Kini sah sudah aku sekeluarga akan berpindah ke Kuala Lipis, The land of Dato' Siti Nurhaliza.
Perpindahan isteri aku ke Lipis ni dah diarahkan sejak Januari 2012 tetapi kami mintak tangguh sehingga aku selesai gazetment di HoSHAS bulan Jun 2012. Memang pelik, pihak yang bertanggungjawab tukar-menukar pakar ni adalah pihak yang sama, tetapi tidak ada coordination. Puas aku berusaha untuk masuk ke HoSHAS, bila dapat masuk, isteri pula diarahkan keluar. ??? Pelik2...memang tak berapa cerdik betul la. Kalau jadi kat diri sendiri macamana??
Pihak KKM kata nama isteri saya yang dihantar ke KKM. Dihantar oleh siapa agaknya??? Kami tahu....
Hari Khamis, 28 Jun isteri tercinta mendapat surat rasmi perpindahan, tapi surat aku tak ada, puas telefon Bahagian Sumber Manusia KKM, dan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Kalau yer pun nak hantar ke Lipis, jangan la dipecah-pecahkan kami sekeluarga, silap hari nanti ada yang resign nanti *Hahaha*
Dah banyak benar cerita pegawai perubatan dan pakar yang resign disebabkan oleh kecerdikan KKM ni. What a waste!!
Setelah beberapa kali aku menelefon Bahagian Sumber Manusia KKM dan Bahagian Perkembangan Perubatan KKM di Putrajaya, dan menghantar sms kepada matron yang bertanggungjawab dlm penempatan pakar di serata hospital kerajaan seluruh Malaysia ni dari hari rabu sampai jumaat (ada yang berjawab, ada yang tidak), baru lah aku tahu rupanya namaku tertinggal daripada senarai yang patut di'transfer'kan. Patut la tak dapat surat. Kalau aku buat diam ajer, sure berpecah belah famili aku. Aku dah buat keputusan, kalau aku tak dapat surat, all of us will stay in Temerloh. Whatever happens.
Alhamdulillah follow-up yg sungguh berkesan (dengan panggilan telefon dan sms yang tidak berhenti-henti) akhirnya membuahkan hasil....aku dapat surat transfer yang difaxkan ke HoSHAS pada 29 Jun, Jumaat, jam 4 petang. Tarikh lapor diri - 2 Julai 2012, Isnin.
Ada 3 hari untuk lapor diri. Hebat betul nak pindah 1 rumah over the weekend. Setelah diselidiki, rupa-rupanya boleh buat penangguhan sehingga 30 hari dari tempoh tersebut. so, insyaAllah kami sekeluarga akan berpindah ke Kuala Lipis insyaAllah hujung minggu depan.
Banyak yg baru aku ketahui tentang perancangan utk Hospital Lipis ni lately... dari tidak ada general surgeon sebelum ni, dalam masa 6 bulan nanti, akan ditempatkan seorang general surgeon baru (apabila beliau selesai gazetment di HoSHAS). Kebetulan beliau adalah kenalan lama yg pernah aku temui semasa belajar di New Zealand dahulu... mcm reunion plk, hehehe.. Ortopedik surgeon pun dari seorang akan bertambah menjadi 2 org, aku lah tu, hehe.. O&G specialist juga kenalan yg ku temui semasa melapor diri di JKNP dulu, rupanya dah ditempatkan di Hospital Lipis juga.. sebelum ini O&G dicover oleh seorang Dr expatriat yang telah lama berkhidmat.. kini dengarnya beliau hendak menamatkan kontraknya..
Emergency Physician jugak akan dihantar dalam masa 6 bulan ini, apabila beliau selesai gazetment di HTAA, Kuantan. Kenalan lama aku masa bertugas di Hospital Selayang dulu... dan mana tahu mungkin juga pakar radiology akan menyusul tak lama lagi... cuma physician yang masih org lama iaitu seorang Dr Myanmar yang sudah lama bermastautin di lipis. Paediatrician pulak belum dengar khabar berita lagi... last but not least, pakar bius adalah the one and only, isteriku tersayang.. hmmm.. makin lengkap lah bilangan pakar di Hospital Lipis tak lama lagi. Cuma, seorang Pakar Bius untuk sebegitu banyak kepakaran, rasanya memang tak cukup. Setidak-tidaknya perlu ada 3 orang pakar bius untuk membolehkan pakar2 lain memberikan khidmat yang optimum kepada pesakit.
Memang begitu lah perancangan dari JKNP, nak mengembangkan service di Hospital Lipis seperti dimaklumkan oleh Dr. Rasyid, Timbalan pengarah Kesihatan Negeri Pahang kepada aku 6 bulan yang lalu semasa melapor diri di JKNP. JKNP merancang untuk menjadikan Hospital Lipis sebagai yang ketiga terbesar setelah HTAA (Kuantan) dan HOSHAS (Temerloh). Kuala Lipis merangkumi keluasan geografi dan populasi penduduk yang ramai juga.. cuma disebabkan kedudukannya yang jauh daripada highway utama, mendekati titik tengah Semenanjung Malaysia dan dikelilingi oleh hutan dan banjaran, maka ia menjadi satu tempat yang jarang mahu diduduki oleh orang yang bukan orang Lipis sendiri.
Bangunan lama Hospital Lipis |
Asrama Jururawat lama |
Kompleks Baru Hospital Lipis tersergam hebat |
3 sekawan, tinggal kenangan: Dr. Samsul tinggal di HoSHAS, Dr Shahnaz ke Lipis dan Dr Darlina membawa haluan ke Hospital Kuala Lumpur |
(KOLEKSI GAMBAR2 DIAMBIL DARI ALBUM DR. DARLINA - THANKS DARLINA)
Walaupun setelah banyak kali berdoa, semasa umrah dan qiam, berusaha dan merayu pd yg Esa utk tidak dipindahkan ke Lipis. Taqdir-Nya mengatasi segalanya.. kami akur dengan ketentuanNya... yang pasti sesuatu yang besar dan menggembirakan sedang menanti kami di Lipis.. itulah perasaan kami sekarang ini.. Allah sedang menyediakan kami utk sesuatu yg besar.. yang kami sendiri tak tahu apa..itu aku pasti. Sebagai orang yang beriman, kami yakin, sesuatu yang kita fikirkan buruk, mungkin itu yang terbaik di sisi Allah, dan juga sebaliknya, sesuatu yang kita suka dan fikirkan baik buat kita, mungkin itu adalah buruk di sisi Allah. *Think Positive*
Terima kasih ya Allah kerana memberi kami perasaan tenang, excited dan positif untuk berpindah ke Hospital Lipis.
As the long as the family is together that is all that matters isn't it? I'm very certain that you are needed more so in Lipis considering the lack of care to people living there. I am however intrigued by your experience dealing with HR and will convey my opinion to our HR so that hopefully we will not have complaints of this nature within our organization. All the best mate, there are 3 psychiatrist from NZ, you may receive another there may be? :)
ReplyDeleteYes Siddik, the most important thing is the family must remain together. Please do whatever you can within your capacity to improve our HR. And, about the psychiatrist from NZ....I'll be glad to have any of them in Lipis hehehe
Delete:) i understand how u feel mr.mahyuddin..i too was facing the inevitable as a houseman,the possibility of transfer..but alhamdulillah,with my letter of appeal and no cables pulled,rezeki dapat dekat rehab hospital cheras..blessing in disguise habes houseman lambat sbb dpt baby..alhamdulillah..as long as the family is together..that is all that matters:)
ReplyDeleteSalam Alia, tahniah dapat sambung keje di hosp serba baru. Yes, paling penting dapat bersama keluarga. Family first, career second - that's my policy.
DeleteSalam Din, Good to know Lipis folks are getting not just a good ortho surgeons but also a very caring one. All the best to your family. And hopefully another anest, so that your wife wouldn't have to be on call every night.
ReplyDeleteSalam Siddik, you're in UMMC under purview of MOE, quite different from MOH ya :) anyhow I agree, The HR everywhere need to be improved.
wsalam Ben. Come and join us, no local physician in Lipis, especially the one like you..hehehe
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSiannya k.shahnaz sorang je pakar bius. Sure penat. Senior Yah&Aki yg keje HTAA pernah kata yg dia suka sgt waktu posting kat H.Kuala Lipis sbb semua orang baik2, n environment tak stressful mcm HTAA..status2 fb dia pun berubah jd happy je sepanjang kerja kat situ :) Mgkn tu salah satu hikmah jgk a.din n k.shahnaz dpt kat situ.
ReplyDeleteGood Luck Abg Din & Kak Shahnaz & family =)
Terima kasih Yah...apa2 yg terjadi pasti ada hikmahnya kan?
DeleteLike me? You mean boyish and caring haha. Just kidding, would love to, buy I had left KKM. Building new bridge :)
ReplyDeleteI'm a mother of a FYDO n after a year of service at HoSHAS she'll be posted to K Lipis mid of this mth.. eventhough m org Phg but never been to K Lipis.. just don't know what to expect.. and worry for her.. but after reading your blog Doc m quite happy n hope she will be surrounded with good people and friends. Basically she a KLLite was born and bred in the city and did her BDS abroad.. been praying the best for her but dpt jugak Lipis :).. like u said m sure Allah maha mengetahui and has bigger plan for her... Insyallah..
ReplyDeleteThanks for dropping by. Hoping the best for your daughter. InsyaAllah she'll be just fine.
DeleteKuala Lipis is quiet. For a KL girl, it could be tough for her to adjust for the first few weeks (because of the nature of this place - very quiet). But the people here are very friendly, helpful and approachable.
Anyway, usually posting here is only temporary. She can always ask to be transferred back after a year. I'm sure she'll enjoy her life here.
as salam doc..accidently found your blog..baru semalam we r together in seminar room with pengarah jknp..interesting to relate ur story here with isu 'panas' staffing our hospital..hehe..agree with u, family must b together..sebagai seorang yg berkhidmat untuk masyarakat, yes sy ingin memberi khidmat di hospital kuala lipis..bangga melihat perkembangan positif hospital ni and we r a part of it..tapi tak dapat mengatasi rasa ingin tinggal sebumbung bersama anak & suami..menjadi isteri sepenuh masa, melihat anak yg baru few month old membesar depan mata..after 1 year and half here, rasanya sudah sampai masa untuk usahakan supaya dapat bertukar..insyaALLAH, kalau niat kita baik, ALLAH pasti permudahkan...setiap aturanNYA pasti ada hikmah..itu yg saya dapat rasa..Hospital Lipis bertuah 2 have both of u here..:)
ReplyDeleteWaalaikumusSalam. Terima kasih sbb singgah kat blog saya ni. Mmg betul apa yang ditulis ni. Lipis ni buat kebanyakan orang adalah tempat untuk transit sahaja, mungkin utk setahun dua. Lepas tu, life has to move on.
Deletesalam dr.. tumpang tanya.. berdekatan dgn hospital nie, ade perumahan x? sbb sy tgh mencari rumah yg berdekatan dgn hospital.
ReplyDelete