Pagi tadi kami sekeluarga menonton rancangan sejarah pertabalan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baru pada 29/12/2008 berikutan kemangkatan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Ia juga menggambarkan ketinggian nilai kebudayaan dan adat istiadat Melayu di negara kita.
Tiba2 anakku Nabila, 6 tahun bertanya:
"Papa, kenapa permaisuri tu tak pakai tudung Papa? kan perempuan Islam yang dah besar semua kena pakai tudung?"
Adoyai...camne nak jawab ni??
Puan isteri cuma memandang aku, bagi isyarat supaya aku jawab soalan Nabila.
"Memang semua perempuan Islam dewasa kena pakai tudung Na. Kalau tak pakai tudung, berdosa, nanti Allah marah"
Kami memang menyuruh anak2 kami untuk pakai tudung bila keluar rumah. AlhamdulilLah, Kak Long Maisarah dah lekat tudungnya di kepala.
"Pastu kenapa dia tak pakai Papa?"
Nabila tanya lagi, tak puas hati.
"Kadang2 Na, manusia ni walaupun tahu benda tu wajib dan mesti buat pun dia masih degil, tak mahu buat. Dia rasa dia cantik tak pakai tudung, dia rasa dia kaya dan berkuasa di muka bumi ni."
Nabila terdiam.
"Ooo..dia degil la yer Papa" Aku hanya mengangguk.
Isu pakai tudung ni memang antara perkara yang selalu menjadi isu. Sebenarnya, yang wajib bukanlah setakat bertudung, tetapi menutup aurat dengan sempurna.
Ramai wanita yang pakai tudung, tapi pendek hingga menampakkan tengkuk. Ada yang pakai tudung tapi nampak lengan, kadang2 nampak ketiak pun ada. Lagi teruk kalau yang legging, pakai seluar dan baju ketat atau nipis hingga menampakkan tali bra di belakang. Makin susah la kami....
Menutup aurat dengan sempurna termasuk memakai tudung yang labuh melepasi dada, baju yang longgar dan tidak jarang hingga menampakkan bentuk badan. Memakai stokin kaki dan tangan. kadang2 kalau pakai baju kurung pun, lengan baju masih boleh tersinsing melepasi pergelangan tangan, maka ia menjadi aurat. Aku mengarahkan isteriku agar memasang kancing atau getah di hujung lengan baju paras pergelangan tangan atau pun memakai sarung lengan aje.
Tak payah la kita sibuk menunding jari, asyik nampak kesalahan orang lain aje. Macamana dengan wanita2 yang di bawah tanggungjawab diri kita sendiri - Ibu, isteri, adik-beradik dan anak2 kita, dah sempurnakah mereka menutup aurat??
No comments:
Post a Comment