjung. Ruang solat
buat Muslimin dan Muslimat disediakan. Kos pembinaan dijangka mencecah RM600
ribu.
Sebelum ini, kakitangan dan pelawat menunaikan solat di beberapa surau kecil yang terdapat pada setiap aras hospital. Pihak pengurusan dan kakitangan hospital merasakan ada keperluan bagi membina surau yang berpusat dimana solat berjemaah dapat ditunaikan bersama-sama. Pengarah Hospital HOSHAS, Dato' Dr. Haji Bahari bin Dato' Tok Muda Awang Ngah amat proaktif dan memberi sokongan sepenuhnya bagi merealisasikan hasrat ini. Inisiatif awal ialah dengan mewujudkan surau sementara sementara Surau kekal yang lebih besar dan selesa buat kegunaan semua dapat dibina. Ia juga dapat menjadi medan dakwah bagi meninggikan syiar Islam di Negeri Pahang Darul Makmur ini.
Surau baru HOSHAS ini akan memudahkan
kakitangan hospital HOSHAS, pelawat dan pesakit menunaikan solat secara
berjemaah dengan selesa. Setiap manusia yang duduk beriktikaf, solat, mengaji dan melakukan
sebarang amal kebajikan, akan mengalirkan pahala buat kita kita alam kubur.
Hadith yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah RA mengatakan, RasululLah SAW bersabda, mafhumnya “Apabila meti
seseorang anak Adam, putuslah segala amalannya kecuali 3 perkara; (1) Sedekah jariah
(2) Ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan (3) Doa anak yang soleh.
Umur ummat Muhammad SAW amat pendek.
Rata-rata manusia sekrang meninggal dalam usia antara 60 hingga 70 tahun. Tidak
ramai yang melepasi umur 80 atau 90 tahun. Sama ada kita menyumbang atau tidak,
projek ini tetap akan berjalan, dilaksanakan dan disiapkan InsyaAllah. Peluang
di depan mata, keputusan di tangan anda.
Sekiranya anda ingin sama-sama
berkongsi kebajikan ini, bolehlah memberi sumbangan ke Tabung Dana Surau
HOSHAS: Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 06028010061299 KESUKES TEMERLOH
(AKAUN SURAU).
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan
oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan
sebiji benih yang menumbuhkan tangkai, setiap tangkai mengandungi seratus biji.
Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah
Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Maha Mengetahui (Al-Baqarah 2:261)
Sumbangan boleh juga disalurkan melalui:
11. Tabung sumbangan yang disediakan (diletakkan di Kafe
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah)
22. Terus ke pejabat KESUKES (Kelab Kebajikan dan Sukan
Jabatan Kesihatan Daerah Temerloh)
33. Melalui akaun bank yang dinyatakan di atas
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi
Ahli Jawatankuasa Pembinaan Surau, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh,
d/a Pejabat KESUKES (Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Kesihatan Daerah
Temerloh), No telefon 09-2955333 / 010-3425781, No. fax: 09-2972468 /
09-2971394 atau hubungi wakil jawatankuasa Surau HOSHAS, Encik Azhar di talian
013-9306040.
Ustaz Haji Mohd Asri bin Awang, Pengurus Pusat Zakat Pahang menyampaikan Tazkirah mengenai kelebihan bersedekah dengan ceramah bertajuk, "Bergembiralah Orang Yang Memberi" |
Majlis Pelancaran Tabung Dana Surau HOSHAS pada 14 November 2014 |
Ruang solat surau sementara HOSHAS |
Bahagian luar surau sementara HOSHAS bersebelahan lobi hospital |
Marilah kita sama-sama merebut
peluang ini. Biar sedikit pun jumlah yang disedekahkan tidak mengapa. Yang
penting kita ikhlas kerana Allah swt. Kita berebut untuk tambah harta di
akhirat kelak. Tidak akan berkurang harta atau menjadi fakir dengan sebab
bersedekah. Harta yang kita ada di dunia ni akan semakin bertambah kerana ia
akan menjadi suci dan penuh barakah. Allah akan membuka jalan bagi kita
menambah harta, peluang dan rezeki, Aamiin.