Assalamualaikum pengunjung blog ku yang budiman,
Tadi saya bersama isteri ke Tabung Haji Chukai, Kemaman untuk mendaftarkan anak2 kami untuk pergi menunaikan fardhu haji. Anak2 kami ni sebenarnya kecik2 lagi, anak pertama kami, Maisarah baru berusia 9 tahun, yang kedua, Nabila 6 tahun dan yang bongsu, Hasif baru 4 tahun.
Kami pergi daftar ni sebab memikirkan betapa susahnya kami nak masuk dalam kuota haji. Kuota haji yang Kerajaan Saudi bagi ialah 10% daripada jumlah penduduk sesebuah negara. Jadi, untuk Malaysia, tahun ni 28 000 orang akan dapat pergi haji.
Kami daftar haji tahun 2002, masa mula2 kerja dulu. Tabung Haji (TH) panggil dulu tahun 2010 tapi kami postpone kerana sedang dalam pengajian kepakaran masa tu. AlhamdulilLah tahun ni dipanggil sekali lagi. Kami berdua akan pergi menunaikan haji tahun ni yea! yea! *Seronoknya!!*
Proses nak daftar haji tu kejap aje, tak sampai 10 minit. Cuma perlu bawak buku akaun anak2 kita. Anak2 tak payah ikut pun. Tadi lepas tunggu dalam 5 minit terus dapat ke kaunter.
"Kalau nak daftar haji, dalam akaun kita kena ada RM1300" Ramah betul pegawai haji tu menerangkan. Duit ni untuk proses booking dan juga proses kemaskini maklumat ke dalam sistem. Sistem ni centralise, maksudnya, boleh akses satu Malaysia. Memang bagus!.
Setakat yang saya dan isteri lalui, semua TH yang kami pergi, baik di Chukai, Kemaman, Kuala Lipis dan Seremban, perkhidmatannya semuanya tiptop. Syabas!!
Cuma yang saya nak bagitahu, anak2 kami, tarikh jangkaan mereka akan dapat pergi haji ialah pada tahun 2051!!! 2051 ni kiranya 39 tahun dari sekarang....kalau dikirakan, Maisarah akan berusia 48 tahun, Nabila 45 dan Hasif 43 tahun. Dah dewasa dah anak2 kami, kami pulak entah ada entah takde kat muka bumi ni *hehehe*
So, saya nak nasihatkan pembaca sekalian untuk cepat2 buka buku TH bila anak2 kita lahir dan terus gi daftar anak2 untuk gi buat ibadah haji. Kalau lagi lambat kita daftar, lagi lamalah tarikh nak gi haji tu. Yang saya pasti, anak2 kita akan berterima kasih terhadap apa yang kita buat hari ni, pada masa diaorang masih tidak mengerti apa2. Ini juga salah satu tanggungjawab kita sebagai ibubapa kan? Kalau nak tunggu anak2 kita besar, kerja dan ada duit sendiri baru nak daftar, katakan bila dah berusia seawal 20 tahun sekali pun, paling cepat diaorang boleh gi haji pun ialah bila dah berusia 59 tahun (20 + 39 tahun). Entah2 nanti lagi lama!!!
"Jangankan nak daftar anak2, diri kita sendiri pun belum daftar"...mungkin ada yang berkata dalam hati. Kalau pembaca sekalian belum daftar, elok daftar cepat yer, takut tak sempat kita nak menunaikan Rukun Islam yang ke-5 ni : )
Daftar yer kawan2...cukup aje duit RM1300, terus daftar!!! Daftar sekarang!!
Assalamualaikum Dr,
ReplyDeleteAnak-anak yang mengguna pakai akaun bersama ibu bapa pun boleh daftar ke? Saya belum daftar anak-anak sebab semua masih akaun bersama. Mereka baru 6 dan 5 tahun.
Waalaikumussalam wbt.
DeleteBoleh. Anak2 saya semuanya didaftarkan dengan nama kami sbb mereka masih dibawah umur. Nak buka akaun anak2 mmg perlu ada nama penjaga/ibubapa yg didaftarkan bersama.
Cuma perlu bawa buku haji anak2 kita sahaja. Mykid pun TAK perlu dibawa. Pegawai TH tak minta pun tadi. Daftar yer! Untuk masa depan anak2 kita!
InsyaAllah akan daftar secepat mungkin. Selama ni saya ingat tak boleh.
DeleteAlhamdulillah, saya dan suami mendaftar tahun 2005 dan sudah pun merasai peluang menjadi Dhuyufur Rahman tahun lepas. Kami pergi dengan muassasah. Sangat puas hati. Kalau ada rezeki kononnya tunggu 5 tahun lagi baru kami nak daftar sekali dengan anak-anak pulak supaya dapat pergi sekali lagi dengan diorang.
Tapi bila baca entry Dr ni saya rasa kita wajib daftar anak-anak kita sekarang! TQ Dr
a.din, adik x daftar lg, wuwuw..boleh ke kalu ma yg daftarkan utk adik tp adik xdok bersame?
ReplyDeleteadik: boleh, mama adik leh daftarkan haji dgn syarat cukup duit n bawa buku akaun~~ ^^,
ReplyDelete