Thursday, April 25, 2013

Kursus 'Basic Trauma' Hospital Kuala Lipis

Assalamualaikum sahabat2 sekalian,

Lama betul tak update blog. Sempat buka aje, tapi tak sempat nak update sebab komitmen kerja dan keluarga. Pada saya, apa yang lebih penting bukanlah kuantiti post yang banyak. Biar lah post yang dihasilkan sedikit, tetapi berkualiti dan bermanfaat kepada pembaca dan pencari maklumat.

Nak kongsi berita gembira :)

Antara sebab saya nak berkongsi adalah kerana nak bagi idea kepada pembaca2 yang nak menganjurkan kursus nanti. Boleh la kalau nak cedok idea atau nak improvise kan lagi apa yang kami dah buat di sini kan...

Baru-baru ni Jabatan Ortopedik Hospital Kuala Lipis telah berjaya menganjurkan Kursus 'Basic Trauma' Peringkat Pahang Barat. Ini adalah kali pertama ianya dianjurkan di sini. Bila kita sebut Pahang Barat, ia meliputi Daerah Bentong, Raub, Cameron Highland dan Temerloh.

Kami telah menjemput Dr. Muhamad Yusof Aziz, Ketua Jabatan Ortopedik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) sebagai penceramah jemputan, disamping saya, Dr. Jamaluddin Shafie (Ketua Jabatan Ortopedik Hospital Kuala Lipis) dan Dr. Zakiran Abdullah (Pegawai Perubatan Ortopedik merangkap tulang belakang saya di sini *hehehe*) sebagai penceramah tempatan.

Kursus kami disertai oleh 50 orang peserta yang datang dari Hospital dan Klinik Kesihatan Pahang Barat. Ia meliputi pegawai perubatan (doktor), penolong pegawai perubatan (PPP) dan jururawat terlatih (JT). Masing2 begitu ceria dan bersemangat nak menimba ilmu!!

 
Barisan Ahli Jawatankuasa Kursus Basic Trauma Lipis. Duduk dari kiri: PPK Harun Jawi, Ketua PPP Azmi Ibrahim, Mr. Ahmad Mahyuddin Dato' Mohamed, Mr. Jamaluddin Shafie, Dr. Ahmad Zakiran Abdullah, Dr. Keng Wei Xiong dan Dr. Mastura Aliyasaa'. Berdiri belakang dari kiri: KJ Shamsiah Yassin, JT Hasliza Halim,PPP Zamberi Mohamad, PPP Zahafiz Zakaria, Puan Pui Lei Sie (Ketua Unit Rehabilitasi), Sister Che Nga@Sarina Che Him dan Sister Zaiton Mohamed 

Kursus kami diadakan pada 23 April 2013 (Selasa) mulai jam 8 pagi hingga 5 petang. Kami membahagikan kursus kami kepada 2 bahagian. Sesi teori (ceramah) pada waktu pagi dan diikuti oleh sesi praktikal pada waktu petang. Ini adalah bagi mengelakkan peserta-peserta kursus rasa mengantuk setelah makan tengahari. Kami menjangkakan mereka akan makan dengan berselera kerana menu lazat yang kami sediakan.


Kursus kami telah ditaja sebahagiannya oleh 3 syarikat pengeluar implan (stainless steel/titanium/aloi bagi membetulkan kepatahan kaki pesakit). Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada syarikat ini:-

OSA Technology
Ad General Supplier
Profile Technology


Buku aturcara kami yang begitu menarik. Terima kasih kepada JT Hasliza yang sanggup bersusah-payah hingga ke Raub bagi menghasilkan buku aturcara yang amat berkualiti.



Bangunan baru Hospital Kuala Lipis tersergam indah. Tapi kami tak buat kursus kami di sini, kami buat di dewan serbaguna kerana faktor logistik dan kemudahan yang ada di situ.


Kami pasang kanopi di luar dewan bagi menempatkan ruang pameran Syarikat berasaskan implan yang menaja sebahagian kursus kami serta ruang bagi mengambil makanan yang kami adakan secara buffet. Semua aktiviti lain dijalankan di dalam dewan.

Sususan kerusi yang teratur.
Dr. Mastura sedang mengacara majlis bersama Dr. Keng serta dibantu oleh JT Hasliza.

SESI PAGI

Kami mulakan kursus kami dengan bacaan doa oleh PPP Zamberi, yang merupakan pembaca doa tetap kami, hari2 En. Zamberi baca doa masa sesi tazkirah harian kami *hehehe*

Kami telah berkongsi 4 tajuk khusus yang berkaitan trauma dengan peserta2. Kami mulakan dengan Trauma in General: Orthopaedic Perspective yang disampaikan oleh Mr. Jamal, diikuti dengan topik yang saya sampaikan, Common Limb Fractures in Paediatrics and Adult Patients. Topik ketiga ialah Management of Fractures: Past, Present and Future yang disampaikan oleh Mr. Yusof dan akhir sekali Fracture Complications oleh Dr. Zakiran.

Kami berhenti minum pagi selepas topik yang pertama dan berehat 10 minit setiap kali selesai satu topik bagi membolehkan peserta menggeliatkan diri masing2...*hehehe*

Makan tengahari kami ditaja oleh OSA technology. Lauk memang tak dpat nak ditolak, ramai yang terpaksa menambah nasi kerana terlalu sedap. Tengahari tu kami makan nasi putih, ikan patin masak tempoyak (dibawa khas dari Temerloh), ayam goreng, sayur campur, sambal belacan dan sambal hitam. Sambal hitam ni yang paling special, warnanya aje yang hitam, tapi sekali makan pasti nak lagi.
 

SESI PRAKTIKAL

Pada sebelah petangnya, peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan bagi sesi praktikal. Kami telah merancang 2 sesi yang berbeza bagi membolehkan peserta mendapat manfaat yang optimum. 

Sesi pertama dikendalikan oleh Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang diketuai oleh PPP Azmi Ibrahim dan dibantu oleh PPP Zahafiz, PPP Zamberi dan PPK Abang Harun. Kami memberikan demo serta praktikal memasang POP (semen) dan splinting bagi upper limb, lower limb dan juga spine. 



Ketua PPP Azmi Ibrahim sedang membuat demo pemasangan Below Elbow Cast ke atas salah seorang peserta.
Apa agaknya yang sedang diceritakan oleh PPP Zahafiz tu?? Mr. Jamal sedang mengawasi perjalanan sesi praktikal dari belakang.


Tak kering gusi peserta2 dibuatnya oleh lawak2 PPP Zahafiz. Bagus Apih, semua stay awake walaupun perut masing2 kenyang dengan Ikan Patin masak Tempoyak dan Sambal Hitam!

Selesai sesi praktikal oleh Penolong Pegawai Perubatan, peserta berhenti rehat dan minum petang. Minum teh-O dan makan bubur kacang dengan gula kabung dan karipap. Best ooo... Dah selesai makan minum dan rehat, sambung balik dengan sesi terakhir oleh Unit Rehabilitasi Hospital Kuala Lipis yang diketuai oleh Puan Pui.


JT Abdul Hadi dan Dr. Zakiran menumpukan perhatian dan mendengar dengan teliti penerangan di meja Occupational Therapy.





Stesen Occupational Therapy - Bermacam-macam alat yang diubahsuai bagi memudahkan pesakit menjalani aktiviti harian mereka dapat kami lihat di sini.



Puan Pui membuat demo cara-cara menggunakan tongkat (crutches) kepada peserta kursus. Ia termasuk Non Weight Bearing Crutches (NWBC) dan Partial Weightbearing (PWBC). Beliau juga menerangkan kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukan semasa menggunakan crutches.



Peserta memberi sepenuh perhatian kepada Puan Pui.

Cik Maisarah sedang membuat demo pelbagai jenis terapi bagi pesakit yang mengalami sakit belakang (back pain). Rupa-rupanya ada banyak posisi serta latihan yang boleh dilakukan sekiranya kita mengalami back pain ni.


Selaku Penyelaras Kursus Basic Trauma ni, saya nak ucap terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa yang bertungkus-lumus menjayakan kursus ni. Anda semua begitu berdedikasi dan bersungguh-sungguh. Memang saya amat bertuah memiliki pasukan seperti anda semua. Seperti yang saya katakan tadi, sekiranya kita semua komited menjalankan tugas yang diamanahkan kepada kita, pasti segalanya akan berjalan lancar.

 Tahniah!