Tuesday, July 17, 2012

First week in Kuala Lipis!

Assalamualaikum,


Kami baru saje balik dari Farewell dinner kat Bukit Residence Rest House, meraikan pemergian Dr. Zayuah, pakar anaest ke HoSHAS dan Dr. Ain ke HTAA serta persaraan seorang senior MA (tak sempat nak berkenalan tadi). Makan ikan siakap kukus, daging masak merah, telur dadar dan sotong celup tepung. Best!


Hari ni genap seminggu kami berpindah ke Kuala Lipis.


Udara di sini memang nyaman. Persekitaran masih menghijau, bukit-bukau, sungai mengalir bersih. Jalan takde jam langsung pagi2, memang jimat duit minyak. Memang sesuatu yang aku idam-idamkan. Suasana kerja memang condusive. Currently cuma ada 13 pegawai perubatan (medical officer) dan 6 pakar yang bertugas di Hospital Kuala Lipis. Semua staff amat ramah dan kenal antara satu sama lain. Setiap kali berjumpa masing2 memberi salam dan senyum. Mengingatkan aku suasana waktu aku bertugas di Hospital Mentakab pada tahun 2004-2005 dulu. Memang best!


Bandar Kuala Lipis memang kecil kalau ikut standard orang2 KL. Tapi kat sini hampir semua perkara asas yang perlu untuk hidup ada *hehehe*. Contohnya, bank, kedai makan, pasar, pejabat pos dan masjid. Kedai mamak? Kedai mamak ada 2 buah, sebuah lagi dalam proses nak buka. 7 Eleven ada sebuah, Petronas ada 2, Esso sebuah, Shell sedang dalam pembinaan kat Bandar Baru Kuala Lipis. jalan keretapi membelah bandar Kuala Lipis. Untuk orang2 yang ada anak kecil, pilihan taska dan tadika, serta sekolah rendah sedikit kurang. InsyaAllah next entry nanti saya akan summarize taska2 yg ada kat sini, senang untuk rujukan kawan2 yg nak ke sini nanti.


Yang memeritkan ialah perpindahan itu sendiri. Sekarang ni pun masih ada berkotak2 barang yg belum di 'unpack'. Kami berpindah dengan 2 buah lori dari Temerloh, sebuah lori 7 tan dan sebuah lagi 5 tan. Pekerja 6 orang. Anak2 pun pelik kenapa asyik pindah aje. AlhamdulilLah mereka bertiga amat flexible dan cepat menyesuaikan diri, macam mak bapak diaorang jugak *hehehe*



Selepas seminggu, anak2 dah settled kat sekolah. Kak Long Maisarah di Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim sementara Nabila dan Hasif di Tadika Az-Zahrah di Taman Cahaya. Habis sekolah pagi, Kak Long akan ke kelas KAFA Sekolah Agama Rakyat kelolaan JAKIM sampai 5:30 petang, alhamdulilLah, seronok dia belajar dan pandai berkawan.





Ka me ha me haaaaa!!!!!

Pandainya la pulak  si Nabila ni bergaya!

Macam2 pesen...
 Usually weekend, kebanyakan doktor2 ni akan balik ke kampung masing2. Maklum la, Lipis ni tempat mencari rezeki. Setiap hujung minggu mesti ada komitment lain. Weekend lepas kami sekeluarga attend wedding reception anak sepupu di Selayang. Seperti biasa, Kak Long Maisarah dan Nabila akan join second cousin mereka seramai 10 orang untuk jadi flower girls dan buat special performance depan pengantin.


Maisarah dan Nabila jadi Flower gerlz masa Wedding reception di Selayang Ideal Convention Centre
Cousins...

Anak Papa dan Mama

Ayu...

Malay traditional dance: "Kompang dipalu"


So far so good. InsyaAllah lepas ni nanti saya update pasal taska/tadika/KAFA yg available di Bandar Kuala Lipis ni. Semoga dapat dimanfaatkan oleh ramai pembaca blog saya yang dikasihi.

Bye. Wassalam.

3 comments:

  1. salam din, memang jauh rasanya lpis ni, tetapi ini semua hikmah Allah swt, kita hanya bersabar n bykkn brdoa, aya ain harap din,shahnaz n the kids are all well n in good spirits

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ayah AIn, terima kasih for ur advice. InsyaAllah kami sekeluarga will stay strong and have faith in Allah swt. He knows the best. Doakan kami yer.

      Delete
  2. wahh hasif pandai buat kame hame ha ke? kellas ngak hasif leni. haha blajo ngan papa lettewww

    bagus kak long n na pakai tudung doh leni jd flower girls. hehe. kagum kt budak2 ni sbb flexible berpindah randah. anyway goodluck!

    ReplyDelete