Selamat bersua kembali. Lama tak update blog. Sibuk dengan kehidupan seharian. Maid dah takde. Kadang2 terfikir jugak, ntah apa maid aku yang dah lari tu tengah buat sekarang ni... tengah shopping ke, jalan2 ke, berniaga ke, ke dah jadi maid orang lain. Entah hidup, entah tak hidup hmmm....
Banyak perkara yang berlaku 2-3 minggu ni. Keluarga aku dianugerahi kejayaan lagi, alhamdulilLah. Kali ni anak kedua kami, Nur Nabila Insyirah (Nabila atau Na) pula dapat nombor satu di Tadika Al-Fathirah tempat dia belajar setiap hari. 3 minggu sebelum tu, Maisarah pilih nak celebrate kejayaan dapat nombor satu di Pizza Hut... Papa tak kisah, Papa dan Mama happy sangat2 dengan kejayaan anak2 Papa dan Mama!
Pandai anak Papa! Pandai anak Mama!
"Na nak hadiah apa?" Aku tanya dia semasa pulang dari tadika. "Na nak KFC!" Spontan aje dia jawab. And off we go to KFC.
Na dapat nombor 1 dalam kelas Na!! |
Yummy..KFC drumstick, Na's favorite! |
InsyaAllah nanti Hasif pun ikut jejak langkah Kak Long dan Kak Ngah dia....ameen. |
We are on the right track, education-wise. Sekarang ni kami sedang bagi penekanan bagi pemantapan ilmu Al-Quran anak2 kami 3 orang ni. Nanti aku akan update perkembangan mereka.
Kami amat tertarik dengan kejayaan adik Darwish dan Darwisya menghafal al-Quran dalam usia yang begitu muda. Kami yakin anak2 kami tidak ada kurangnya.
Potensi mereka tiada batasannya!!!
tahniah na... bagus betul....
ReplyDeleteTahniah a.din n k.shanaz.kagum dgn kejayaan keluarga a.din n k.shanaz.
ReplyDelete