Wednesday, June 27, 2012

Bomoh Ajaib di Temerloh!

Assalamualaikum,

Pelik tapi benar. Ada seorang pesakit lelaki berumur 16 tahun yang masuk wad saya beberapa hari lepas. Pesakit ni patah kaki peha kanan kerana terlibat dalam satu kemalangan jalanraya. Macam biasa, bawak motorsikal la...cuma kali ni dia terbabas terlanggar pokok. Malang tidak berbau.

Bapa budak ni seorang Tok Penghulu di Mukim 'tuuuut'....bila bercakap, memang confident dan bergaya.


Doktor: "Encik, anak encik ni patah tulang peha kanan ni"

Penghulu: "Ya, saya tau...saya nak bawak di keluar doktor"

Doktor: "Encik nak bawak ke mana? Tulang ni, kalau tak disambung betul nanti tempang anak encik ni. Tulang paha ni nak kena dibetulkan balik kedudukannya".

Penghulu: "Betul tu. Doktor nak buat macamana?"

Doktor: "Kita kena buat satu pembedahan untuk betulkan kedudukan tulang dan masukkan besi kat dalam. Besi ni sementara aje, bila tulang dah bercantum nanti, kita buka balik besi tu"

Penghulu: "Berapa lama nak baik doktor? Bila boleh buang besi tu?"

Doktor: "Biasanya lepas 3-4 bulan tulang tu akan bercantum. Lepas tulang tu betul2 kuat, kita buka lah balik besi tu. Biasanya lepas satu tahun la"

Penghulu: "Hmmm...kalau macam tu lambat la doktor"

Doktor: "Memang itu proses baikpulih yang biasa encik. Itu kejadian tuhan. Kalau budak2 umur 3-4 tahun memang cepat, kalau kita dah dewasa, memang tulang akan ambil masa lebih lama untuk bercantum".

Penghulu: "Saya nak bawak anak saya balik berubat kampung. Saya kenal sorang bomoh tulang ni. Dia cuma perlu sapu air aje atas peha tu...tulang terus akan cantum tau doktor!"

Doktor: ?????

(Dalam hati - boleh kenalkan kat aku, senang aku nak refer semua patient kat bomoh tu kalau memang betul2 boleh cantum pakai sapu air aje...maybe aku pun boleh berguru dengan bomoh tu jugak *hahahaha*)

6 comments:

  1. ingatkan kat tempat aki je macam tu,rupanya tempat kat malaysia pon ada gak orang bodoh tak berbau ni hahaha

    ReplyDelete
  2. wakaka parok. sokmo dgr kes gini. kekgi mari smule kt doctor

    ReplyDelete
  3. Banyak kes2 mcm ni kat Malaysia, especially in less developed state. Kalau kat KL/Selangor tu jarang2 sekali ada la...

    ReplyDelete
  4. hehehe..
    kat perak pun ada...

    tapi bagi saya la,baik pegi ke doktor aje daripada tulang kita semakin patah dikerjakan bomoh patah tu..

    ReplyDelete
  5. Salam nak tanya,kalau nak orang tue balik semula kat kite macam mana...tolonggg

    ReplyDelete
  6. Salam nak tanya,kalau nak orang tue balik semula kat kite macam mana...tolonggg

    ReplyDelete