Sindrom 'Carpal Tunnel'
Pernahkah anda terbangun malam
atau awal pagi sekitar jam 2 atau 3 pagi akibat rasa tidak selesa atau kebas
pada bahagian tangan? Anda akan mengoyang-goyangkan tangan sehingga rasa kebas
ini berkurangan? Atau anda merasa kebas di bahagian tangan iaitu pada ibu jari,
jari telunjuk dan sebahagian daripada jari manis? Kalau jawapan anda ialah “ya”,
anda mungkin mempunyai masalah Carpal Tunnel Syndrome.
Dalam kes-kes yang kronik, otot
pada pangkal ibu jari akan mengecut (thenar muscle atrophy’) and kekuatan ibu jari
juga akan merosot (abductor muscle weakness). Ini menyebabkan pesakit mungkin
mengalami masalah untuk menggunakan tangan di mana sudu, garpu, senduk dan
sebagainya jatuh semasa pesakit menggunakannya.
Carpal Tunnel Syndrome adalah
satu keadaan dimana berlaku tekanan kepada saraf Median (‘Median Nerve’) di
pergelangan tangan seseorang. Ia dua kali ganda lebih kerap berlaku kepada
wanita berbanding lelaki dan dalam 80 peratus kes, pesakit berusia lebih
daripada 40 tahun.
Ia boleh disebabkan oleh tekanan
daripada persekitaran luar tangan atau daripada dalam terowong pergelangan
tangan (‘Carpal Tunnel’) itu sendiri. Antara keadaan yang dikaitkan dengan
sindrom ini termasuk:
- Kepatahan yang berlaku dipergelangan tangan. Ia termasuk kepatahan di tulang ‘Radius’ dan juga tulang-tulang kecil ‘Carpal bones’ yang membentuk terowong pergelangan tangan
- Semen atau plaster yang dipasang bagi merawat kepatahan juga boleh menyebabkan keadaan ini sekiranya ia terlalu ketat
- Sendi pergelangan tangan yang terseliuh juga boleh menyebabkan tekanan kepada saraf ini.
- Sebarang ketumbuhan di dalam ‘carpal tunnel’ akan menyempitkan ruang di dalam terowong ini dan menekan saraf
- Pesakit yang mengandung
- Proses penuaan yang menyebabkan ‘Osteoarthritis’
- Masalah hormone pembesaran (‘Growth hormone’)
- Masalah penyakit metabolic seperti kencing manis dan gout
- Pelbagai penyakit dari kumpulan ‘Connective tissue disorders’ seperti Amyloidosis dan Haemochromatosis
- Idiopathic – tiada sebab yang diketahui
Rawatan
Rawatan bagi keadaan ini biasanya
dimulakan dengan pemakaian ‘night splint’ iaitu sejenis orthosis daripada jenis
thermoplastic bagi mengelakkan pengelangan tangan daripada terbengkok secara
tidak sedar semasa pesakit tidur.
Sekiranya kita lihat,
kebiasaannya pergelangan tangan seseorang akan berada dalam keadaan bengkok ke
dalam semasa kita tidur, dan ini akan menyebabkan tekanan pada saraf bertambah
serius. Cuba anda perhatikan tangan anak-anak atau pasangan anda malam nanti!
Pesakit juga akan dinasihatkan
supaya menjalani rawatan fisioterapi bagi mengurangkan radang atau kebengkakan
di kawasan terlibat.
Pembedahan mungkin perlu dilakukan
apabila splinting dan fisioterapi tidak berjaya atau terdapat ketumbuhan di
dalam pergelangan tangan pesakit. Ia melibatkan prosedur dimana pesakit atau
diberikan ubat bius, dan membuat luka pada bahagian pergelangan tangan pesakit bagi
memotong ‘transver carpal ligament’ dan seterusnya membebaskan saraf ini.
Kini terdapat juga kaedah endoskopik
dimana pembedahan dilakukan dengan menggunakan alat endoskopi dan kamera. Ia
hanya melibatkan 2 atau 3 luka kecil bersaiz 1 cm bagi membebaskan saraf ini.
Namun ia hanya dilakukan di pusat perubatan tertentu sahaja di Malaysia.
Harap dapat ‘LIKE’ dan ‘SHARE’
maklumat ini. Moga ia menjadi ilmu yang bermanfaat untuk dikongsikan. Terima
kasih.
Salam Doc.. Saya adalah pesakit CTS. Pyakit ni sgt2 sakit dan tidur selalu terganggu. Tapi saya sedih pd 2011 masuk wad 2 kali utk dibedah tgan tpi Dktor2 kt Hpital Sg Petani beri alasan OT selalu penuh.Teruk betul servis hpital tu. Saya mohon discharge sbb dh sakit tangan..hati pun sakit. Smpai skrg sya dh stop amik treatment kt Hospital tu!!Utk pengetahuan Doc, kedua2 tgn saya mngalami CTS. Drp: Nur Raudhah, SP Kedah.
ReplyDelete( TQ Doc for ths info- NICE BLOG )
Daripada: NUR RAUDHAH, SP, KEDAH.
ReplyDeleteDh 2 thun saya stop ke hpital & amik ubat2 utk pyakit CTS ni. Sbb tiada byk pengurangan sakitnya. So, saya hanya stop buat keja2 rumah spt memasak, meyiang ikan,mop lantai, menyental periuk belanga dan keja2 yg buat sakit & kebas tgn.Tapi biasanya suami selalu tolong di dapur & saya hanya memasak saja. Alhamdulillah..suami Mithali & baik budi.Saya berpntang mkan spt ikan bilis, mushroom & kurang mkan ikan masin serta seafood. Alhamdulillah..dgn cara ni kebas & sakit makin kurang.Kalau sakit sgt2 saya baca Surah Nabi Yunus & urut2kan tgn.Kalau ada masa lapang saya baca Surah AL KAHFI & sapu pd tgn. Alhamdulillah..nmpak kesannya.BAca AL Fatihah pun bagus kesannya. Saya hanya ingin share sekiranya ada patient alami CTS ni, Doc boleh share apa yg saya telah buat. Insya Allah.. Ayat2 Quran ubat segala ubat.. :-)
AlhamdulilLah Puan dah sembuh. Bagus :)
DeleteSalam Doktor.
ReplyDeleteI am reading your kind post with regard to this symptom but not sure what is happening to me.
I have noticed this changes only two days ago.
On the first night, I woke up to swollen feet. Both of them, and I can't see my ankles. But the swell subside about 2 hours after.
Tonight, it's my arms. Both felt numb and I am trying to twisted them (from the area of wrist to elbow), the hands feel quite tight.
I tried to hold something in hands and I still can grab them like spoon and hand phone.
Hope I could get some explanation before rushing to do more.
As-salaam.
thaks give me so much information
ReplyDeleteyou're welcome :)
DeleteAs salam,apa punca sebenar tangan jadi kebas?penyakit atau kurang vitamin?minta pencerahan.
ReplyDeleteWaalaikumussalam Yusairi,
DeleteKebas tu akibat tekanan pada Saraf Median Nerve akibat terowong (carpal tunnel) yang sempit. Tidak ada kena mengena dengan vitamin.
Salam doc..saya tak sure adakah saya tergolong dlm pnyakit cts ni..tp keadaan saya sama mcm tnda2 diatas..rasa kebas dri bhgian siku hingga ke hjg jri..kmudian rasa skit n rsa sperti tetbakar pada jari shja...slalunya tgan knan la...berlaku dari pkul 3 ke ats..mohon pencerahan ya doc..
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbt. Kalau kebas dari siku berkemungkinan bukan CTS. Harap dapat kan pemeriksaan doktor Ortopedik.
DeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteDoktor,tangan saya kerap merasa kebas..tetapi hanya d bahagian pergelangan tangan serta jari.. keadaan ini berlaku apabila saya memegang smartphone dan tidur mlm hnya kdng kdng berlaku. Adakah saya merupa pengidap CTS.. tolong berikan pencerahan kepada saya..
Waalaikumussalam wbt Puan Ismaniza. Tidak mustahil sebenarnya. Namun untuk kepastian, saya harap Puan dapatkan pemeriksaan doktor Ortopedik terlebih dahulu. Terima kasih
DeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteDoktor,tangan saya kerap merasa kebas..tetapi hanya d bahagian pergelangan tangan serta jari.. keadaan ini berlaku apabila saya memegang smartphone dan tidur mlm hnya kdng kdng berlaku. Adakah saya merupa pengidap CTS.. tolong berikan pencerahan kepada saya..
Assalamu'alaikum Doktor..
ReplyDeleteNama Saya Ala'uddin Baharom. Setiap hari, saya akan berulang alik dari rumah ke tempat kerja. Jarak lebih kurang 70km sehala dan melalui kawasan yang sesak dengan kenderaan. saya menunggang motorsikal berkuasa tinggi. Masalahnya, saya selalu berasa kebas semasa menunggang. Mungkin disebabkan tekanan pada bahgian tangan semasa mengendalikan motorsikal sebab motorsikal tu agak berat. Masalah ini bermula kira-kira 5 bulan yang lalu. Pada mulanya, hanya kebas ketika menunggang. Tetapi, lama kelamaan, setiap pekerjaan yang memerlukan saya memegang sesuatu akan menjadikan tangan saya kebas sehinggakan ketika semasa saya menaip pertanyaan ini pun, tangan saya masih terasa kebas.
Untuk pengetahuan doktor, Ibu saya pengidap kencing manis dan telah meninggal dunia. adakah kencing manis merupakan penyakit keturunan dan adakah rasa kebas saya ini berpunca daripada sebarang penyakit yang berkaitan.
Terima kasih doktor.
Asslmualaikum Dr..sy seorang suri rumah.sy selalu kebas ditangan kanan (pelanggan hingga ke jari) kadang-kadang terjaga malam..dan ada satu mlm sy mengalami kebas dibahagian sebelah kiri mulut sy selepas tertidur dalam keadaan mengiring belah kiri..adakah kerana kedudukan yg lama atau masalah lain
ReplyDeleteAssalamualaikum dr..saya baru lepas operate dlam 3 minggu yg lepas dan sehingga hari ni saya masih lagi rasa kebas pada jari yg mcm dr bgtau kat atas tu..operate tu sekitar pergelangan tangan sebelah kanan..apa yg patut saya lakukan atau ini biasa terjadi selepas operation..terima kasih dr..
ReplyDeletewaalaikumusalam wbt
DeleteKadangkala akan mengambil sedikit masa untuk kebas jari dan tangan untuk hilang selepas pembedahan.
Saya cadangkan ambil supplement neurobion atau methycobalamin yang mengandungi vitamin B bagi mempercepatkan proses penyembuhan.
Assalamualaikum doktor
ReplyDeleteSaya x pasti samaada saya mengalami cts atau tidak.cuma tangan saya terasa seperti kebas sedikit pada tapak tangan n pergelangan..kemudian terasa ada benda menyucuk di bahagian tapak tangan di bawah ibu jari..adakah ia simptom cts?
Salam..sy azila ingin meminta pencerahan..sy telah accident pd ogos dan wrist kiri sy telah dipasang plate disebabkan radius dislocated..dua bulan berlalu jari tgh sy masih kebas dan sensory utk jari tu kurang..doctor yg merawat sy kata berlaku penarikan saraf ketika sy accident dan akan pulih sendiri..tp tiada tanda2 pulih..utk makluman tgn yg patah semakin pulih dan masih dlm fisio..sy juga mkn vitamin yg tuan maklumkan..adakah sy tergolong dlm cts atau sy hanya tunggu sahaja? Sy bekerja menggunakan komputer dan sy khuatir menjejaskan pekerjaan sy..terima kasih..
ReplyDeleteDiana ahmad
ReplyDeleteAssalamuailaikum...Dr .saya mengalami kemalangan semasa mengandung 7 bulan ..hingga menyebabkan urat tangan saya putus dua dan kepala ada darah beku....sudah 7 bulan kemalangan itu berlaku ...tapi hingga sekarang tangan saya masih kebas dan tidak dpat merasa...adakah ia kekal ..dan sekarang masih berjumpa fisioteraphy....terima kasih.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete