Saturday, April 21, 2012

MATI

Assalamualaikum,

Baru2 ni, pada hari Ahad, 25 Mac 2012 aku menghadiri kursus pengurusan jenazah yg diadakan kat Masjid Abu Bakar, Temerloh. Kursus ni dianjur oleh pihak Rukun Tetangga Kuarters HoSHAS dan disampaikan oleh Qadi Daerah Temerloh. Kursus pendek aje, start pukul 8:30 pagi sampai Zuhur. Pastu solat zuhur berjamaah.

Kalau difikirkan, kita selalu belajar mengenai dunia, macam2 kursus yg kita pergi. Kursus kesihatan, kursus pelaburan, kursus  pendidikan, meeting sana, meeting sini...yang kita tak ingat, satu hari nanti, kita semua akan MATI.

Bila sebut pasal MATI, semua orang takut. Takut MATI sebab kita tak ready. Bila nak ready? Rasanya sampai bila pun pun kita tak akan ready sebab kita terlalu sibuk dengan dunia. Padahal MATI tu akan datang pada bila2 masa sahaja, samada kita bersedia atau tidak. Kadang2 tu siap marah lagi kalau sebut pasal MATI.

Kalau solat di Masjidil Haram Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah, hampir setiap selepas solat fardhu akan ada solat jenazah. Kita akan selalu ingat pasal MATI. Tapi bila balik ke tanahair, kembali sibuk dengan kehidupan dunia - perkerjaan dan keluarga. Kita lagho.

Jarang sekali kita ingat mengenai mati. Ustaz Qadi kata, kita tak sepatutnya takut mati sebab ia pasti akan tiba. Tak dapat nak elakkan diri pun. Macamana lari ke, sembunyi ke, ia akan tiba, tak dapat nak diawalkan atau dilewatkan, hatta sesaat sekali pun. Sebab itu kita kena bersedia menghadapinya.

Hak saudara Muslim yang mati terhadap yg hidup ada 4 perkara - Memandikan, Mengkafankan, Menyembahyangkan dan Menguburkan si mati. Kursus hari tu lebih fokus kepada memandikan dan proses mengkafankan si mati. Kalau nak disembahyang dan dikuburkan, rasanya takde pulak orang yang nak volunteer nanti heheh...


Nasib baik dah ada volunteer nak jadi model jenazah. Dekat sejam jugak kena duduk dalam kain kafan ni sbb byk sangat kemusykilan dan soal-jawab semasa proses mengkafankan 'mayat'. Kelihatan Encik Azhar, Pegawai Kebajikan Masyarakat HoSHAS (baju meroon) dan Mr Yusof Aziz, Ketua Jabatan Ortopedik HoSHAS (tunduk memandang lantai) kusyuk mendengar.

Hasif pun turut sama belajar Kursus Jenazah : )

Lepas 2 jam....krohh...kroohhh...letih sangat kursus...

Sesi berasingan bagi Muslimat

Hands-on praktikal session...banyak soal jawab jugak bagi meleraikan kekusutan

Selesai dikafankan...tinggal tak tutup muka ajer sebab takut nanti lemas pulak 'mayat hidup' ni...

Memang bagus betul kursus ni diadakan. Nak kena buat lebih kerap bagi mendidik masyarakat. Setidak-tidaknya kita tahu cara2 menguruskan jenazah ahli keluarga kita sendiri nanti terutamanya bagi anak2 lelaki. Alangkah baiknya kalau kita boleh mengimamkan solat jenazah ibubapa kita sendiri sekiranya ditakdirkan mereka meninggal nanti.

Sama2 kita belajar, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment