Assalamualaikum,
Puas hati dan bersyukur sangat!!!
AlhamdulilLah kami semua berjaya mengadakan
Hari Keluarga Md Tera buat kali pertama. Hari keluarga kami ni diadakan di
Bukit Gambang Resort City (BGRC) di Gambang, Kuantan, Pahang pada
14 dan 15 September 2012. Dah lama dah plan, cuma baru terlaksana.
Nama
Md Tera ni sebenarnya singkatan bagi nama ayahandaku, Dato' Mohamed bin Awang Tera. Saje nak ringkaskan.
Hari keluarga kami yang pertama ni mengumpulkan keluarga terdekat sahaja. Aboh dan Ma, serta anak2 dan cucu2. Kami yang dapat datang cuma tujuh dari sembilan orang adik-beradik semuanya beserta anak masing2.
Dua orang tak dapat datang sebab terlalu jauh -
Naqiuddin dan isteri,
Rafahiah yg sedang melakukan Praktikal Perubatan tahun akhir di
Bandung, Indonesia serta adik kami yg bongsu,
Hayatul Akmal@Adik, sedang belajar di
Perth,
Australia. Total ahli keluarga kami yang dapat join ialah seramai 32 orang - Ma, Aboh, 14 orang anak menantu dan 16 orang cucu.
Hari Pertama (14/09/2012)
Kami semua pakat2 nak berkumpul di
Gambang Water Park jam 11 pagi. Masing2 dengan kereta masing2. Aku sekeluarga bertolak dari Kuala Lipis jam 9 pagi. Kami ambil short-cut ikut Kerambit-Jerantut-Temerloh sebelum masuk ke Highway LPT. Kami tiba di Gambang dalam jam11:30 pagi.
Adik2 ku, Na, Iju dan Ajib serta famili masing2 bertolak dari Chukai, Kemaman. Famili Ya dan Wa pula bertolak dari Kuala Lumpur pagi tu.
Aboh dan Ma terpaksa keluar lewat sikit sebab kena menghadiri Majlis Bersama Bakal2 Haji Daerah Kemaman.
Acara hari pertama ni cuma spend masa sama2 kat
Gambang Water Park dan dinner sama2 malam tu. So apa lagi. Sampai aje terus main air. Macam2 ada. Ni nak bagi free promotion untuk Gambang Water Park hehehe...
|
Ready to get wet! |
|
Boleh masuk FREE kalau anda lebih rendah dari Penguin ni hehehe |
|
Cabana yang cantik tersusun. Saya cadangkan anda call dan book cabana ni sebelum datang ke BGRC. Biasanya fully-booked especially during weekend. Kalau dah book, kena datang redeem before 11:30am, kalau lewat nanti BGRC akan release kat visitor lain huhuhu. |
|
Favourite spot my family, just opposite our cabanas. My family booked 2 cabanas. Banyak air pancut... |
|
Pelan kawasan Water Park |
|
Multiple attractions for us to explore and experience |
|
Seronok nak main air...Kami beli 2 pelampung untuk Nabila dan Hasif, serta 1 goggle untuk Kak Long Maisarah |
|
Kak Sofea pun join kami...seronoknya nak main air! |
|
Intan dan Iju sibuk layan anak2 |
|
Ajib, Mariana dan baby Aryan |
|
Khairil, Najwa dan baby Medina |
|
Nadia dan Fahmi..tak lama lagi akan bergelar parents |
|
Baby Aryan and Baby Medina... |
|
Maisarah and Nabila played to the fullest.... 6 hours non-stop in the water, 12 noon till 6pm. |
Pukul 6 petang kami balik ke bilik penginapan kami, Caribbean Bay Suite. Suite ni terletak bersebelahan aje dengan Water Park. Sebelum tu, adik2 ku yang ada baby dah balik lebih awal untuk berehat.
|
Cantikkk |
|
Ada swimming pool kat suite kami, tapi dah tak larat nak masuk dalam air lagi dah... |
Kami dinner di
'Restoren Mama dan Nana'. Restoren ni terletak di blok rumah kedai yg bertentangan simpang masuk ke BGRC. Terletak di corner lot. Parking senang. Ada parking untuk OKU lagi. Masakan pun best.
Perut dah kenyang, badan dah letih, mata pun dah mengantuk....Jom balik bilik...
Hari Kedua (15/09/2012)
Semua bangun awal. Tak sabar2 nak main sukaneka pagi ni. Tapi before main kena la isi perut dulu. So, kami breakfast dulu ramai2. Best!!
|
Family Day kami ni di sponsor sebahagiannya oleh syarikat keluarga kami, Lingkaran Efektif Sdn Bhd. Tahniah buat Iju dan Ajib yang menjaga syarikat keluarga kita dengan baik. |
Pastu kami semua turun ke padang. BGRC provide padang khas untuk keluarga kami yang kecil ni hehehe... Ada 4 Family Day lain lagi yang mengadakan sukaneka pagi tu. Pihak BGRC bagi padang, khemah, games beserta 2 orang staff untuk conduct sukaneka kami...thank you!!
|
Tak sabar nak main sukaneka. Yang lelaki pakai baju merah, yang perempuan berbaju kuning longgar dan labuh, berlengan panjang untuk menutup aurat dengan sempurna : -) |
|
Khemah kecil kami...kerusi lagi ramai dari participants hehehe |
|
Ayahanda menyampaikan amanat kepada kami...terima kasih Aboh kerana begitu sporting!! |
|
Nak bagi ucapan jugak... |
|
Hasif happy sangat walaupun gigi depannya baru dicabut sehari sebelum Family Day, makin kiut bila takde gigi depan hehehe |
Seronok main. tak dapat nak escape sebab kami pun tak ramai. Semua kena participate, minus Ma dan Aboh...Ya jadi tukang sorak aje sbb perut dah memboyot...30 minggu dah...
Kami main Crab Crawl dan Lari Dalam Guni utk dewasa dan Isi air dalam
botol, tiup dan pecahkan belon serta Rebut gula2 utk kanak2.
|
Shahrul beraksi.... |
|
Ajib melangkah macam gergasi daaaa.... |
|
Faaiz dan Nabila tiup belon.... |
Pertandingan mewarna pun kitaorang organise sendiri utk cucu2. Kami buat
3 kategori - Sekolah rendah, tadika dan 4 tahun ke bawah. Semua cucu2
dapat hadiah!! Kak Long Maisarah dan Nabila dapat nombor satu...Ehem,
ehem...Aqil dapat tempat pertama utk kategori 4 tahun ke bawah...
|
Tahniah Kak Long dapat first place! Dapat sunburn main lama sangat bawah matahari... |
|
Nabila pun dapat first place, congratz Na! |
|
Hasif bangga sangat dengan hasil kerjanya, walaupun cuma dapat hadiah saguhati hehehe. Abang Sufi sporting bagi sokongan... |
|
Akil yang terkenal dengan panggilan 'Aban' menang tempat pertama untuk pertandingan mewarna kategori bawah 4 tahun |
|
Cabutan Bertuah....aku dapat saguhati aje. Jadi lerrr... |
|
Seronok dapat spend masa sama2 dengan famili... |
|
Terima kasih Ma!!! Luv you! |
Selesai sukaneka kami semua kemas2 dan check-out.
Last event ialah lunch sama2 kat '
The Horizon' di Bandar Kuantan. Yang ni aku boleh recommend kat pembaca sekalian, memang 1st class food and service!
Habis lunch kami congratulate each other dan bersalaman. Tahun depan boleh buat lagi, InsyaAllah.
Kuantan River Cruise
Mula2 kami plan nak ke Pekan untuk attend Open House dan Majlis Pertunangan
Dr. Nurul Akmanidar@Ema, pegawai perubatan Bius di Hospital Kuala Lipis. Tapi disebabkan terlewat, kami tukar rancangan untuk naik
Kuantan River Cruise. Lagi pun kami dapat 10 percent discount sebab menginap di BGRC tempohari.
Perjalanan naik cruise tu mengambil masa 40 min. Sepanjang perjalanan ttu boleh nampak betapa bersihnya Sungai Kuantan, rimbunan hutan bakau, Burung Helang Putih dan Helang Merah, Biawak dan kalau bernasib baik, buaya. Staff2 ada 3 orang, semuanya friendly. Menceritakan mengenai bot2 nelayan, jenis2 pukat, tarikan2 pelancong di Bandar Kuantan dan macam2 lagi. Kami di bawa hingga ke pinggir Laut Cina Selatan.
Memang best. Budak2 pun dapat pengalaman baru.
|
Sebelum naik bot, kena pakai jaket keselamatan dulu. Ada saiz untuk orang dewasa dan kanak2. |
|
Bot dah sedia menanti. Maximum 30 orang dalam satu bot. Masa kami naik tu, ada lebih kurang 25 orang penumpang termasuk kami berlima. Ramai pelancong dari Belgium dan Hong Kong dalam bot kami. |
|
Rimbunan Hutan Bakau. Burung Helang Putih dan Helang Merah megah berterbangan dan bertenggek di atas puncak pokok bakau. |
|
Seronoknya!!! |
|
Nabila dapat bawak bot, pusing stering tu Na! Pusing lagi! |
|
Ramai pelancong2 dari Belgium dan Hong Kong. Pelancong tempatan pun ada. Seat penuh!! |
|
Hasif steady aje. Control macho! |
|
Kak Long Maisarah pun dapat pengalaman baru. Banyak belajar tentang Paya Bakau... |
|
Perkampungan nelayan |
|
Semua puas hati!! Nasib baik tak mabuk laut hehehe |
So, siapa2 yang nak naik boleh la ke Jeti Kuantan River Cruise ni kat depan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Jeti Shahbandar namanya. Bayaran pun murah aje, RM18 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak2. Kalau bawah 4 tahun, dapat naik FREE!!!
Salam sejahtera,
ReplyDeleteNampaknya kita berada di tempat yang sama. Kami check in di BGRC 14-16 di Arabian Bay.
Cuma pada kami, pihak Arabian Bay gagal memenuhi permintaan pelanggan. Breakfast, lunch, dinner and Grand Dinner tidak menepati menu yang diminta. Will think twice untuk menginap lagi.
Waalaikumussalam...hmm. kesian pulak sy dengar apa yg terjadi kat Arabian Bay. Kalau mcm tu, kena bagi feedback atau komplen kat pihak BGRC. Either they apologise or refund you back...at least partially.
Delete