Sunday, January 20, 2013

Kerjaya Popular di Malaysia

Assalamualaikum...

Kali ni nak sharing pasal kerjaya yang popular kat Malaysia ni. Menurut akhbar Berita Harian hari ni, 20 Januari 2013, Firma Adecco telah menjalankan kajiselidik dikalangan pelajar 7 hingga 14 tahun di Malaysia.

Nak tahu apa keputusannya? Memang tiada kejutan sebenarnya. Mari kita lihat...

Kerjaya paling popular ialah:-
1. Doktor (12 peratus)
2. Guru
3. Ahli perniagaan
4. Pegawai polis
5. Juruterbang
6. Penyanyi (ada yang nak jadi seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Justin Bieber)

Kerjaya lain yang menjadi pilihan:-
1. Penjaga zoo
2. Pereka fesyen
3. Jururawat
4. Pendandan rambut
5. Anggota bomba

Bayangkan 10-15 tahun lagi, sekiranya 12 peratus pelajar ni benar2 menjadi doktor, maka 12 peratus daripada populasi Malaysia merupakan seorang doktor. Ramai tu....lebih kurang 1 dalam 10. Kalau ada 10 orang sedang berkumpul dalam sebuah bilik, salah seorang daripada mereka adalah doktor.

Kenapa ramai sangat nak jadi doktor ni??






Saturday, January 19, 2013

Resolusi 2013

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ni berpeluang untuk update blog. Sekian lama tertangguh kerana kesibukan tugas ditempat kerja dan juga di rumah. Maklumlah kami tiada pembantu rumah.


Saya buat beberapa resolusi baru untuk tahun ni. Resolusi tahun lepas alhamdulilLah 80 peratus tercapai. Ada beberapa perkara yang perlu di 'bring forward'.


Saya melabelkan Tahun 2012 sebagai Tahun Transformasi Diri. Tahun pertama saya bertugas sebagai seorang Pakar Ortopedik, tahun dimana saya melakukan LASIK, tahun saya dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah terutamanya dapat mengerjakan Fardhu Haji 1433 H di Mekah, masyaAllah! AlhamdulilLah! Transformasi Diri dalam kerjaya dan juga personaliti. Semoga dapat istiqamah, aamiin.


Tahun 2013 ini saya berazam bagi memantapkan prestasi kewangan keluarga saya. Tahun bagi melipatgandakan pemberian kepada pihak yang memerlukan, tahun menambah perkongsian ilmu. Remember Law of Attraction? "The more we give, the more we get!"


Sebagai langkah pertama bagi memastikan hubungan dengan pembaca blog lebih pantas, saya telah mewujudkan laman facebook 'Tinta Mahyuddin' di http://www.facebook.com/TintaMahyuddin. Pembaca blog boleh link terus ke akaun facebook masing2. Saya juga berazam untuk menghasilkan buku buat pembaca sekalian. Judul buku tu akan saya bagitahu kemudian. Doakan saya yer :)