Sunday, February 17, 2013

Peristiwa Kematian di Gunung Tahan

Assalamualaikum semua,

Saya ingin berkongsi perbualanku dengan Dr. Zakiran, pegawai perubatan ku yang sama2 oncall hari ni (Sabtu - 16/2/2013).

Kematian tidak mengenal usia. Dua tiga hari ni kita semua dikejutkan dengan kematian seorang pemuda ketika ekspedisi mendaki Gunung Tahan. Aku dimaklumkan bahawa kejadian berlaku pada 13 Februari iaitu pada hari Rabu yang lepas. Kumpulan tersebut dikatakan telah hampir tiba puncak Gunung Tahan apabila kejadian berlaku.


Arwah adalah seorang pemuda yang berusia 35 tahun. Beliau amat aktif bersukan dan amat gemar melakukan aktiviti lasak. Beliau sudah bekeluarga dan aku difahamkan beliau mempunyai 4 orang anak yang masih kecil. Ketika mendaki pada hari tersebut, arwah tiba-tiba sahaja mengadu sukar bernafas kepada rakannya. Secara tiba-tiba, arwah telah collapse dan terus meninggal dunia.


Manusia memang mudah membuat kesimpulan. Mulut mudah sahaja berbicara. Ketika jenazah arwah lewat tiba, ada suara2 sumbang yang mula mengata. Aku dimaklumkan bahawa usaha membawa jenazah pulang mengalami kelewatan disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu serta keadaan mukabumi di situ. Jenazah Allahyarham akhirnya berjaya di bawa ke Hospital Lipis oleh Helikopter Bomba hari ini (sabtu) untuk proses bedahsiasat.


Aku bertemu Dr. Zakiran kira-kira jam 2 petang di dewan bedah Hospital Lipis. Beliau ingin membantu aku melakukan 2 pembedahan kecemasan. Beliau ada bersama ketika proses bedahsiasat dilakukan ke atas arwah.


"Macamana Zek?" Aku bertanya ringkas.


"Ada clot di LCA la bos. Nampak macam kes MI ni." Beliau menjelaskan kepadaku. Aku hanya mengangguk. Terdapat darah beku di salah satu salur darah yang membekalkan darah ke jantung arwah (LCA-Left Coronary Artery). Ini menyebabkan kekurangan bekalan oksigen dan kematian tisu jantung (MI-Myocardial Infarction).


Aku difahamkan arwah merupakan seorang perokok. Merokok merupakan salah satu penyebab utama sakit jantung di dunia. Namun masih ramai yang merokok.


"Macamana keadaan arwah Zek?" Aku ingin sekali mengetahui. Aku difahamkan oleh sepupu ku, yang kenal rapat dengan arwah, bahawa arwah adalah seorang yang amat baik ketika hayatnya.


"Bos, muka dia tersenyum bos. Mukanya jernih dan tenang. Dia senyum bos. Kulit dia masih segar. Tak macam orang yang dah meninggal 3 hari. Biasanya kalau dah 3 hari meninggal ni, kulit dah mottled. Kulit arwah masih segar". Bersungguh-sungguh benar Dr. Zakiran menerangkan kepadaku.


"SubhanaLlah, masyaAllah". Aku kagum. Hebatnya arwah.


Arwah meninggal pada usia yang begitu muda. Meninggal dengan mudah dan Allah perlihatkan kepada kita semua di atas dunia lagi betapa jernih dan tenang wajahnya serta kesegaran jenazahnya. Husnul-khaatimah InsyaAllah. Allah Maha Besar dan Berkuasa melakukan apa sahaja.


Mari kita baiki diri kita. Jangan lah kita mudah mengata dan membuat kesimpulan yang tidak baik apabila berhadapan dengan sesuatu perkara.


Aku ingin sekali berkongsi kisah ini agar ia menjadi inspirasi kepada kita semua.