Sunday, November 25, 2012

Kasih Ibu Membawa ke Syurga

Assalamualaikum,

Kasih ibu membawa ke syurga. Semalam saya sekeluarga sampai ke Kuala Lipis jam 1 pagi dari Chukai, Kemaman. Teringin sangat balik ke kampung halaman untuk menziarahi ibuku. Dah lama benar tak balik kemaman. A one-day-trip.   


Kami bertolak ke Kemaman petang Jumaat, lebih kurang jam 6 petang. Lalu ikut Jalan Kerambit menghala ke Jerantut. Sampai ke Jerantut dah masuk waktu maghrib. Perut pun dah menyanyi. Kami singgah makan malam dulu. Dari Jerantut, kami menuju ke Temerloh untuk masuk ke Lebuhraya Pantai Timur. Sampai ke rumah Ma, jam dah pun menunjukkan jam 10:30 malam. Sepanjang perjalanan kami sempat 'catch-up stories' dengan anak2 kisah2 yang berlaku sepanjang pemergian kami ke Mekah tempohari. Habis dengar kisah anak2, saya pula bercerita kisah2 keluarga dan adik-adikku kepada anak2, seronok diaorang dengar cerita. Sempat juga buat 'tasmik' surah2 hafazan Kak Long Maisarah. AlhamdulilLah, anak sulungku ni masih lancar bacaan dan hafalan surah2 dari An'Naas sampai ke-surah Asy-Syams.


Saya tau ada yang pelik kerana saya sanggup travel 8 jam pergi balik semata-mata untuk duduk di Kemaman 1 hari, (kurang  24jam sebenarnya). Saya tau Ma pun risau takut saya letih. Hari ni (Ahad) saya akan memandu ke Pulau Pinang pula. Ada kursus 5 hari - Certified Medical Impairment for Assessor (CMIA) hingga hari Khamis. Sebenarnya, niatku hanya satu, menggembirakan hati Ma dan Aboh. Hati ibu mana yang tidak gembira apabila anak2 balik ke rumah kan?


Dalam kekangan masa dan kerjaya sepanjang karierku sebagai seorang doktor, seboleh-bolehnya saya akan cuba untuk balik sebulan sekali. Balik untuk menemani Ma, berkongsi cerita, tolong2 mana yang boleh kat rumah Ma. AlhamdulilLah ramai adik2 yang tinggal berdekatan dengan rumah Ma. Tak la sunyi. Saya berazam untuk menggembirakan Ma, semoga Ma redho. Redho ibu membawa ke syurga.


Ada 2 lagi sebab untuk saya ke Kemaman kali ni. Pertama, adik ku yang ke-6, Nadia baru saje melahirkan putera sulung. Masih dalam pantang lagi. Tahniah Ya! Sekarang dah jadi seorang ibu. Comel anak Ya. Mata macam mata Abi, dahi ikut dahi ummi hehehe. Semalam dia menangis mak oiii, kuatnya, sampai merah padam muka dia, berpeluh-peluh dahi.


Sayang betul kita kat anak kita kan? Itulah perasaan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Namun, ramai anak2 zaman sekarang ni lupa. Ramai yang biadap terhadap ibubapa masing2, meninggikan suara, tidak hormat dan lupa tanggungjawab sebagai seorang anak. Jangan sesekali kita menyusahkan ibubapa kita.


Wan Umar Razin: Cucu Ma dan Aboh yang ke-17. Semoga menjadi anak yang soleh, aamiin.


Yang kedua, adik ku yang ke-3 masuk rumah baru beliau di Kampung Mak Cili, Kemaman. Berdekatan dengan Stadium Mini. AlhamdulilLah, saya memang bersyukur sangat2 kerana hajat beliau termakbul akhirnya. Tahniah Iju dan Intan! Besar betul rumah. Selesa dan lapang. Best la Irham, Imtiyaz dan Irsyad beraksi sakan dalam rumah tu. Masjid pun dekat. Azan dengar sampai ke dalam rumah. Takde alasan dah tak pergi solah berjemaah kat masjid lepas ni hehehe...Sempat juga minum petang semalam. Sedap popia goreng dan dadeh yang Intan buat. Terima kasih daun keladi yer.


Hajat di hati, satu hari nanti saya sekeluarga akan menetap di Kemaman. Nak buat rumah sendiri. Dekat dengan rumah adik-beradik. Senang nak jenguk Ma dan Aboh. Kalau Ma dan Aboh nak duduk sekali pun boleh. Nak bawak mak dan bapa mertua duduk sekali pun boleh juga. Besar pahala tu... 


Okay...nanti sambung. Wassalam

  

Wednesday, November 21, 2012

Selamat kembali ke tanahair!

Assalamualaikum semua :)

Lama betul tak update blog saya ni. baru aje kembali dari Tanah Suci Mekah dan Madinah kerana mengerjakan ibadah haji pada 4 Oktober hingga 17 November lalu. Jet lag pun masih terasa. Terima kasih kepada yang mendoakan keselamatan saya dan isteri sepanjang perjalanan kami. JazakumulLahu kathiran.

Banyak perkara yang nak saya kongsikan dengan pembaca semua. Pengalaman2 saya dapat masa di sana, pertemuan yg tidak dirancang dengan Prof. Kamil (penulis buku Travelog Haji dan Travelog Dakwah) di Masjid Nabawi dan juga tips2 yang saya rasa amat beguna bagi sahabat2 yang nak ke kota suci nanti.

Namun sekarang ni, perhatian lebih kepada serangan negara haram Israel dan juga penderitaaan rakyat Palestin di Gaza. Tidak terasa nak berkongsi mengenai perkara2 lain.

InsyaAllah, saya akan kongsikan juga cerita2 dan tips2 tu nanti yer...